Jumaat, 30 Disember 2011

Allah sayang :')

bismillah.
salam alaik sahabat ,
jumaat terakhir untuk tahun 2011 .
masa berlalu begitu pantas sekali tanpa kita sedari .
tup tup dah nak masuk 2012 . oh yaa perjuangan diteruskan lagi . SPM 2012 !
study smart ! insyaAllah .

see the title today ? Allah sayang kita kan ? percaya + yakin !
bila mana kita di uji . itu tandanya Allah sayang kita. Allah rindu dengar rintihan kita , 
ana sentiasa pegang kata² ni.
tahun ni adalah tahun yang banyak memberi implikasi dalam hidup ana . ana belajar erti memaafkan, minta maaf ,belajar erti bersyukur , belajar untuk menjadi anak yang solehah, belajar mencintai sahabat kerana Allah , belajar to be humble , mengenal cinta yang sejati dan hakiki , serta belajar untuk tabah menghadapi ujian dan dugaan hidup ini . dan yang  paling ana suka Allah mengirimkan ana sahabat-sahabat yang TERBAIK dan HEBAT . uhibbuk fillah. alhamdulillah

''tidak akan pernah wujud orang yang tabah tanpa berjaya mengharungi liku hidup sebagai seorang manusia''

kadang rasa diri ini tak mampu untuk hadapi ujian Allah. melihat sahabat-sahabat hidup bahagia bersama keluarga mereka . membuatkan hati ini menangis walaupun diri tersenyum. yaa ini ujian Allah ,Allah sayang kita , ana mampu hadapi ujian ini. titisan mutiara telah banyak jatuh . tak mampu ditahan . be strong and stay strong , asyukru lillah. hanya Allah sebaik-baik tempat mengadu .

renung sejenak:

''Terkadang kita kesal, marah dan kecewa pada Allah atas ujian atau cubaan yang kita terima...Tapi apakah pada saat kita mendapatkan kebahagiaan, kita sering bersyukur & berterima kasih pada Allah.Pernahkah kita selalu berbaik sangka kepada Allah atas semua hal yang kita alami...''


ciptaan Allah itu sungguh indah , bila sedih ana melihat langit dan ciptaanNya, ana yakin bahawa Allah sentiasa bersama ana , tidak pernah jemu untuk cuba sedaya upaya mendekatkan diri kepadaNya walaupun kadang tertewas . ujian Allah datang bagi kita yang mampu menghadapi nya . orang selalu fikir ujian yang Allah berikan itu dalam bentuk kesusahan dan penderitaan , tidakk sama sekali . ujian yang Allah beri dalam pelbagai bentuk. sedar tidak sedar saja . kekayaan , kejayaan , kesenangan semua itu ujian dari Allah . Allah ingin melihat bagaimana kita menghadapinya , melawan sifat² mazmumah dan menanamkan sifat mahmudah .

ana yakin dan percaya yang Allah sayang ana melalui ujian yang diberikan . ujian itu mematangkan diri kita .
kita hidup di dunia ini memang untuk di uji di samping menjadi khalifatullah dan sebagai hamba Allah .

''sahabat jangan di minta untuk hidup tanpa ujian . dan jangan di minta pula ujian yang banyak tapi minta lah untuk dikuatkan IMAN untuk menghadapi ujian dan dugaan yang Allah beri ''

ketahuilah saudara/ri ku , Allah sangat menyayangi Mu . ya Allah jadi kan hamba Mu ini antara pemuda pemudi yang menegakkan Agama dan syiar Mu. amiin ya rabb !

syukran ya Allah memberikan ku peluang untuk hidup bersama orang yang aku sayangi ,
begitu besar cinta Mu dan kasihMu ya Allah , bantu hamba mu ini untuk menggapai cinta Mu ya Allah :')
kalam terakhir ,mengejar dan mencapai redha Ilahi ~ jalani hidup mu semata² kerana Allah ( renungan bersama )

baiklah sampai di sini saja entri kali ini. syukran kerana berjaya meluangkan masa membaca . doakan keputusan SMA ana dan sahabat² MUMTAZ ye. [amiin ..] syukran ala kulli hal . ma'asalamah. wa ilalliqo !




take care of yourself, iman and heart

Rabu, 21 Disember 2011

bilamana hatimu resah ....

Bilamana hatimu merasa resah lagi dan lagi, merasa berat dengan bebanan yang menghempap diri.

Renunglah kembali dirimu, pandanglah anggota tubuhmu, letakkan tanganmu pada dada.

Kemudian pejamkanlah matamu. Perlahan-lahan sebutlah nama Allah.

Sebutlah dengan seluruh, segenap rasa di jiwamu.

Yakin dan yakin bahawasanya Allah sedang mendidik hatimu. Allah sedang mengujimu lagi dan lagi.

Percayalah, segalanya akan reda. Kerana dunia ini pasti akan musnah. Dunia akan turut mati. Hujan lebat yang membanjiri pasti akan reda diganti dengan awan putih dan langit membiru!

Berbahagialah jiwa! Jangan bersedih! Jangan meresah! ♥

take care of yourself, iman and heart

Rabu, 14 Disember 2011

Hanya kerana 20 sen ~

assalamualaikum.
apa khabar iman hari ini ? ok tak ? insyaAllah.
sebenarnya ana tak lah pandai berkarya . tak de confident dalam diri jadi hanya mampu share saje.
so kebanyakan artikel² yang ada dalam blog ni. copy and paste je *jujur betul. hehe.
tak pe. bak kata orang : sharing is caring ♥
entri kali ini nak kongsikan satu kisah yang perlu dijadikan teladan. 
apa²pun. jom baca !

hampir menggadai sebuah keIMANAN hanya kerana 20 sen 

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan baginya menaiki bas untuk pergi ke masjid. Pada suatu hari, selepas Imam membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang ...baki yang lebih daripada sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni... nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas sambil memulangkan wang 20 sen. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen," kata Imam kepada pemandu bas.

"Ohhh...!!! Terima kasih!!! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni... kan sedikit je nilainya," kata pemandu bas. Imam menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur." Pemandu bas tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."

Imam turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!

Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah... Kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai 'tingkap' untuk melihat ke dalam dunia Islam.


Sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat contoh ikutan TERBAIK.

"DUNIA sebagai ALAT; AKHIRAT sebagai MATLAMAT"

hah , dah selesai baca ? alhamdulillah .

ok lah sampai di sini saja entri kali ini. wasalam. uhibbuk fillah ♥

take care of yourself, iman and heart