Jumaat, 30 Disember 2011

Allah sayang :')

bismillah.
salam alaik sahabat ,
jumaat terakhir untuk tahun 2011 .
masa berlalu begitu pantas sekali tanpa kita sedari .
tup tup dah nak masuk 2012 . oh yaa perjuangan diteruskan lagi . SPM 2012 !
study smart ! insyaAllah .

see the title today ? Allah sayang kita kan ? percaya + yakin !
bila mana kita di uji . itu tandanya Allah sayang kita. Allah rindu dengar rintihan kita , 
ana sentiasa pegang kata² ni.
tahun ni adalah tahun yang banyak memberi implikasi dalam hidup ana . ana belajar erti memaafkan, minta maaf ,belajar erti bersyukur , belajar untuk menjadi anak yang solehah, belajar mencintai sahabat kerana Allah , belajar to be humble , mengenal cinta yang sejati dan hakiki , serta belajar untuk tabah menghadapi ujian dan dugaan hidup ini . dan yang  paling ana suka Allah mengirimkan ana sahabat-sahabat yang TERBAIK dan HEBAT . uhibbuk fillah. alhamdulillah

''tidak akan pernah wujud orang yang tabah tanpa berjaya mengharungi liku hidup sebagai seorang manusia''

kadang rasa diri ini tak mampu untuk hadapi ujian Allah. melihat sahabat-sahabat hidup bahagia bersama keluarga mereka . membuatkan hati ini menangis walaupun diri tersenyum. yaa ini ujian Allah ,Allah sayang kita , ana mampu hadapi ujian ini. titisan mutiara telah banyak jatuh . tak mampu ditahan . be strong and stay strong , asyukru lillah. hanya Allah sebaik-baik tempat mengadu .

renung sejenak:

''Terkadang kita kesal, marah dan kecewa pada Allah atas ujian atau cubaan yang kita terima...Tapi apakah pada saat kita mendapatkan kebahagiaan, kita sering bersyukur & berterima kasih pada Allah.Pernahkah kita selalu berbaik sangka kepada Allah atas semua hal yang kita alami...''


ciptaan Allah itu sungguh indah , bila sedih ana melihat langit dan ciptaanNya, ana yakin bahawa Allah sentiasa bersama ana , tidak pernah jemu untuk cuba sedaya upaya mendekatkan diri kepadaNya walaupun kadang tertewas . ujian Allah datang bagi kita yang mampu menghadapi nya . orang selalu fikir ujian yang Allah berikan itu dalam bentuk kesusahan dan penderitaan , tidakk sama sekali . ujian yang Allah beri dalam pelbagai bentuk. sedar tidak sedar saja . kekayaan , kejayaan , kesenangan semua itu ujian dari Allah . Allah ingin melihat bagaimana kita menghadapinya , melawan sifat² mazmumah dan menanamkan sifat mahmudah .

ana yakin dan percaya yang Allah sayang ana melalui ujian yang diberikan . ujian itu mematangkan diri kita .
kita hidup di dunia ini memang untuk di uji di samping menjadi khalifatullah dan sebagai hamba Allah .

''sahabat jangan di minta untuk hidup tanpa ujian . dan jangan di minta pula ujian yang banyak tapi minta lah untuk dikuatkan IMAN untuk menghadapi ujian dan dugaan yang Allah beri ''

ketahuilah saudara/ri ku , Allah sangat menyayangi Mu . ya Allah jadi kan hamba Mu ini antara pemuda pemudi yang menegakkan Agama dan syiar Mu. amiin ya rabb !

syukran ya Allah memberikan ku peluang untuk hidup bersama orang yang aku sayangi ,
begitu besar cinta Mu dan kasihMu ya Allah , bantu hamba mu ini untuk menggapai cinta Mu ya Allah :')
kalam terakhir ,mengejar dan mencapai redha Ilahi ~ jalani hidup mu semata² kerana Allah ( renungan bersama )

baiklah sampai di sini saja entri kali ini. syukran kerana berjaya meluangkan masa membaca . doakan keputusan SMA ana dan sahabat² MUMTAZ ye. [amiin ..] syukran ala kulli hal . ma'asalamah. wa ilalliqo !




take care of yourself, iman and heart

Rabu, 21 Disember 2011

bilamana hatimu resah ....

Bilamana hatimu merasa resah lagi dan lagi, merasa berat dengan bebanan yang menghempap diri.

Renunglah kembali dirimu, pandanglah anggota tubuhmu, letakkan tanganmu pada dada.

Kemudian pejamkanlah matamu. Perlahan-lahan sebutlah nama Allah.

Sebutlah dengan seluruh, segenap rasa di jiwamu.

Yakin dan yakin bahawasanya Allah sedang mendidik hatimu. Allah sedang mengujimu lagi dan lagi.

Percayalah, segalanya akan reda. Kerana dunia ini pasti akan musnah. Dunia akan turut mati. Hujan lebat yang membanjiri pasti akan reda diganti dengan awan putih dan langit membiru!

Berbahagialah jiwa! Jangan bersedih! Jangan meresah! ♥

take care of yourself, iman and heart

Rabu, 14 Disember 2011

Hanya kerana 20 sen ~

assalamualaikum.
apa khabar iman hari ini ? ok tak ? insyaAllah.
sebenarnya ana tak lah pandai berkarya . tak de confident dalam diri jadi hanya mampu share saje.
so kebanyakan artikel² yang ada dalam blog ni. copy and paste je *jujur betul. hehe.
tak pe. bak kata orang : sharing is caring ♥
entri kali ini nak kongsikan satu kisah yang perlu dijadikan teladan. 
apa²pun. jom baca !

hampir menggadai sebuah keIMANAN hanya kerana 20 sen 

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan baginya menaiki bas untuk pergi ke masjid. Pada suatu hari, selepas Imam membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang ...baki yang lebih daripada sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni... nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas sambil memulangkan wang 20 sen. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen," kata Imam kepada pemandu bas.

"Ohhh...!!! Terima kasih!!! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni... kan sedikit je nilainya," kata pemandu bas. Imam menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur." Pemandu bas tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."

Imam turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!

Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah... Kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai 'tingkap' untuk melihat ke dalam dunia Islam.


Sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat contoh ikutan TERBAIK.

"DUNIA sebagai ALAT; AKHIRAT sebagai MATLAMAT"

hah , dah selesai baca ? alhamdulillah .

ok lah sampai di sini saja entri kali ini. wasalam. uhibbuk fillah ♥

take care of yourself, iman and heart

Sabtu, 26 November 2011

mungkin ALLAH sengaja menduga kita

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~
peace be upon you .

MUNGKIN ALLAH SENGAJA MENDUGA.
kita tak minta pun ujian dan dugaan yang mencabar dalam hidup ni kan? *unexpected life. 
ia datang secara tiba²
terkadang rasa lemah sangat dan kita akan bermonolog , kenapa Allah pilih aku? mula tertanya²?
antara ujian yang kita hadapi ni mungkin kita rasa rumit, kusut sangat. tapi percayalah sebenarnya kita boleh hadapi. kire ana ni boleh kott menghadapi hidup tanpa kasih sayang seorang insan yang hebat bagi seorang anak ! hmm . bersyukur ye sahabat² semua. mana mungkin Allah menguji hambaNya yang tak mampu menghadapi ujian itu kan² ? Allah knows what's the best for us !


bukan dipinta perasaan itu datang. mungkin Allah sengaja menduga . perasaan ape ye ?
perasaan kasih dan sayang terhadap makhluk ciptaanNya. terutama yang berlawanan jenis !
ye , perasaan tu semua dugaan dari Allah. Allah nak lihat sejauh mane kita cuba untuk mengawal perasaan tu.
bak kata remaja zaman sekarang . cinta 'love is cinta'
rasa malas nak bercerita pasal cinta cintun nie. ana rasa dah banyak artikel pasal cinta² nie. meyh baca entri cinta tak berbalas di blog seorang teman ana. apa²pun cinta hakiki ialah cinta kepada Allah dan rasul .

sedarlah sebenarnya :
  • Allah sayang sangat² kat kita
  • Allah tahu yang kita ni mampu untuk hadapi ujian yang diberikan. hebatkan kita ?
  • Allah nak kita sentiasa mendekatkan diri kita kepadaNya .
  • mungkin dengan dugaan ini kita akan menjadi umat yang hebat dan muslim yang kuat.
  • Allah juga nak lihat kesabaran kita iaitu sabar sebahagian daripada iman .

    ingatlah teman diri mu sentiasa diperhatikan olehNya. jika terasa diri ini terjebak dalam maksiat/ dosa kembali lah kepada Allah sebelum terlambat *peringatan buat diri ana juga . ana juga insan yang tak pernah terlepas daripada kesilapan. kadang tertewas juga sperti kalian .
    baiklah sampai disini saja. moga mendapat manfaat dari entri yang serba ringkas  dan tak berapa nak menarik ,ma'asalamah :)
    wassalam .

take care of yourself, iman and heart

Ahad, 6 November 2011

Si gadis solehah yang comel

.....sebuah nukilan motivasi buat gadis-gadis Solehah di seluruh Dunia
-------------------------------------------------------------------------------------
{karya faiz aziz dlm kompilasi Motivasi CINTA TERINDAH 2009}


Buat awak.
yakni,gadis-gadis solehah di seluruh dunia ni tau.
Hmm nak panggil gadis-gadis solehah ini dgn pggilan “awak” boleh?
Nak bersembang sikit dengan awak. ada pesanan dari “seseorang”
Hmm “Seseorang” la. dia kata dia tengah tunggu awak.
siapa tu yea awak?  tunggu ape yea?
hmmm tunggu la .hehe


Prolog tentang awak.”pernah tak awak berbisik?”

awak tahu tak. yang awak adalah yang terbaik? yang terindah.? Pernah tak awak berbisik kat diri awak yakini dan selalu bisikkan : “ ya! saya Gadis SOLEHAH yang Comel =) !” ???
hmm.tapi tak ke orang kate perasan "comel' kalau mcm tu??? hehe.
bukanla awak kene cakap macam tu kat ramai-ramai atau “cakap kuat-kuat” kat wall - wall
facebook. ! tapi itu untuk diri awak sendiri la. untuk awak sematkan dalam hati je .sebagai satu Motivasi buat awak.
hehe Yup! betul ni sebab. semua daripada awak memang yang tercomel. jadi awak kenalah
jaga kecomelan tu, sebab kecomelan ni boleh hilang tau
hmm.betul ni boleh hilang.
ia hilang Bila nilai “Solehah” itu dah tak ada pada awak.:)
hehe.it is simple kan !? =)So, awak mestila kena sentiasa ada semangat untuk ISTIQAMAH jadi INSAN yang SOLEHAH. Sebab Insan Solehah tu BEST sangat-sangat.yup! Betul ni, BEST !
sebab ape yea? hmm.takpe jom terus membaca molek-molek pesanan “Seseorang” tu.


Awak & fitrah awak....
Fitrahnya awk pasti sama macam kawan-kawan awak yang lain. Gadis yang sedang meningkat dewasa.suka tgk cerita korea.Suka akan coklat,Suka dengan baby,suka bermain dengan kucing. eh.”kitty...kitty la!”~ kata awak :) .oh ya ka.hmm :) awak kan lebih pandai dalam mencipta panggilan manja terhadap segala yang awak suka dan “cute” kan.lepas tu minat baju-baju cantik , beg tangan,minat jubah-jubah,dan.........

~~hellooo.!!!

....tapi bukan yang membazir dan mengada-ngada fasionnya tau!.hehe.~smpat awk mencelah..
hmm minat juga pada tudung syiria..eh,pendekla tudungnya.tp ada jgk yg tak pendek kan.
yang mana yang tidak sampai tutup di paras yang sepatutnya, awak pun mesti akan cari yang lebih labuh kan kan kan! hehe takpe bile awak teringin nak pakai apa yang awak suka, awk pun pakaila suka-suka sahaja kat dalam bilik kalau ianya tak boleh dipakai kat luar kan smbil tgk cermin”waah, comelnya !” ~awak berbisik sorang-sorang, sambil tersenyum :) aha...! suka juga pada kecomelan diri sendiri apabila menonton diri kat cermin dan bila bersiap-siap sebelum ke kelas msti bagi diri awak “terasa” comel terlebih dahulu  hehe.ya ka?
Hmm tapi, awak hakikatnya hanya selesa dengan penampilan yang tidak sesekali mengganggu manusia yang ada 'penyakit' di hatinya kan!. dan awak tak suka juga mengganggu mata-mata insan yang akhirnya hanya membawa fitnah kan kan kan wah Itulah kecomelan sejati~ berbisik sorang-sorang lagi hihi suka sangat-sangat dengan kecomelan ya.!

hehe...itu kan fitrah.....

Ketika kawan-kawan awak tengok cerita korea (terkadang) awak pun tumpang sekaki jugak kan. Tapi
awak bukannya 'kaki' la.. yakni kaki cerita yang melekat sepanjang masa.sebab awak kan ada banyak komitmen dan pengisian aktiviti yg lebih berfaedah kan?! Kan Awak suka akan keaktifan dan pemanfaatan masa, gerakkan matlamat membina ummah & keunggulan semangat kerjasama
secomel wonderpet!!! (antara cerita kartun yang awak minat jugak tu – hihi.. awak selalu cakap bak kate wondrpet : “apa yg penting...Kejesame” ).cumanya kalau dlm bab cerita korea ni awk tersentuh la jugak kan dgn Hero cerita korea tu mungkin awak pernah berbisik yang mereka ini hensem & coolkan kan kan
hehe itu kan fitrah....
Dalam cerita korea awak suka juga cara kisah dan warna-warni kehidupan yang dipersembahkan.apatah lagi kalau temanya tentang “CINTA”.tersenyum awak sorang-sorang menonton babak cinta yang mengganggui jiwa awak. kan kan kan macam-macam pula yang awak fikirkan.macam best je kalau jadi macam tu kan kan kan?
hehe itukan fitrah...
Dengar pula lagu-lagunya yang membuat hati awk terpesona masa babak best dan terikut-ikut dgn mood Kekecewaan kalau melodinya beritma 'frust'. huhu betol la kata awak...lagu-lagu korea ni macam “Hidup”! Macam boleh berjalan-jalan dalam kapilari darah awak je kan kan kan hehe
'feeling' la tu....

hehe itukan fitrah....

Tapi awak dalam minat-minat kat cerita korea tu awak mesti akan berhenti atau tutup cerita tu setiap kali masuknya waktu solat kan.eh pause saja la sebab lepas ni nak sambung balik yea?
..hehe.. tapi awak sambung lepas beberapa ketika la.Lepas awak selesai solat, baca al-Quran & selesaikan komitmen-komitmen lain.lepas tu pula awk sekadar berkongsi pandangan suka-suka dan keminatan terhadap HERO2 crita Korea tu itu sesama kawan-kawan je kan sambil bergurau-gurau gosip-gosip hihi..sekadar mewarnai masa dlm
persahabatan. Tapi awak sesekali tidak berlebih-lebihan, tak la sampai post & share sesuatu mcm HERO yang awak puja lagi mengujakan di wall-wall Facebook.seumpama membuat pengumuman yang “hebat” kat tempat awam. membuat persembahan “nilaian diri” utk tatapan semua.huhu..

Hellooo..!!!~~

tiba-tiba kawan awak kata itu suatu yang tak salah la sangat pun. tak mengganggu ketenteraman awam pun.hehe.tapi awak bukan jenis mcm tu kan awak pun nasihatla kawan-kawan awak tu ya jadilah mcm awk yg suka post-post peringatan dari ayat-ayat al-Quran & hadith, gambar-gambar petanda kebesaran Allah, perkongsian ilmu, perkembangan dunia islam dan.

Hellooo.........!!!~~

tiba2 kawan awk mencelah lagi “dia pun ada jgk tazkirah-tazkirah tau!” ...hehehe...menyampuk aje lah hah.kalau mcm tu meh ajak kawan awak sekali jadi gadis solehah yang Comel.meh la.best tau.hehe
aha.itu pasal Facebook yang kita kadang-kadang tersilap guna. terlebih, terlalai dan terlupa yang kita msti jaga betul-betul nilai & maruah utk pameran ramai. huhu.awak kene la jaga-jaga juga
kan.. ;)

biasalah itukan fitnah dan lorong-lorongnya...

Awak... susah tak kalau nak terus ISTIQAMAH jadi Comel.. ?
Hari itu ada seorang budak lelaki masej-mesej hmm pandainya dia dapat nombor telefon.
awak mule-mule terkejut la kan....hish... curi-curi je no tepon orang.... pastu dia ulang-ulang mesej.
sehari dua kali lepas makan macam jadual nak makan ubat antibiotik aje ishsibuk je la dia tu
kan?? eh.sekejap sekejap!!! huh.ayat-ayat dia Islamik la. wah baiknye
baiknye bersungguhnye bersungguhnye murninye murninya Caringnya Caringnya coolnye cool nye~~
aduh.awk teruja sudah awak suka dah ni  tersentuh sudahadui awk minat sangat-sangatla
dengan ayat-ayat yang best mcm tu tiba-tiba lagu “ayat-ayat cinta” bergema di hati awak kui²
….itukan fitrah...

Hmm kejap yea budak laki nak makan sesuatu nantilah nak ~~re....rep..rrrrr....repl..reply~~ (eh..napetersekat-sekat ni?ade yg tak kene la tu awak!)hehe ....
Aha ade cokelat la. Alhamdulillah.yeay! coklat Cadbury! Makan jap eh.cokelat Cadbury.ade
seseorang budak laki mane ntah yang bagi tadi.budak class ke awak??? awak 'ter'terima lah sebab ada orang datang bagi cokelat tu tiba-tiba, takkan nak halau dia macam tu sahaja.(lagipun..awak kan suka jgk kat coklat tu kan.hehe(“,)... tapi awak malu sangat-sangat waktu tu kan.awak takut menularnya fitnah yea?!.ok2 so, lepas nie awak akan lebih berjaga-jaga ya.! ;) aduh, Cadbury tu da cair la awak. panas kot awak ia da cair~ msti hati awk pn macam tu kan.cair mcm coklat Cadbury bile ada yg mencairkan hati awak.ebab
awk letak cokelat kat ats meja aje kat tempat panas.awk tak jaga cokelat tu. kan coklat mudah cair. klu awk letak kat tempat sejuk dan bersesuaian, mesti coklat tu akan terus ISTIQAMAH molek bentuknye! Hehe..sbb tu la awak.awak kena letak elok-elok, jaga elok-elok sesuatu yg mudah cair. macam hati awk. kalau elok terus dijaga, tak akan terkena lah 'bahang'nya. tak akan dicair semudahnye kan hehee...
nasib baik awak teringat kembali.

hehehe...itukan fitrah.....

tup...tup...tup....
erk!
“Abang ~~Bla...bla...bla...sayang~~... bla..bla..bla...”
huish.awat semacam aje roommate awk tu bersembang dengan abang kandungnya kat tepon?? ish..ish..ish awk ! rase lebih lembut kot suaranya dari kelembutan kuih Seri Muka hehe.... eh awk ni la baik sangka pulak bukan abang kandung kot abang lain kot hehe.tapi itu la awak,sangat-sangat murni hati awak kan, ~menjaga & Husnudzan dalam segenap sangkaan yang muncul kan.=)
alamak!!! awak pun terganggu lagi .awak rase mesti best kan mcm tu.awak terfikir lagi hati
mereka mesti asyik gembira aje. terbelai, termamai, terbuai.terBUAS...ops!....terbuas la pulak...
Ok2. awk tak suka kan kalau sampai mcm tu.! ya!nasib baik awk tak suka kan.
“Helloooo...!!!! I ingatkan you all dah kawin kalau dah sampai begitu cara nya!!!! grrr..grrrrrr...“ ~...wah...awk
bersuara dlm sindiran...hehe...nah! kene “seketul” dari awak... baru tau kan garangnya awak...
grrr~~.Awk benar-benar bertegas dalam hal ni kan kan kan ! Hehe... bertambahlah tahap
kecomelan awak lagi.bravo yea awak...(“,)
eh sekejap! keliru kan  bile awak tengok kawan awak tu macam sama ja dengan awk... pakaian & penampilan mcm awak.ada “jawatan-jawatan” jugak kot. bila berkata-kata di luar, dengan ramai-ramai ayat-ayatnya “Islamik” bagai tapi
tapi....emm....itukan
 fitrah.eh fitrah yang menjadi fitnah la!!!
. bolehkah dia berkata lagi pada dirinya yang dia adalah : “Gadis solehah yang Comel?”

hmm...FITRAH dan FITNAH...

hmm. sabar yea awak sbb awak msti nak terus jadi Gadis Solehah yang Comel kan awak kena jaga molek-molek diri awak tau.. sebab awak pun tau betapa BESTnya jadi Gadis Solehah nikan kerana awak suka sangat-sangat dgn motivasi daripada Rasulullah yg selalu awak sematkan inspirasinya dengan sabda baginda:

---------------------------------------------------
"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang
solehah." (Riwayat Muslim)
-----------------------------------------------------


alhamdulillah yeay! awak kembali tersenyum awak kembali tenang awak kembali riang awak
kembali bersemangat kerana awak tau  yang menjadi Insan solehah itu adalah sebaik-baik
perhiasan di dunia ini  maka awak selalulah diiktiraf sebagai yang terindah ya awak adalah GADIS Solehah yang COMEL! Yang Terindah! Yang teristimewa! yang paling CUN MELECUN gituuu :)
hehe.. senyum sikit awak..! (“,)
(^^,)..(^^,)...(^^,)...alhamdulillah....
dari tadi lagi kan..asyik sebut fitrah...fitrah...fitrah....
mengapa awak senang tersentuh? mudah untuk meminati? mudah diganggui hatinya? mudah dibuai-buai?

“sebab....awak ada hati yang sangat lembut & suka sesuatu yang mempunyai nilai yang
“cute-cute”

betul tak awak?

disebalik cerita korea cokelat baby kucing perhiasan dan lain-lain yang disebutkan tadi
bukan sengaja dikisahkan tapi ada falsafah yang tersirat tentang ceciri jiwa awaksemuanya
berkait rapat dengan sesuatu yang membuatkan awak memandang dan terpengaruh akan sesuatu kerana itulah awak mesti kena jadi kuat ! selalu menjaga kelembutan itu dengan cangkerang keimanan ketaqwaan  kesucian sebagaimana yang telah menjadi “trademark” awak selama ini Dan dengan kejayaan awak menempuh jerih payah mempertahankan cangkerang itu keindahan yg lain pasti sedang menanti awak

macam kisah cinta dlm cerita korea tu, cairnya hati awak macam
coklat Cadbury tu semuanya sememangnya akan hadir juakerana itu kan fitrahsemestinya Allah pasti menyempurnakan fitrah awak keranaDia jua telah ciptakan “seseorang” lagi yang turut punyai fitrah tugasnyautk sama-sama sempurnakan fitrah yg tercipta

------------------------------------------
so.

bolehkah awak berjanji yangawak hanya menanti “seseorang” itu sahaja? Yang telah dicaturkan
untuk sempurnakan fitrah-fitrah awak dalam keredhaan?... seseorang yang sebenarnya tidak ada
masa pun menjadi seorang “budak laki pencair hati” bersama SMSnya berulang-ulangan? seseorang
yang tidak ada masa pun bersama coklat Cadburynya...? dan seseorang yang tidak pernah pandai pun
memperdaya kelembutan awak itu?

tapi dialah seseorang yang masanya di saat ini hanyalah melangkah dan terus melangkah
menyempurnakan misi-misi agamanya?

dia lah yang ingin selalu ingatkan awak
selalu bermujahadah & menantikan awak
dan dia lah “seseorang” yang pastinya menunggu awak
kerana
dialah Lelaki Soleh yang hanya inginkan awak................... si gadis solehah yg Comel! =)

 ALHAMDULILLAH..MAHA SUCI ALLAH =)

p/s :opss ! peringatan tuk diri sendiri juga

take care of yourself, iman and heart

Sabtu, 1 Oktober 2011

terima kasih :)




alhamdulillah ini entri kedua untuk hari ini. mungkin ini satu perkongsian untuk anda,
ye ana jumpa madah ni masa surfing internet, tetibe terfikir. memang betul-betul bersyukur sebab ana dapat merasakan perubahan ke arah yang lebih baik. insyaAllah.
dulu memang jahil la juga ,semua ini kerana seorang teman, membuatkan ana berubah untuk menjadi insan yang lebih baik insyaAllah. disisi Allah itu lebih utama. i can't believe it, alhamdulillah. just wanna say syukran ala kulli hal~




Berterima kasihlah pada yang menegur, kerana mereka mungkin kita di syurga.

Berterima kasihlah pada yang menyokong, kerana mereka kita punya sumber kekuatan.


Berterima kasihlah pada yang memberi, kerana mereka kita menjadi seperti sekarang.


Berterima kasihlah pada yang berjasa, kerana mereka kita merasa sebuah kehidupan.


Berterima kasihlah pada Allah, kerana setiap ujian yang datang menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya.


nota: doakan saya ye SMA 2011 MUMTAZ amiin

take care of yourself, iman and heart

Sabtu, 17 September 2011

hati ♥ iman

 assalamualaikum
indahnya!
mari baca madah ini moge memberi manfaat
♥ alkisah sebuah percintaan antara HATI & IMAN ♥
~ kadang² HATI kering tnpa sinar hidayah drpdNYA . . Oh IMAN . . jgnlah tinggalkan HATI . . HATI sayang IMAN . . andai IMAN pergi tgglkn HATI , pasti HATI terluka . . IMANlah penawar HATI . . keranamu IMAN . . HATI mengenal Sang Pencipta YG MAHA PENGASIH . . yang telah mengurniakan IMAN pada HATI . .
IMAN , HATI perlukan mu IMAN . .
Ya ALLAH , peliharalah IMANku ini Ya ALLAH . . IMANlah sbaik² teman yg indah skali buat HATI . . ~
 

take care of yourself, iman and heart

Ahad, 7 Ogos 2011

wonderful qoutes ~

 Salam alaik! ana nak kongsi sesuatu ni. ayat ni betul-betul menarik ana tuk terus membace.. so meaningful~
.:|♥ Saat Allah mencintai seseorang, tempat pertama menerima sentuhan itu adalah HATI(♥)

~> Disitulah Allah melenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka, kemudian berganti dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan berjiwa bersih. <~

:: Hati ini seolah berbisik ::

~♥~ Aku Tahu Bila ALLAH Mencintaiku, Iaitu Saat Aku Membenci Segala Kejahatanku...~♥~

take care of yourself, iman and heart

Sabtu, 6 Ogos 2011

tersenyum bersama cinta

 salam alaik! dalam entri kali ni nak kongsi tentang cinta, macam sekarang ana masih remaja. kira normal la remaja macam ana mudah sangat jatuh cinta~ fuh![belum masanye lagi. ] ok baca artikel dibawah, artikel ni sebenarnya artikal indonesia. jadi ana BM-kan supaya mudah difahami dengan menggunakan bahasa kita sendiri :)


Jikalau sekiranya kita mencintai seseorang dan cinta itu tidak dibalas, janganlah merasa terpinggir, patah hati apalagi berniat hendak bunuh diri. ...
Memang tidak salah juga kita mencintai seseorang, kerana cinta tidak memilih untuk singgah di hati orang , Cuma mungkin cinta kita kepadanya belum mampu diterima dihatinya.cinta itu fitrah kan2?

Jikalau Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu. Kembalikan penghormatan itu dengan cara yang Ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukai perasaannya. Setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.

Jikalau kita bercinta dengan seseorang yang begitu mencintai diri kita, dan tiba-tiba cinta itu memilih untuk pergi, tidak ada yang harus dipersalahkan. Relakanlah saja cinta itu pergi kerana setiap kejadian pasti ada hikmah yang tersembunyi dan kita  akan menyedarinya apabila waktu berlalu pergi.

Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa pun, kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta dengan segala misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu. Nikmatilah ia sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan lebih bersemangat.

Cinta senantiasa dan selamanya akan menjadi misteri datang secara tiba-tiba dan pergi juga tanpa meminta izin untuk pergi. Oleh itu Bersyukurlah kerana ia pernah singgah di hatimu...

Kecintaanmu kepada sang kekasih akan membuatmu menderita, tetapi kecintaan sang kekasih kepadamu akan memanjakanmu itulah cinta, jikalau cinta sudah merasuk ke dalam hati apa saja akan dilakukannya kerana siapa yang mencintai sesuatu, maka dia akan menjadi hambanya. 

Pada dasarnya kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tidak abadi,akan tetapi kasih sayang Allah tidak ada yang boleh diragukan dan kasih sayang Allah janjinya sudah pasti.

Disaat kita merasakan bahwa diri kita bukan milik siapa-siapa kecuali hanya milik Allah semata-mata, sehingga kita tidak pernah menyesali dengan sesuatu yang telah tiada, semua dari Allah dan akan kembali juga kepada pemiliknya

Pastikan diri kita masih memiliki rasa Cinta dan tersenyumlah bersamanya
cinta Allah yang abadi !

nota: fuh 2 minggu lagi

take care of yourself, iman and heart

Khamis, 9 Jun 2011

adil vs zalim

assalamualaikum. jom baca artikel nie.
menarik untuk ana kongsikan. :) hayatilah~

Diceritakan bahawa seorang ibu telah datang menemui Nabi Daud a.s. lalu berkata:

Ibu – Wahai Nabi Allah! Adakah Tuhanmu zalim atau adil?


Nabi Daud – kenapa kamu ini wahai perempuan? Tuhan itu Maha Adil dan tidak pernah melakukan kezaliman! Apa yang telah berlaku ke atas dirimu?


Ibu – Aku seorang balu. Bersamaku tiga orang anak perempuan yang masih kecil. Aku menjaga mereka seorang diri dengan hasil tenunan tanganku. Semalam aku mengikat kemas-kemas tenunanku dalam sehelai kain berwarna merah dan membawanya ke pasar untuk dijual kemudian membeli barang-barang keperluan anak-anakku. Di pertengahan jalan, tiba-tiba seekor burung menyerangku, lantas menyambar tenunanku dan terbang entah ke mana. Kini tiada lagi yang tinggal untukku menyara anak-anakku.


Belum sempat Nabi Daud menjawab kata-kata ibu tersebut, tiba-tiba pintu diketuk dan Nabi mengizinkan orang yang mengetuk pintu itu masuk. Tetamu yang baru tiba itu terdiri daripada 10 orang saudagar yang di dalam tangan masing-masing terdapat wang sebanyak 100 dinar. Mereka berkata:


Saudagar – Wahai Nabi Allah, ambillah wang dinar ini dan berilah kepada orang yang berhak menerimanya!


Nabi Daud – Apa yang menyebabkan kamu menyerahkan wang ini kepadaku?


Saudagar – Wahai Nabi Allah, semalam kami berada di atas kapal layar untuk pergi berniaga. Tiba-tiba angin bertiub sangat kencang sehingga kapal layar kami hampir pecah dan kami hampir-hampir akan karam. Tiba-tiba seekor burung mencampakkan sehelai kain berwarna merah yang terdapat di dalamnya hasil tenunan. Maka kami gunakan kain dan benang itu untuk mengikat kapal layar kami dan menampung kebocorannya. Dengan itu kami dapat mengharungi angin rebut itu dengan selamat. Kami telah bernazar dengan Nama Allah bahawa setiap orang daripada kami mengeluarkan 100 dinar sebagai sedekah kerana Allah. Dan inilah wang tersebut. Ambillah dan berilah kepada sesiapa yang berhak pada pandangan Nabi.


Nabi Daud a.s. berpaling kepada ibu tadi seraya berkata:

Nabi Daud – Tuhan yang berniaga untuk kamu di darat dan di laut, sedang kamu menuduh-Nya zalim? Ambillah wang ini dan belanjakannya untuk anak-anakmu.

p/s..Duhai sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah, apabila kita ditimpa kesusahan janganlah kita cepat melatah dan menyalahkan semua orang disekeliling kita. Termasuk ALLAH!!
Kita sebagai hamba amat kerdil dan tak layak utk melawan taqdir Allah. "Kenapalah aku boleh masuk sekolah ni?" "Kenapalah aku sekelas dengan budak tu?" "Kenapa aku yang diuji?" Kenapa.. kenapa.. dan kenapa..

Sangatlah tak wajar untuk kita su'u zhan dgn Allah, Tuhan yg Maha Luas kasih sayangNya. Tak mungkin Allah akn timpakan kesusahan kepada kita tanpa ada apa-apa hikmah. Allah juga takkan timpakan beban kpd seseorg melainkan apa yang dia mampu.
Jadi, sekiranya kita diuji dengan sesuatu perkara maknanya Allah nak ajar kita sesuatu yang baru dan mahu kita belajar bagaimana cara untuk mengendalikan ujian tersebut. Kalau kita sama-sama perhatikan, inilah yang dinamakan sekolah kehidupan. Ujian, kesusahan, kepayahan dan kesukaran dalam hidup tak pernah berhenti. Akan datang silih berganti.
Marilah kita sama-sama mencari hikmah apa yang berlaku disekeliling kita dan bkn hanya menanti hikmah itu datang. Ingatlah sesungguhnya sekiranya kita tak bertemu dengan kebaikannya di dunia, Allah akan serahkan lambakan nikmat kepada kita di syurga kelak atas ganjaran kesabaran kita.

hiasan semata2! hee
Wallahua'lam.credit to BADAR KISAS

take care of yourself, iman and heart

Jumaat, 27 Mei 2011

mengapa sibuk bermain hati ?

[satu perkongsian]

satu teguran buat diri sendiri..

Mengapa kita SIBUK bermain dengan hati dan perasaan cinta?

Hati dan Perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan , ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia.

tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya?
setiap masa dan waktu kita fikirkannya,
sampaikan satu tahap kita akan terjebak dalam bercouple.

aku menasihatkan diriku, lupakan cinta dan perasaan ingin mempunyai pasangan. jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. ia tidak akan membawa kemana-mana. perjalanan terbentang jauh.

Jodoh?
Masih tak yakin dengan janji Allah.
ingatlah sahabat kepada qada' dan qadar ALLAH..qada' bermaksud perkara yang akan berlaku dan qadar perkara yang dahulu sejak azali. qada' terbahagi kepada dua iaitu qada' muallaf iaitu yang akan berubah manakala qada' mubra adalah perkara yang telah ditetapkan sejak azali yang merangkumi jodoh, ajal, rezeki dan beberapa perkara lagi.

Lihatlah..
anda punyai misi untuk islam. mengapa lembik dan cair kepada perasaan dan cinta. ramai yang mengatakan "aku mahu berkahwin, bernikah" tetapi dimanakah persediaan kita? untuk menjadi isteri kepada seorang suami atau suami kepada seorang isteri?

ia bukanlah satu perkara yang main-main. kita ingat ia hanya perkara keseronokan? untuk merealisasikan mimpi indah? tidak. ia satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah SWT satu ketika nanti. adakah kita laksanakan tugas sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya

Mari Menjadi Hamba kepada pencipta
Menjadi sebaik-baik hamba memerlukan pengorbanan bukan hanya kata-kata. Jika kita imbas kembali bagaimana sahabat-sahabat rasulullah yang sentiasa memperbaharui dan meningkatkan Iman mereka. Keyakinan mereka adalah di tahap yang tinggi. Mereka melihat syurga di hadapan mereka. Amal yang mereka lakukan adalah semaksimum yang mungkin.

Bukan seperti kita? Mengimpikan syurga tetapi kita hanya bermimpi tanpa pertingkatkan amal. Sedarlah! Hidup ini satu perjuangan. Jadi, berusahalah Untuk Menyihatkan IMAN!

Penutup : Jangan terlalu fikirkan cinta
Cinta dan perasaan satu keperluan. tetapi kita mesti pandai menguruskannya. Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan. Buat persediaan. dan lakukan ta'aruf dan seterusnya. Islam itu dipenuhi cinta dan kasih sayang. tapi banyak cinta dan kasih sayang yang menyimpang dari islam kerana kita tidak menghayati Islam sepenuhnya. Jom sama-sama kita mencari cinta dan RedhaNYA.

Lihatlah cinta yang sebenar ini!
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya ALLAH TA'ALA berfirman pada Hari Kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKU? Hari ini KUnaungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naunganKU.."
Wallahualam..~



credit to insan yg menulis! ana pun tak thu. moge memberi manfaat!

take care of yourself, iman and heart

Selasa, 24 Mei 2011

betul ke wahai wanita ?


siapa kata jadi perempuan tu senang?
nak kena tutup sana, tutup sini

tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising
perempuan, stoking pon kena pakai
cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
komfem x tahan bertutup semua
tapi, perempuan cool jek
tengah panas pon boleh lagi pakai jubah,

hebat kan perempuan?
siapa kata jadi perempuan tu senang?
tiap2 bulan, mesti ada penyakit
nak pergi kelas pon susah
kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit
cuba tengok budak lelaki , selamber jek
kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit
tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek
tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit
hebat kan perempuan?
siapa kata jadi perempuan tu senang?
hati ni Allah jadikan lembut betul
cepat jek sensitif
cuba tengok orang putus cinta
selalu perempuan yg paling susah nak lupa
lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru
cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
siapa yg paling teruk menangis?
perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi
lembut tak lembut hati perempuan
tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki
hebat tak perempuan?
disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah
diorang cakap, Allah x adil
kenapa Allah lebihkan lelaki?
kenapa perempuan kena dengar cakap suami?
kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan
dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni,

ramai perempuan2 kat luar sana yg rebel
diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'
diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki
diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati
kesian kan kat diorang?
disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang
diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil
persoalannya sekarang
betul ke Allah x adil dengan perempuan?
betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?
betul, isteri kena ikut cakap suami
tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya
x adil lagikah Allah pada perempuan?
Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan
untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu
mashaAllah, hebatnya perempuan kan?
kenapa perempuan hebat?sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat
cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio
banyak lagu pasal perempuan kan?
contohnya macam lagu SUMAIYYAH,
jarang kita dengar lagu pasal lelaki
sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia
tengok pula, bila seorang lelaki berjaya
orang akan cakap
'disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'
kita x pernah dengar orang cakap
'disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'
kan?hebat x Allah jadikan perempuan tu?
masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?
Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
perempuan senang nak masuk syurga
tengok hadis ni

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)


x adil lagikah Allah dekat perempuan?
oh perempuan, sedarlah
betapa sayangnya Allah dekat kita
betapa cintanya Allah dekat kita
tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?
Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan
dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah
kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan?


take care of yourself, iman and heart

Sabtu, 23 April 2011

andai dia tahu

 

credit to Nurul Nadhirah



Assalamualaikum wbt.. 
Andainya lelaki tahu.. 
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, 
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu..



Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu..


Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku..


 Andainya lelaki tahu..
 Apabila perempuan bercakap banyak,
 dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
 tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat..

 Andainya lelaki tahu..
 Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
 itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
 tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
 bukan untuk dirinya,
 tetapi untuk masa depan anda..


 Andai lelaki tahu..
 Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
 bukan bermakna dia tidak sayang..
 tetapi dia terlalu sayangkan anda
 dan masih menganggap anda anak kecil
 yang masih memerlukan sepenuh perhatian..


 Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
 anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
 Naluri keibuannya sangat kuat.
 Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda..


 Andai lelaki tahu..
 Apabila perempuan merajuk,
 jangan kata dia mengada-ngada.
 Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
 atau hadiah sedozen,
 tetapi cukup dengan perhatian
 yang boleh buat perempuan rasa dihargai..


 Andai lelaki tahu..
 Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
 itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
 tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
 bukan hanya hadir dari kata-kata
 tetapi juga melalui bahasa tubuhnya..


 Andai lelaki tahu..
 Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
 dia benar-benar maksudkannya.
 Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata..


 Andai lelaki tahu..
 Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
 jangan percaya kata-katanya
 kerana dia hanya mahu menguji kamu.
 Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
 Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya..



Selagi dia dengan kamu, percayalah,
 walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
 tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik..


 Andai lelaki tahu..
 Apabila perempuan menjadi degil,
 dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
 tapi dia mahu melihat
 sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya..


 Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
 Andai kena caranya,
 jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat..



Andai lelaki tahu..
 Apabila perempuan berkata,
 “tolong tinggalkan saya!”,
 dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.,
 Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja..



Apabila dia kembali tenang,
 percayalah dia akan mencari anda semula.
 Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
 Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
 Dia terlalu emosional..
 Tapi dialah yang paling menyayangi anda
 dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


 Andai lelaki tahu..
 Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
 dengan perbezaan yang tersendiri.
 Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
 mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

 Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
 Di sebalik air matanya,
 tersimpan seribu satu kekuatan
 yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.


 Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
 tapi dia punya kekuatan tersendiri
 yang bisa menggoncang dunia
 dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.


 Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
 kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
 tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
 dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

take care of yourself, iman and heart