Khamis, 13 Disember 2012

Rindu ~ desk mate

Assalamualaikum ~ [sila jawab dengan senyuman :) ] entri kali ni agak sempoi sikit. harap maklum.
cuti ? soalan feymes → cuti buat ape ?
haa jawapannya , buat kerja rumah , online facebook twitter , bace bahan ilmiah , dengar ikim  dan sebagainya . nak cari hikmah dalam setiap dilakukan tapi tak jumpa lagi , tak diilhamkan lagi buat masa ni. but i try hard for that !

tak boring ? boring it's normal .tapi untuk atasi kebosanan tu . buat laa apa-apa yang patut .

back to the title . sebenarnya ana KERINDUAN . rindu dengan telatah rakan rakan di sekolah . *eh baru berapa hari dah rindu ? yeah , siapa tak rindu zaman sekolah . 6.30 naik van pergi sekolah belajar jumpa kawan kawan . ouh i missed it a lot ! begitulah kehidupan seharian dulu ~*dulu ?

kadang terfikir , ' apalah agaknya desk mate ana buat kat rumah ye [yang 3 orang tu]?' mesti mereka bercuti dengan family . wahh seronoknya . rasa nak join jugak *jangan harapla kan.
ana rindu dengan teman teman ana . nak describe tentang mereka boleh ?

Adlin → Top student dekat sekolah , same class since form 2 , sometimes she makes me jealous . why ? because she always do the best for her exam . see , awesome right ! dia seorang yang penyabar , tak pernah marah , susah nak keluarkan air mata . wahh tapi pernah buat dia menangis . uhuk ! peminat cerita korea  . kalau tengok dari jauh dia seorang pendiam . i'm glad to know her . baik sangat budak nie. orang kata baik,  tak diterimanya . it's doa la Adlin :) uhibbuki fillah . sepanjang bergelar SPM candidate .Dia selalu busy dengan tuisyen sebab tu la pandai kott . dan ana yakin she can get straight A's for SPM. firasat ana mengatakan ia akan terjadi . *tak boleh blaa ^_^
okay banyak lagi yang menarik tentang dia . tapi ana simpan untuk ana :)

Shuhada → dia ni gempak gilerr ana kata , agak rapat ngan cik Adlin kita , result exam dia meningkat dari semasa ke semasa nampaknya .and she also top student sejak akhir akhir nie. hehe . tak pernah nampak dia marah . kalau marah pun macam tak jadi je . =P .penyabar laa orang nye . i'm glad to know her . uhibbuki fillah. dia seorang positive thinking .kadang suka kongsi masalah dengan dia , dia akan bagi positive feedback for me , seriously dia baik bagi ana . dia selalu nak kan yang terbaik untuk kawan kawan dia . ada harapan nak Straight A's juge sahabat ana nie :)

'kita nak awak jaga hati awak  ' - terharunya , tapi ana tak tahu apa yang ana sedang lakukan sekarang ni . shuhada terima kasih sebab sangat caring terhadap ana T_T .. ana tak sebaik enti but i'll try to be better person . doakan ye ! :') dan sekarang ni ana memang tengah jaga hati . tak de masa nak isi hati ni selain daripada Allah dan kekasihNya . masih mencuba

Izzah → sekolah rendah sama , tapi tak pernah kenal dia sangat pun. rapat dengan dia since form 3 . seorang yang suka merajuk . tapi kawan dia nie tak pandai pujuk . suka cari pasal dengan dia . dan rindu nak cari pasal . ouh baru-baru ni hari lahir dia . sanggup tunggu sampai jam 12 semata-mata nak wish . huu~
pengawas sekolah , anak guru + warden , berkeyakinan tinggi dan saya tak seyakin dia . kaunselor terbaik .dia baik bagi ana and i'm glad to know her . pendirian dia sangat lah teguh .i love you for the sake of Allah ~ itu jelah . ada banyak yang menarik tapi ana nak simpan lah .kongsi sikit je.
insya-Allah . dia juge calon straight A's SPM . aamiin .


okay finally , terbalas juga rasa rindu buat desk mate ana . :) take care ye ! ana sayang entunna .
that's all . jaga akhlak, jaga diri , jaga iman dan jaga segalanya yang perlu dijaga. :)

buat anda : maaf kalau entri kali ni tak bermanfaat , tapi terima kasih membaca :) buang yang keruh ambil yang jernih , mari contohi akhlak mereka ^_^

note : mereka tak de laman sosial macam ana  . ada gmail je. hee :) jadi selalu  info tentang sekolah or something ana share dengan mereka .




take care of yourself, iman and heart

Sabtu, 8 Disember 2012

terlakar memori ~

Dengan nama Allah , ku mulakan bicara ini ,

nampaknya agak lama juge tak meng-update blog ni . almaklumlah ke-busy-an telah melanda .
so how's your iman , moge bertambah dan tak pernah berkurang , haa tapi hakikatnya iman manusia tu sentiasa bertambah dan berkurang kan ?

Alhamdulillah , berakhir sudah perjuangan yang dihadapi untuk tahun ini , kini bergelar lepasan SPM dan EX-SAMeR ..dan tentunya melalui perjuangan ini , semua student mengharapkan kejayaan kan ?
prinsip yang ana pegang setiap kali lepas exam . DOA + TAWAKAL = NAJAH , sungguh bila kita ada sikap macam tu , hati sentiasa tenang , dan bila tiba masanya kita akan terima apa² saja yang diberikan olehNya. tapi kalau nak berjaya , kena lah doa banyak-banyak . Allah kan MAHA PENDENGAR, dengan kuasaNya , segala-galanya akan berubah , ^_^ berkata berdasarkan pengalaman .

pejam celik pejam celik , tup tup dah habis dah 5 tahun belajar kat SAM.RAWANG , *setia betul kat sekolah sampai tak nak pindah , dan akhirnya semuanya bakal menjadi kenangan dan dah jadi dah pun -_-'. ouh rindunya , sedih  terpaksa meninggalkan suasana tarbiyah di sana .
praise to Allah , for gave me such a beautiful memory ~

DI SAMER , ana mula mengenal apa itu tarbiyah , dan alhamdulillah dikurniakan nikmat untuk mengenal islam dengan sebenar-benarnya , sebab bukan semua orang apabila ditarbiyah dia menerima, mungkin perlukan masa .apa yang membuatkan ana tertarik pada sekolah ni ialah , KTS (KOD TARBIYAH SAMER) antum ada ? hehe . *kecoh laa budak nie . :P nak tahu lebih lanjut sila ke link yang diserta kan pada kalimah kod tarbiyah samer *ceh kalimah . heh !

taraa ni lah yang di tampal kat setiap kelas .

Disana juga , ana mengenal apa itu ukhwah , ye setiap orang pasti ada teman masing masing kan . seseorang yang kita boleh luahkan perasaan , sentiasa bagi kita semangat , dan  sentiasa ingatkan kita soal hati .
and i got them from SAMeR , then i will keep their name in my heart biiznillah→ Munira, Shahidatul , eez Maaruf , shuhada , Adlin ,Zaimah *uhibbuk fillah*
terima kasih kurniakan insan insan ini ya rabb , suka duka dikongsi bersama , mereka memang ohsemm !
dari mereka , ana belajar erti tabah , syukur , sentiasa kuatkan diri , yakin , bersemangat , jangan tension masa belajar , jangan lupa tidur time buat preparation exam [stay up laa]  dan macam macam lagi , dan pernah berjanji kalau nak ke makkah pergi sama-sama (credit to shahidatul , sweet tak? klu dia ingat lagi laa :P )


credit to sahabiah ♥




banyak lagi lah yang ana kenal kat sana yang dapat membantu ana untuk menjadi 'orang' .orang ? insan yang dapat berbakti pada agama kelak dan menjadi insan yang berguna , even berjaya macam mana sekali pun , kita kena ingat Allah selalu , sebab dia yang bagi nikmat . biarlah nikmat tu berkat bukan sebab istidraj .

dan yang paling mencabar , kenal tentang cinta . okay ana tahu semua orang tak terlepas dari perkataan tu . sebab ia memang fitrah manusia . tapi ana rasa ana dapat kawal lagi kott , even kena gossip ngan kawan pun , relaks je laa . kesah pulak ? sebab ana yakin dia yang teristimewa dalam hidup ni dah tertulis di luh mahfuz dan bila tiba masanya . he will come to me . [eh over ! ] okay stop thinking bout that , officially i'am still student ..

nampaknya entri kali ni bergitu panjang ye kawan kawan . terima kasih masih meluangkan membaca ,
okay sekarang nak ucapkan terima kasih banyak banyak pada SAMeR dan warganya,  terima kasih buat guru -guru yang disayangi .
penghargaan buat mereka yang hadir dalam hidup di samer
senarai guru kelas :)

FORM 1.2 : ustazah Azizah
FORM 2.1 : ustazah Azizah
FORM 3.1 :Teacher Fazidah
FORM 4.1 : ustazah Farah
FORM 5.1 : Puan Rafidah 

note : kat samer semua guru kami panggil ustaz/ustazah dan kami akan panggil teacher atau cikgu bila cikgu tu mintak . dah lama tak guna perkataan cikgu , -_-'

buat rakan rakan terima kasih sudi berkawan dan membina ukhwah :
→ warga 1 maliki '08 , 2 hanafi'09 , 3 hanafi'10 ,4 hanafi'11 dan 5 hanafi'12
→ adik adik junior dan adik² usrah , for both of my friends , syukran jazilaan ^_^
→ terima kasih juge buat senior : kak syuhada zainuddin , kak khadijah , kak ain , kak madhihah dan mereka mereka yang mengenali ana 
selamat bercuti buat rakan rakan dan junior . to 9A  PMR 's candidates , teruskan berdoa ~! moga najah !


okay rasanya sampai sini je laa.
akhirul kalam . please make du'a for us , and for you never give up and keep moving , always pray to Him for every single time that you have , He knows better than us ! moge 10/11/12 A+ SPM menjadi milik ku dan rakan rakan . Aamiin ya rabb

sincerely :  lepasan SPM 2012 . naurah_iftinan ^_^


SAMeR → love u , i'll miss you a lot . :'(

satu hari nanti , i'll be a doctor , insya-Allah





take care of yourself, iman and heart

Sabtu, 27 Oktober 2012

memori ~


8 days more 
dengan nama Allah ana menaip pada hari ini,
sebelum meneruskan bicara tanpa suara ,salam 11 dzulhijjah buat yang mengenali diri .

trial berjaya dihadapi ,natijahnya juga sudah ana perolehi . walaupun tak sampai target tapi Alhamdulillah . segalanya adalah daripadaNya . sungguh aku redha dan terima ketentuanNya. 5A and satu kecundang -_-'

dan anda tak layak untuk mengikuti temu duga T_T . tak pe diploma adalah lagi , yeah ! ya rabb , moge perjalanan dan impian ini terlaksana sebelum menghadapMu . terima kasih pada rakan rakan yang bagi semangat !


sungguh masa berlalu begitu pantas sampai tak sedar ana akan meninggalkan sekolah dan akan menghadapi SPM. Allahu rabbi . tak lama lagi akan menghadapi dunia luar , tak sanggup rasanya ingin berpisah dengan sahabat sahabiah  . dengan mereka ana belajar untuk terima apa yang orang kata , dengan mereka juga aku menjadi seorang yang bersemangat dalam hidup . syukran ya Allah atas kurniaan ini .


banyak kenangan dan pengalaman yang tersemat .this is real life !



SMART CAMP : kem terakhir bersama mereka . suka duka tawa dan sedih dilalui sepanjang kem , disitu ana belajar banyak perkara , dan baru ana sedar ana ada sahabiah yang sentiasa bagi semangat . 


❝ Saat orang berbicara buruk mengenai kita, padahal kita tidak pernah mengusik kehidupan mereka, itu petanda bahawa kehidupan kita sebenarnya LEBIH INDAH dari mereka ❞

[ my mother said : biarlah orang benci kita , tapi jangan sesekali benci pada orang . biar orang buat jahat pada kita .tapi jangan kita buat jahat pada orang !  hidup cuma sekali . ] dan ana pegang kata kata ni .

'' enti enti , tolong laa jangan terasa what people talk about you , this is your journey , Always believe to HIM ya ! ''

lagi satu focus SPM dan jangan fikir ape yang orang kata tentang kita , 11A+ ade depan awak tu , baik awak kejar ! yeah chaiyok ~ 


-Ada mesej nak disampaikan situ -
--------------------------------------------------------------------------

beliau membuatkan ana terfikir , mengapa agak begitu senang membantunya ?


entah mengapa , terasa begitu ringan tulang saat membantu beliau .


. ''fitria tolong saya jap '' 
'' okay ustaz , ^_^''

terkesima dan membuatkan ana menitiskan air mata saat menjadi orang pertama mendengar berita yang disampaikan olehnya . fuh rase begitu dipercayai . lebih lebih lagi daripada seorang guru , harapannya cuma satu , melihat anak anak didiknya cemerlang dalam pelajaran . menitis air mata saat beliau ingin berhijrah keluar dari SAMER. dan yang membuatkan ana  sedih apabila  beliau tak dapat bersama kami di saat saat genting begini dan tanggungjawab yang diberikan bagai tak mampu dipikul .  tanggungjawab ? apakah secreto :P , .apa ape pun ana selalu berdoa untuk kejayan rakan rakan . insyaAllah ! never give up before your start it !

ustaz, thanks for all things that you gave to me , really appreaciated it ~! terima kasih bagi semangat ~!*macam la ustaz bace.

walaupun tak sampai setahun belajar darinya . namun terasa atas penghijrahannya . tak mampu nak kata ape dah.  ~


'' Bila saat kehilangan tu sebenarnya kita makin dekat cuma tak terfikir kerana kejauhan'' -ustaz amin-
 ------------------------------------------------------------------


Rumah kasih Harmoni :: pengalaman yang sangat menarik ,

syukran hanafian beri peluang bersama mereka dan beri peluang berprogram bersama kalian , this is the best ever ~!


RKH. di sana , rasa bagaikan mempunyai adik yang ramai . dan membuatkan diri terfikir .

'' ouh , macam ni lah mak and abah besar kan kami . dengan kerenah kami , kenakalan kami . wah tabahnya mereka'' :')
dan di sana jugak , ana belajar erti bersyukur ,belajar layan kanak kanak ,  segalanya adalah terindah, tak mampu nak dikatakan . maaf tak mampu nak remind and paste ,

group 5: farid haziq shuhada fitria → fasi 
[Nurul Azme , Aini , Faizah ,Amir , Omar , Amirul Aiman ,Azrishah , and Akmal ]



nurul and aini (masa nak balik baru tahu diorang ni berangkat )
orang panggil dia boboi . time penutup baru terjumpa dengan budak nie .
peace !
farid haziq and amir . *pic gegar . sekejap je amir ngan kitorg lepas tu die nak dengan muadz .


nie naili , muka dia macam pelakon laaaaa ~ 

nana , buat muka comel ^_^
 SPM 2012 11A+  MENJADI MILIK FITRIA ERNITA BINTI ISMAIL DAN  RAKAN RAKAN 25 GENERASI SAMeR . AAMIIN
 bittaufiq wannajah buat rakan rakan seperjuangan . hanya satu yang nak ana katakan . buat sehabis baik ! ini perjuangan terakhir kita bersama . jom berjaya bersama . all the best !.
mohon maaf ada salah silap terkasar bahasa tak terlayan tak tertegur ^_^ manusia sememangnya banyak khilafnya .
for you : please make du'a for us ! syukran . and thanks also for reading :)



take care of yourself, iman and heart

Jumaat, 24 Ogos 2012

Sebelum TRIAL

 Bismillah ~

 Tetamu datang rumah , terpandang TARGET BOARD  , sekali gus mendoakan diri.  insyaAllah . :)

''boleh ke dapat 11A''
*''InsyaAllah BOLEH cik ''
''bagus bagus !''
*''doakan ye cik''
:)



-------------------------------------------------------------
bahawasanya, kami akan menghadapi pra-perjuangan pada hari selasa ni .
jadi '' hal antum mustaid'dun ?''
'' insyaAllah ~ hari exam baru sedia.''huu ~
*siape jawapan dia macam nie ? itu bermakna kita serupa . haha
usaha LIF kejayaan  . kita up kan sikit dari tangga kepada lif . dunia dah maju . peace ^_^

baiklah kita fokuskan pada perkataan usaha . mungkin itu antara salah satunya tips nak exam dan yang paling penting kita yakin pada ALLAH subbhanallahu ta'ala .
kalau tiada angin masa kan pokok bergoyang ye dak ? maksudnye kat sini kalau tiada usaha masakan kita boleh berjaya . sesungguhnya disamping berdoa kepadaNya usaha itu sangat lah perlu . sebab apa ? sebab kalau kita berdoa je usaha tak ada. mustahil boleh berjaya . Allah kan tengok usaha kita :) tapi kalau Allah nak bagi Allah akan bagi . sesungguhnya DIA MAHA PEMURAH .

jadi wahai diri . sila berkerja dengan lebih keras memandangkan persiapan awak tak lah hebat mana kan ?
beware ! TRIAL  kat depan awak je . jadi tolong berhati hati dan berjuang dengan bersungguh² keranaNya .
percaya pada Allah ye .

saya rasa sampai di sini saja . doakan kejayaan saya dan rakan rakan ye .
8A, target for this Imtihan . kalau lebih, lagi bagus ! chaiyok ! after TRIAL apply DQ insyaAllah .
sekian dari saya :) syukran sudi luangkan masa .
pesanan : sila hormati guru anda dan jaga perasaan orang lain  . seriously kesal melihat sikap mereka .-_-'




satu hari nanti . doakan ye . ana nak jadi hafizah sebelum bertemuNya . kalau ade kesempatan !



take care of yourself, iman and heart

Khamis, 16 Ogos 2012

Mereka ^_^


 

Ramadhan.
Jangan pergi dulu. Kami masih terlalu rindukanmu.

Namun?
Dia perlu pergi,
kerana ini dunia.

Tiada apa yang akan kekal. Allah...

*Ramadhan kian menjauh,
bagaimana kita?

Sedikit perkongsian untuk kita sama-sama fikirkan.

Muhasabah diri, hanya 3 points untuk direnungi.

---------------------------------------------
1. Berjaya atau gagal seseorang itu boleh dilihat SELEPAS keluarnya dari Madrasah Ramadhan.

* Jika dia dapat meneruskan amalannya seperti di bulan Ramadhan, maka dia adalah graduan berjaya. Dia telah memperoleh "sesuatu" yang istimewa sepanjang Ramadhannya.

- Jika sebaliknya, maka puasanya di bulan Ramadhan hanya menahan lapar & dahaga sahaja. Nau'zubillahi min zalik.

2. Sesiapa yang membiasakan diri melakukan satu-satu amalan selama tempoh 30-40 hari secara berturut-turut maka amalan itu akan menjadi rutin yang mudah baginya untuk diamalkan di dalam hari-hari yang ke seterusnya. Ia membantu untuk istiqamah.

3. Jika tidak mampu juga untuk istiqamah?

Ini jawapannya >>> Orang yang tidak ikhlas sukar untuk istiqamah. Fahamilah.

credit to ukhti : nur solehah ~HS


------------------------------------------------------------

alhamdulillah . masih dipinjamkan nyawa lagi olehNya. sungguh ana bersyukur atas kurniaan ini.
cuti raya ? ni bermakna TRIAL semakin hampir . Allah cepatnya mase berlalu . gunakan masa sebaik mungkin ye :)
 Rasa bersyukur dan tak sangka sebab ana dapat lalui ramadhan tahun ini tapi mungkin kah bertemu untuk ramadhan seterusnya ? Allahu rabbi moge bertemu kembali ya Ramadhan T_T .
ramadhan tahun ini sungguh menguji kesabaran diri . Alhamdulillah . i'm proud to be a muslimah :)

Di saat RAMADHAN KIAN PERGI,
Aku masih mengusung diri,
Melihat sekeliling,
Mencari erti hidup sebagai HAMBA ILAHI..
Adakah aku akan TEMUI IA KEMBALI?
Sungguh aku MERINDUI..
Andainya ini RAMADHAN TERAKHIRKU..
Pasti aku kecewa..
Kerana aku HAMBA YANG BERDOSA..♥♥ -HA-

back to the title. hari ini saja mencari kesempatan untuk menaip entri  sebelum menghadapi ke'busy'an yang amat dahsyat . mungkin .
MEREKA .. khas buat sahabat fillaah sekalian . cuti raya menjelma , that's means our TRIAL is just around the corner . ana nasihatkan sila buat yang terbaik untuk TRIAL . nak dapat biasiswa orang tengok TRIAL . ye ke ? agaknya laa ana sebut je. haha. tapi yang ana pasti nak masuk DARUL QURAN tengok result TRIAL. doakan ye !

JUMAAT 15/8 : syukran pada pihak sekolah atas sumbangannya . Alhamdulillah kesusahan yang dilalui mengajar erti kehidupan yang sebenar .

Tiada takdir yang buruk kerana setiap apa yang ditakdirkanNya itu pasti BAIK buat hambaNya. Walau ia nampak buruk di matamu hari ini, mungkin kelak dikau akan berterima kasih kepada yang buruk itu kerana ia pasti akan mendatangkan kebaikan padamu. Hanya menunggu masa.

~ Yang penting, senantiasa bersangka baik pada Allah! :)
 ANA SAYANG GURU GURU ANA . sentiasa doakan mereka ^_^
i'll try my best in SPM. seriously ana inginkan mualim/ah ana gembira atas kejayaan yang bakal ana dan sahabat/sahabiah fillah perolehi. insyaAllah .straight A+ amiin.
tahun terakhir di SAMeR ----> impian ana. ana nak tinggalkan memori yang terindah di SAMeR. biiznillah ~
credit to my ustaz : syukran atas doa nye masa kelas PSI . sungguh saya terharu atas doa ustaz . dan terima kasih ------- ringgitan.. huu ~ [masih terkedu + terkejut ] A+ insyaAllah .
 
---------------------------------------------------------------------
''ustazah ! selamat hari raya , maafkan saya , doakan saya ''
''selamat hari raya juga ''
''usaha lebih''

TRIAL mood active !
 biitaufiq wannajah buat anda wahai calon 10/11/12 A+ ye ! insyaAllah anda BOLEH .


take care of yourself, iman and heart

Jumaat, 13 Julai 2012

percaya ?


 

Bismillahirrahmanirrahim ,
zupp ~ tak mampu diluahkan perasaan ketika ini , entah mengapa hati ini begitu tidak tenteram . mungkin stress menghadapi hari hari yang lalu , TRIAL semakin hampir , banyak main pulak diri nie,
maaf entri kali ini, mungkin agak emosi , jika tak sudi membaca , ringan kan jari anda yang comel tu untuk membawa tetikus ke bahagian atas . dan tekan X . harap maklum

tajuk kali ini , berkaitan PERCAYA ? juga dikenali sebagai TRUST in english. anda pernah diberi harapan atau kepercayaan ? angguk sikit , ana rasa pasti anda pernah dipercayai . mungkin disebabkan orang melihat sikap dan sifat pada luaran anda yang membuatkan orang percaya pada anda . mungkin laa , ana tak pasti , bergantung pada persepsi masing masing melihat orang. eh , sebelum tu ingin ana ingatkan percaya tu luas skop nya , kalau dalam islam sendiri , kita dituntut untuk mempercayai ALLAH dan RASUL atau lebih tepat lagi BERIMAN . tapi bukan itu yang ana nak sentuh , ana nak sentuh percaya dan dipercayai oleh orang lain.

jujur ana kata kan , dalam hidup ana , ana pernah dihadiri insan yang sangat mempercayai  ana , sehinggakan setiap masalah yang dihadapi kalau boleh pasti akan dikongsi  , tapi ana takut dengan orang yang terlalu percaya pada ana , sebab ana takut suatu hari nanti , ana takut ana akan mengecewakan mana mana pihak , senang cerita , susah untuk menjadi orang yang dipercayai . ini pendapat ana ..terpulang laa

seorang pemimpin yang dilantik atau pun sekiranya anda memegang  apa apa jawatan kat sekolah ke, kolej ke , malahan kat tempat kerja sekali pun itu adalah disebabkan kepercayaan orang terhadap anda , jadi nak disimpulkan di sini , setiap something yang kita dapat dari orang lain tu adalah kepercayaan orang terhadap kita, kalau boleh orang nak sangat kita menjaga nya , jangan pernah hancurkan harapan orang terhadap kita dan mungkin ia akan menjadi amanah buat kita . maaf buat siapa yang mengenali diri ini. sungguh aku bukan lah orang yang sempurna ,memang tak terlepas dari kesilapan . tapi aku cuba untuk jadi yang lebih baik dari sebelumnya . namun aku memerlukan teman yang mampu membawa aku mencari jalan yang penuh cahaya .


baiklah ana selitkan kisah teladan buat tatapan anda . syukran kerana sudi luangkan masa sedikit buat ana.

                         Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

                        Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

                        Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

                        Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

                        Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

                        Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah s.w.t. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.                                     Ketiga jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.                                             Keempat jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.                                                                                                                                                                         Kelima bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

                        Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

                        Maka berkata Allah s.w.t., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.





take care of yourself, iman and heart

Ahad, 10 Jun 2012

sekolah dan semangat ~

assalamualaikum
alhamdulillah , asyukrulillah atas nyawa yang dipinjamkan olehNya. Allah Allah
senyum la dahulu ye :) dengan senyuman hari menjadi ceria walaupun hakikatnye tidak ~
baiklah ,hari ni ahad dan esok sekolah ?
macam mana perasaan nak masuk sekolah ?
macam tu laa . takde perasaan . kalau dulu , semangat nak ke sekolah lepas cuti panjang panjang
tapi kali ni semangat tu hilang . entah mengapa diri ni begini, terasa semangat tu mula luntur , Allahu rabbi
semangatkuu DATANG laaaah balik . aku amat memerlukan mu dikala masa yang agak suntuk ni. *ceh -_-

wahai diri sedar laah , kau perlu bangkit dari situasi ini , sampai bila nak jadi  macam ni? , tolong la berubah jadi muslimah dan mukminah yang berbakti pada Agama . Tolonglaaahhh ~

percaya mahupun tidak , TRIAL SPM semakin hampir !! hampir sangat bile difikir balik masa yang berbaki sebelum TRIAL sepatutnya akan full dengan baca buku , kali ni ana bertekad , kemana saja buku mesti ada kat tangan . bayangkann sekarang bulan 6 ----> bulan 7----> bulan 8 = TRIAL month . sempat ke ? 
seriously , kita kesuntukan masa . anda rase ana dah sedia ke ? ouh tekaan anda salah , sebab ana ade semangat je tapi persediaan belum mantop lagi . walaupun ada lah jugak sikit² persediaan nak hadapi tu. tapi itu sikit je !



wahai pembaca yang dihormati,
ana ada satu permintaan , permintaan ni tak lah terlalu rumit , ana rasa ini paling simple
DOAKAN ANA DAN 25 GENERASI SAM.RAWANG DAPAT STRAIGHT A+ TRIAL SPM DAN SPM 2012 YE ? terima kasih , :)

wakhulasah kaul , selamat kembali ke sekolah buat semua sahabat/sahabiah , teruskan perjuangan . betulkan niat ----> lillahi ta'ala . jangan hampakan mak ayah , mereka amat berharap dengan kita percayalah ! , gudluck untuk result PPT yang bakal diperolehi , walau apapun yang diperolehi , terimalah dengan hati yang redha , sebab itulah hasil usaha anda . kurangkan kontroversi ,tingkat kan prestasi *eak ? haha
tak delah jangan berputus asa tapi try untuk dapat kan yang terbaik pada masa akan datang . :) 

ma'asalamah , assalamualaikum
naurah ~


take care of yourself, iman and heart

Isnin, 4 Jun 2012

mencari kesempurnaan

 assalamualaikum akhi/ukhti :)
eh dah hari isnin dah , sungguh , masa berlalu begitu pantas . alhamdulillah masih lagi dipinjamkan nyawa olehNya. rasanya cuti ni tiada kisah yang menarik .bace buku--->pergi tuisyen ---> baca buku ! -_-' otak pun LENGUH . huu~  tapi yang bestnye ana belajar nak jaga hati sahabat-sahabat yang dikasihi . awesome , ilmu baru nie .  , KENALI SAHABAT ANDA ! *banyak betul sahabat ana , maksud ana lebih kepada rakan la insyaAllah .
susah betul nak memahami perasaan orang . maafkan laah hambaMu ini ya Allah * i'm not psycho person la
conclusion yang diperolehi : bile kita gurau dengan rakan kita , tak semestinya ape yang kita guraukan itu akan membuatkan die ketawa , mungkin gurauan tu akan menyebabkan dia sakit hati jugak . *orang yang ada sikap sensitif dia akan terasa dengan perkara yang remeh , jadi kita kena selalu jaga hati dia  , new knowledge-_-' *

 so think first before you want to talk and always remember that all of your action without think first can affect yourself and mybe to others too ~

sempat chatting  dengan seorang sahabiah berkongsi cerita dan sekali gus teman dia siapkan akaun. huu~
bak kata dia :  .''biasa la..manusia pelbagai karakter,,
takpelah..buat la sebagai pengajaran..nanti kita dapat tau dia suka apa dia tak suka apa,nanti kita dah tak ulanginya kembali..''

 ''betul la tu..xsemua org suka gurauan yg kita buat..ada yg memang benda tu lawak tapi ada yg tak gelak..jadi klau nak atasinya..lebih baik kita buka minda kita,,kita imaginasi sikit..kita fikir..adakah lepas kita cakap kat dia macam tu dia suka?? klau rasa2 dia xsuka..terdetik hati tu suruh jgn cakap..baik berdiam diri je''

kata-kata yang penuh hikmah kan ? bersyukur dikurniakan rakan yang sangat memahami . :) alhamdulillah .
mencari kesempurnaan ----> tak semua orang sempurna , dan seseoranng tu mesti ada kelebihan dan keburukkannya sendiri , dan satu hari nanti kita akan menemui orang yang mampu menyempurnakan keburukan yang ada dalam diri kita . InsyaAllah ini pendapat ana *


Sentiasalah kuat , walaupun tak sekuat disangka :')
Jangan pernah putus asa , Moga Allah redha awak semua.



jom baca kesah ni.

credittotheowner


MENCARI KESEMPURNAAN

Seorang pelajar pernah bertanya pada ustaznya:
Santri : Bagaimana caranya agar kita mendapatkan sesuatu yang paling sempurna dalam hidup?

ustadz : Berjalanlah lurus di taman bunga, lalu petiklah bunga yang paling indah menurutmu & jangan pernah kembali kebelakang.

Setelah berjalan dan sampai di hujung taman, si pelajar kembali dengan tangan hampa . . .

Ustaz : Mengapa kamu tidak mendapatkan 1 bunga pun?

Santri : Sebenarnya tadi saya sudah menemukannya tapi saya tidak memetiknya karena saya fikir mungkin yang di depan pasti ada yang lebih indah, namun ketika saya sudah sampai di hujung, baru saya sedar bahwa yang saya lihat tadi adalah yg terindah, dan saya pun tak bisa kembali kebelakang lagi!


Dengan tersenyum ustaz berkata :


"Ya, itulah kehidupan, semakin kita mencari kesempurnaan, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya, krn sejatinya kesempurnaan yang hakiki tidak pernah ada, yang ada hanyalah keikhlasan hati kita untuk menerima kekurangan'


okay sampai sini saja :) ma'asalamah ilalliqo ' take care of yourself iman and heart ! it's will be awesome ! :)
assalamualaikum 





take care of yourself, iman and heart

Jumaat, 1 Jun 2012

impian :)

assalamualaikum ~
how's life ? iman ?khaifa haluk ?

bila difikir kembali ' ouh aku dah nak 17 tahun dah rupanya'
'apelah jasa aku untuk agama nii' , hmm Allah
Bila dikenang kisah hidup ini, terasa ingin sujud menyembam wajah kebumi. Malu dengan dosa-dosa lalu, tetapi sangat terharu dengan hidayah dan kasih sayangNya. Allah ~

sebelum melangkah lebih jauh , ada baiknya bertanya pada diri  !
macam mana belajar ? dah nak SPM ni. TOLONG LAH sedar !! *arghhh rasa nak menjerit

tengoklah budak sekarang , study last minute je tahu . macam mana nak berjaya . aigoo
*dituju khas buat tuan blog . dah nampak sikit kesedarannya tuu

---------------------------------------------------------------------------

semua orang ada impian masing-masing kan ? tak kira lah nak gembira kan mak ayah ke , nak dapat PMR 9A ke, SMA mumtaz or SPM 11A+ ke , nak kahwin ke kan kan ?? opps. :P ana rasa kalau cerita pasal impian tak kan habis laa jawabnya .

baru diri ini merasai bagaimana rasanya menjadi seorang pelajar form 5 dan bergelar calon SPM dan paling beruntung buat ana ,alhamdulillah tak ade jawatan yang tinggi dekat sekolah tu sehingga mampu menyesakkan dunia seorang pelajar huu ~  tapi ana respect dengan rakan-rakan yang mampu menggalas amanah sambil belajar , pegang amanah tu juga proses belajar bagi kita kan ?

sejak beberapa waktu ni, ana rasa dunia sangat menyesakkan , pelajaran pun rasa macam arghh boleh ke aku buat ni ? rasa macam nak menangis puas-puas .mengadu padaNya ..Allahu rabbi  T_T , tapi sayup-sayup kedengaran ''don't give up , kalau rakan enti boleh buat kenapa tidak enti kan ? yeah , percayalah sesungguhnya anda mampu hadapi '' semangat dalam diri pun mula berkata -_-'

seriously ana katakan , bila kita benar-benar yakin pada Allah dan percaya Dia sentiasa disisi kita ,
Allah pasti bantu kita , sebab:

Bila ALLAH ada di dalam hatimu, kamu seolah-olah MEMILIKI segala-galanya. Itulah KEKAYAAN, KETENANGAN dan KEBAHAGIAAN yang hakiki.
ketahuilah, tiada yang lebih mengerti perasaanmu melainkah Allah..
Tiada yang lebih dekat kepadamu, melainkan Allah..
Maka mintalah & adukan segalanya dalam sujudmu kepadaNya

baiklah sampai sini saja,
ana tak tahu nak menaip apa lagi ,
doakan ana TRIAL SPM dan SPM 2012 nie ye
Fitria dan 25generasi SAMER straight A+  TRIAL SPM dan SPM 2012 amiin :)







take care of yourself, iman and heart

Selasa, 22 Mei 2012

Rasulullah :)


"Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.

Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.

MORAL & IKTIBAR

o Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang
berlandaskan keimanan yang tulen

o Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah

o Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia
sayangkan nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat
nanti

o Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan
merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu

o Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana
Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari
akhirat kelak

o Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang
mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat.

o Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara
umatnya yang mengasihi baginda

Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas
landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.

take care of yourself, iman and heart

Ahad, 15 April 2012

husnudzhon ~

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful ~

 Firman Allah swt;
“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”(al-Hujurat: 10)

assalamun alaik '
khaifa haluki/ka ? moge sentiase dalam keimanan yang teguh insyaAllah
agak lama rasenye tak mengupdate blog dengan ayat-ayat sendiri .
asiff jiddan . ke busy an melanda , menjadi calon SPM tak lah semudah yang di sangka .
sungguh pelbagai rintangan ujian Allah kirim kan sejak akhir-akhir ini . Alhamdulillah ana mampu hadapi , lagi-lagi bila ade sahabat-sahabat di sisi. mereka memahami ana dan membuatkan ana semakin kuat untuk hadapi segalanya . ana sayang mereka kerana Allah .


Abdullah bin Mas’ud;
“Wahai lidahku, berkatalah yang baik, nescaya kamu akan beruntung. Atau diam dan dengarlah, nescaya kamu selamat sebelum kamu menyesal.”
Katanya lagi; “Tiada yang lebih layak dipenjara lebih lama daripada lidah.”
sebagai manusia kita tak kan terlepas dari kesilapan, jadi salah satu cara untuk mengelakkan diri kita melakukan kesilapan disebabkan perkara-perkara kecil ialah dengan HUSNUZHON ~
bukan mudah nak kawal diri daripada sifat su'uzhon , percaya lah pasti dalam diri kite akan wujud perasaan su'uzhon . mana datang ye ? anda mampu menjawab nye .
 tajuk entri kali ini ,saja ingin berkongsi , ana tak paham dengan fikiran orang lain , ye lah fikiran mereka mane lah kite tahu kan .



husnuzhon ? sebenarnye bile kite husnuzhon dengan orang lain insyaAllah orang akan husnuzhon dengan kita.
berhenti lah untuk fikirkan bukan-bukan terhadap seseorang tu , mana kita tahu isi hati orang kan , sebab mungkin bila kite fikir benda yang kurang baik terhadap seseorang tu , tanpa kita sedari pasti dan pasti syaitan mula menghasut , tak percaya ? percayalaah .
jangan kerana kata-kata kita boleh menyakit kan hati orang lain , jangan disebabkan kita persahabatan menjadi goyah . ana harap kita semua mampu menjadi muslim or sekali gus mukmin yang mampu berfikiran positif terhadap orang lain , terhadap saudara seakidah kita . berubah lah untuk menjadi mukmin yang kuat wahai diri . pelajaran PQS masa kat madrasah , menyedarkan diri . huh ~
baiklah ana rasa sampai disini saja

''  jauhilah dari prasangka buruk yang tidak bersandarkan kepada sebarang asas/dalil/fakta yang jelas. Prasangka hanya datang dari hati yang prejudis dan busuk. Natijah yang dibawa hanyalah kebencian dan permusuhan. Manakala mangsa yang terkena prasangka juga akan sakit hatinya, sedih dan kecewa. Ukhuwwah islamiyah yang terbina sekian lama, bisa hancur dan runtuh dalam sekelip mata, sehingga kita sendiri tidak akan mempercayainya, hanya kerana hasutan syaitan untuk berprasangka buruk sesama kita''
 Wallahu a'lam . wassalam :)

nota kaki : opps over tidur plak . terlepas qiam . aigoo

take care of yourself, iman and heart

Sabtu, 14 April 2012

tips hafal al quran

 assalamualaik . entri ni di tujukan kepada sesiapa yang mempunyai kecenderungan untuk menghafal al-quran  .like me dan sahabat seperjuangan ana . smoge bermanfaat.

Satu hari sebelum tidur – aku terbaca satu kisah bagaimana hendak menghafal Al Quran dan dengan cara yang demikian dapat membina hubungan yang intim dengan Allah swt

Kisah ini berkisar pada seorang hamba Allah bernama Ahmad – seorang pelajar kejuruteraan yang telah menghafal Al-Quran dalam masa pengajiannya sebagai seorang jurutera. Beliau mengikuti dengan tekun teknik yang telah dipelajari dari seorang syeikh dari Algeria, Shaykh Zakariya al-Siddiqi yang sedang bertugas di Institute of Human Science di Perancis. Shaykh Zakaria telah menjadi hafiz pada umur 9 tahun dan mengorbankan masanya untuk mempelajari dan mengajarkan isi kandungan Al Quran. Beliau telah menceritakan kisah Ahmad ini (nama samaran).


Tip 1 – Bangun awal

Ahmad akan bangun lebih awal dari rakan-rakannya. Beliau akan beristiqamah ke masjid pada setiap waktu fajr. Apabila balik dari rumah – beliau tidak menghabiskan masa dengan TV atau internet tetapi akan menghabiskan beberapa minit setiap hari dengan menghafal ayat-ayat Al Quran.

Tip 2 – Setiap hari cuba menghafal kurang dari apa yang anda rasa anda mampu buat
Ahmad membuat satu azam untuk menghafal keseluruhan Al-Quran. Beliau tidak mengikuti jejak langkah rakan-rakannya yang cuba menghafal satu atau dua muka surat dan akhirnya berhenti kerana tidak mampu. Ahmad akan menumpukan kepada 5 baris sehari. Ini memakan masa 20 – 30 minit sehari.

Tip 3 – Biasa-biasakan dahulu
Untuk membiasakan diri dengan 5 barisan ayat-ayat Al-Quran, beliau akan menulis lima barisan ayat tersebut di atas sekeping kertas. Kemudian beliau akan mengulangi membacanya dan cuba menghafalnya.

Tip 4 – Simpan ayat-ayat tersebut dekat dengan anda
Ahmad akan mencari masa-masa terluang – di sana sini untuk menghafal ayat yang telah ditulis tadi …kekadang semasa menunggu bas, semasa menunggu pensyarah masuk ke kelas. Kertas yang ditulis akan sentiasa berada di koceknya dan akan dirujuk jika hafalannya tersangkut

Tip 5 – Guna apa yang dihafal dalam setiap solat
Bagi memantapkan hafalan – setiap waktu sembahyangnya – beliau akan membaca ayat yang dihafal pada hari tersebut. Dalam setiap rakaat beliau, dia akan menggilirkan pembacaan 5 barisan yang dihafal pada hari tersebut dan hari sebelumnya.

Tip 6 – Pastikan Matlamat sentiasa berada di depan anda
Bagi rusham Uthmani ada 15 barisan satu muka. Maka pada setiap hujung minggu, Ahmad bukan sahaja telah menghafal 2 muka surat Al Quran malahan berjaya menulis keseluruhan 2 muka surat.

Tip 7 – Perbaiki tajweed anda
Pada hujung minggu biasanya Ahmad akan menziarahi guru Quran yang mahir dalam pembacaan. Ahmad akan minta gurunya mendengar bacaan dua muka surat yang telah dihafalnya. Dengan ini beliau menjadi yakin dengan pembacaan dan tajweed hafalannya.
Seperkara lagi – ada satu lagi rahsia kejayaan Ahmad.

Rahsia dalaman bagi kejayaan dalam penghafalan
Seminggu sekali (biasanya pada hari Jumaat malam sabtu), Ahmad akan bangun malam untuk bertahajjud. Dalam tahajjudnya, beliau akan membaca keseluruhan dua muka surat yang telah dihafalnya.
Pada ketika ini Shaykh menyatakan berkemungkinan salah satu sebab tidak ramai yang bangun malam untuk bertahajjud ialah kerana mereka tidak ada ayat baru untuk dibaca.
Kita tahu terlalu sedikit ayat-ayat Al Quran sehingga tidak ada kenikmatan dalam bangun tahajjud…kekadangkala merasakan sembahyang wajib satu beban bukan satu nikmat.

Natijahnya
Bayangkan kegembiraan dan perasaan Ahmad apabila setelah 3 bulan dapat menghafal 1 juzuk Al Quran.

Apa yang beliau dapat bukan sahaja perasaan kejayaan dan kekuatan yang diperolehi dari Al Quran tetapi satu perasaan hubungan dalaman yang cukup hebat dengan Allah swt dan perasaan ini dirasai setiap hari yang dilaluinya.

Bayangkan betapa bangganya beliau apabila pada hari Penganugerahan Sarjana Mudanya, bukan sahaja Ahmad mendapat Pangkat Pertama dalam bidang kejuruteraan (dapat tempat ketiga dalam kelas) tetapi secara rasminya telah menghafal keseluruhan Al Quran…. Dia menjadi seorang hafiz.

Shaykh Zakariya menyatakan satu pengajaran yang cukup hebat dalam kes Ahmad:

Kejayaan terbesar bagi Ahmad bukan kerana beliau telah menghafal keseluruhan Al-Quran tetapi kerana telah terjalin satu hubungan yang amat intim dengan Al-Quran bagi setiap hari hidupnya selama 5 tahun.

Seterusnya hubungannya dengan Allah telah membuat Ahmad seorang yang sungguh istimewa. Keintiman perasaan dengan Pencipta telah menjadikan kehidupannya penuh makna dan membuat dia istiqamah dengan usahanya sedikit demi sedikit agar dapat menghafal keseluruhan Al Quran.

One can only imagine what happened to Ahmed’s levels of personal fulfilment, Iman and taqwa, as he went back every single day to develop this ritual of ihsan (spiritual excellence). Each day he woke up for Fajr and wrote out another 5 lines of Quran, his self-esteem and self-confidence soared…

“Can the reward for excellence be anything other than excellence?” Surah Rahman (55: 60)

sumber asal: http://http://pas-sembrong-bangkit.blogspot.com/2012/03/tips-hafal-al-quran-bagi-yang-bukan.html

take care of yourself, iman and heart

Sabtu, 24 Mac 2012

pertemuan dua laut : kisah nabi khidir dan nabi musa

Suatu hari Allah perintahkan Nabi Musa bertemu dengan Nabi Khidir supaya Nabi Musa belajar sesuatu daripadanya... Nabi Musa pun patuh dengan arahan itu... suatu hari, Nabi Musa berjalan sehingga bertemu di antara dua laut, kerana Baginda yakin di situlah tempat pertemuannya dengan Nabi Khidir... Setelah bertemu dengan Nabi Khidir, Nabi Musa nyatakan hasratnya utk mempelajari sesuatu dengannya, tetapi Nabi khidir berkata: Engkau pasti tidak akan bersabar denganku...
Nabi Musa: InshaAllah, aku pasti akan bersabar denganmu,
Nabi Khidir: Tidak, sesungguhnya engkau pasti tidak sabar denganku...
Nabi Musa: Percayalah wahai Khidir, aku akan bersabar denganmu....
Nabi Khidir: Baiklah....

Mereka pun berjalan.... kemudian mereka bertemu sebuah sampan, tiba2 Nabi Khidir merosakkan sampan itu, Nabi Musa terkejut!
Nabi Musa pun berkata,: Mengapa kamu rosakkan kapal yang masih elok? Adakah itu suatu yg merugikan?
Nabi Khidir: Sudah aku katakan, kau tidak akan sabar denganku...
Nabi Musa: Oh, maaf... sesungguhnya aku terlupa akan itu...

Kemudian mereka teruskan perjalanan, dalam perjalanan itu mereka bertemu dengan seorang budak, tiba2 Nabi Khidir membunuh budak tersebut. Nabi Musa terkejut lagi!
Nabi Musa: Tidakkah ini satu keterlaluan! Budak itu sungguh suci... mengapa engkau membunuhnya?!
Nabi Khidir: Kan aku dah cakap, engkau tidak akan mampu bersabar denganku! Selepas ini engkau tegur aku lagi, aku akan buat keputusan...
Nabi Musa hanya mendiamkan diri, mereka teruskan perjalanan lagi. Setibanya di suatu madinah (kota), mereka berasa lapar. Mereka pun minta makanan pada penduduk madinah (kota) tersebut, tetapi tiada sorang pun yang bagi... Nabi Musa merasa tidak senang. Tiba2 Nabi Khidir ternampak sebuah rumah yg hampir roboh, beliau pun membetulkan rumah tersebut, Nabi Musa semakin tidak senang,
Nabi Musa pun berkata: Alangkah baiknya jika engkau meminta ganjaran untuk itu.
Nabi Khidir: Sampai di sini saja perjalanan kita, engkau boleh berpisah dengan aku sekarang jua, dan sebelum itu aku akan ceritakan kepada engkau mengapa aku buat semua itu dan engkau tidak sabar dengannya.....


Sebenarnya, sampan yang aku rosakkan tadi tu aku tidak mahu seorang raja yang kejam dan zalim yg sedang menuggu di hadapan sana untuk merampas ke semua sampan2 ini, jadi aku rosakkan ia, agar sampan ini tidak diambilnya dan sampan ini boleh digunakan bagi keperluan rakyat yg berdekatan di sini.

Ada pula budak yg aku bunuh itu, dia mempunyai dua orang tua yang sangat beriman dan bertaqwa, budak ini apabila besar nanti akan menkafirkan kedua orang tuanya, jadi sebab itulah aku membunuhnya!

Ada pulak rumah yang aku bina semula ini kerana dindingnya yg hampir roboh, atas sebab rumah ini kepunyaan dua orang anak yatim piatu, dan kedua ibu bapa mereka beriman kepada Allah, sebab itulah aku membinanya semula agar mereka dapat bernaung di dalam rumah ini dan akan terus beriman kepada Allah...
Inilah ke semua tindakanku yang engkau tidak sabar dengannya....


take care of yourself, iman and heart

Sabtu, 17 Mac 2012

pemuda yang ikhlas dengan cinta


Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Zulaikha, ikhlas dan perlukan sahabat."

Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.

Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."

Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...

Beberapa bulan kemudian...

Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.

Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.

"Zulaikha?"

Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.



**Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Zulaikha. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu? 

Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."



take care of yourself, iman and heart

Selasa, 13 Mac 2012

mereka dapat syurga Allah . jihad !

salam alaik'
alhamdulillah syukur kita hidup dalam keamanan
tapi tapi............. errmmm. BAGAIMANA UMAT ISLAM DI LUAR SANA ?
PALESTIN SYRIA IRAQ DAN SELURUH NEGARA ?? aman kah mereka.

Allahu rabbi. ana tersentak dan bangun dari lamunan. bagaimana umat islam di Malaysia ketika ini, merempit, melepak dan segala-galanya demi dunia ?? ke mana merekaa??
Allah kau kuatkan umat islam di seluruh dunia yang memperjuangkan agamaMu.
kebelakangan ini , ana lihat kekejaman pemimpin syria semakin menjadi-jadi. mengapa semua ini berlaku.
kanak-kanak wanita lelaki yang tidak berdosa menjadi mangsa . mereka hanya ingin hak mereka !
tanda-tanda kiamat : pemimpin yang zalim.
ya Allah aku hanya mampu melihat , menangis dan berdoa dari kejauhan . makbulkan doa ini ya rabb untuk mereka yang berjuang di jalanMu .

palestin , sudah lama rase nye negara ini berjihad . yang pasti ALLAH JANJIKAN SYURGA BUAT MEREKA. Allahu rabbi . teruskan berjuang !!
kuatkan umat islam ya Allah beri kemenangan pada mereka.
baiklah di sini ada sedikit bingkisan mengenai syria .




#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI…

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA

Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid”
-hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

PERKARA TERBARU

1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat.
Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka.
tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID….
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?

1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria.
TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan.
Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid.
Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.
syria -klik-


take care of yourself, iman and heart

Sabtu, 10 Mac 2012

Dia Maha mendengar ,

salam alaik ,
apa khabar saudara/ri ku :) semoga sentiasa dalam redhaNya

Allahu Allahu ~

tak dapat digambarkan oleh kata-kata. hati gembira apabila melihatnya mula mendekatkan diri padaNya.
tiap hari berdoa agar Kau buka kan pintu hatinya. ya Allah aku tahu, pasti Kau akan makbulkan doa hambaMu sama ada cepat atau lambat !

semoga istiqamah sentiasa dan Allah merahmati kehidupanmu .
ya Rabb bantu lah kami mendekatkan diri kepadaMu dan tetapkan hati ini Amiin


Kalau hari ini kita lihat wanita itu seksi dan tak terjaga pergaulannya...
Belum tentu esok hari dia masih begitu..
Mungkin saja auratnya lebih terjaga dari kita...

Kalau hari ini kita lihat seorang lelaki itu berkopiah berjubah menjaga mata...
Esok hari belum tahu dia masih begitu atau tidak..

Jangan sangka yang berpakaian warak itu tiada silap pada masa lampaunya..dan jangan sangka diri kita yang baik nih takkan pernah boleh buat silap..

Hati manusia mudah sangat dibolak balikkan...iman manusia ada turun naiknya...

Siapalah kita nak nilai orang lain....Kalau rasa diri belum baik,teruskan berdoa moga Allah memberikan kita hidayah..bagi yang telah menjumpai 'jalan' kembali pada Allah,berdoalah moga kekal istiqamah...

~tiada orang baik yang tiada masa lampau....tiada orang jahat yang tiada masa hadapan~
ana yakin tak semua orang yang kita lihat jahat akan lakukan kejahatan sentiasa. pasti suatu hari nanti dan mungkin dia akan berada kearah kebaikan dan jauh lebih baik dari kita.
rendah diri sentiasa yaa ~ ingat Allah *peringatan untuk diri juga !


take care of yourself, iman and heart

Rabu, 25 Januari 2012

Harungi dengan tabah :)

bismillah . alhamdulillah
maaf pada diri kerana retorik .
tak mampu dihalang namun diri ini tetap mendorong juga untuk menaip dan berkongsi pengalaman² yang dilalui pada januari 2012 .
kata kan pada diri : never give up , try again and again
 bagaimana hendak yakin ? sejujurnya ana bukan salah seorang yang mempunyai keyakinan apabila berbicara.
terlalu memikirkan kesalahan dalam penyampaian . ilmu terlalu sedikit . perasaan yang tak mampu dibina . cemburu dengan sahabat yang mampu berbicara dan berkata-kata dengan hebat . ya Allah kurnia kan lah . mampu kah aku menjadi seorang leader yang boleh lead orang lain ?? persoalan yang berlegar-legar di minda.. mungkin sukar dan payah . yang penting MINDSET .

13-15 januari : tamrin nuqaba'

dalam hati : macam mana pulak aku terpilih nie ? ya Allah . layakkah layakkah aku memimpin sedang kan diri belum dipimpin dengan sebaiknya.

bertanya pada sahabat . dia yang memilih ana , kenapa ? oh yaa biarlah rahsia . sahabat lain cuba untuk memberi keyakinan pada diri  . ini semua dari Allah yang menggerakkan hati sahabat yang memilih ana  . yaa benar sekali tak dapat dinafikan . ana perlu terima amanah ini . peluang perlu digunakan sebaik mungkin . teruskan menegakkan islam . Allahu rabbi.

tamrin nuqaba ' di samping menimba ilmu , ukhuwah antara sahabat juga dapat dieratkan . tidak dapat dinafikan ana seronok bersama lu'lu' , rasa kagum dengan kerjasama yang ada , semangat berkobar² .group lain pun semangat jugak , yang penting kami semua adalah satu team !
 banyak pengalaman yang diperolehi , lebih² lagi bab menyembelih ayam . fuh menggerunkan . teringat peristiwa suatu ketika dahulu , ah lupakan jelaa . kelakar apabila dikenang kembali. AYAM² .


harapan : semoga ana dapat memimpin anak-anak usrah dengan baik ! insyaAllah .
walau kadang rasa macam tak boleh , tapi mindset itu penting.  hehe [terbawak- bwak KEPSUL'12]

lu'lu' :
da'ei ibarat tiram dilaut, dihiris pepasir tercalar lah ia, sungguhpun terluka tetapi dipendam, sungguhpun pedih tapi tetap disimpan, namun akhirnya dibalas dengan lu'lu' yang berharga , perjuangan islam bukannya satu pilihan tetapi satu AMANAH Allah SWT , menuntut seribu pengorbanan bagi sesiapa yang dihatinya terselit iman dan taqwa dan sedar dirinya bertuhankan Allah .

KEPSUL'12

keraguan amat ketara , pening memikirkan . akhirnya keputusan yang ana buat ana ikuti KEPSUL mungkin ada something yang ana akan perolehi , pengalaman dan ilmu ! sebelum ni pernah juga mengikuti kem kepimpinan bawah IKATAN , tapi yang dulu lagi lah menguji fizikal dan mental. berdiri selama 3 jam . bayangkan~

perjalanan yang agak jauh , excited rasenye . sememangnya kem ini perlu persediaan fizikal dan mental , alhamdulillah ana dah bersedia ! kuatkan semangat , mencabar kott ! setibanya di sungai congkak , kelihatan pemimpin² dari SEPINTAR dan SAM10 . yang lain belum tiba lagi , solat asar dulu . kemudian  sesi ta'aruf dan pembahagian kumpulan , dan bacaan ma'thurat . ana dan shmyn mengetuai bacaan . kali pertama rasenya ! memandangkan ana seorang yang agak kurang berkeyakinan , gemuruh rasanya ! seterusnya , solat maghrib dan isyak dan kemudian slot ceramah ustaz zamri

setiap saat kita perlukan Allah bukan saja mase exam dan ketika ditimpa kesusahan , kita kena tahu dari mana asal kita , destinasi kita  dan tujuan kita hidup ! walaupun hanya seketika ana  merasai suasana alam barzakh , itu sudah cukup menginsafkan diri , terlalu banyak rasanye dosa yang dilakukan, lalai dengan dunia. bagaimana pengakhiran hidup ini ?? baikkah atau sebaliknya ?persediaan perlu dilakukan ! , rasanye macam baru saja tersentak dari mimpi , ternyata hidup ini terlalu singkat , singkat sekali . ya Allah jadikan hari² yang aku lalui ini sentiasa dalam keredhaanMu amiin.

seterusnya, seronok mendengar ceramah ustaz Muhammad Syaari bin Ab. Rahman..
ana dikenalkan dengan kisah Al-Fateh , walaupun sebelum ini hanya dengar sedikit saja mengenai Al-fateh, kini ana jelas tentang Al-fateh. hasrat hati nak beli buku tentang Al-fateh , insyaAllah . rasa kagum dengan Al-fateh . dan ana rase kagum dengan kehebatan dan keindahan islam. tak dapat di gambarkan dengan kata².
seriously ana bukan seorang yang pandai dalam bercerita . perlu diasah rasanya . .


kepsul ni mengajar ana untuk lebih berkeyakinan. kini ana sedar , untuk menyampaikan sesuatu yang benar itu jangan pernah berasa takut dan perlu lah mencuba untuk menjadi seorang yang berani. jangan tengok pandangan orang terhadap kita. sentiasa fikir positive ! insyaAllah segalanya berjalan lancar .

ana rasa sampai sini saja entri kali ni .
esok result SMA keluar. doakan ana dan calon² SMA 2011 MUMTAZ ye ! aamiin











take care of yourself, iman and heart