Khamis, 19 Januari 2017

BANDA ACEH PART 2

Pertualangan INSAF
tak sah kalau tak ada hashtag untuk di post.
jadi inilah hashtag kami, acah acah nak ada bunyi indonesia, jadi kami guna pertualangan means macam pengembaraan gitu kot. INSAF tu gabungan nama kami. memang INSAF taubat semua ada sepanjang permusafiran ini.
I - Intan  N- Nik  S- syaiema  A-Ain  F- Fitria


-------
Hari berganti hari, masa terus berlalu tanpa menghiraukan kita disini.
Dan hari yang ditunggu telah pun tiba,

12 Januari ,
Aku dan ain antara mereka yang tersenarai menutup pintu dewan di hari akhir exam.
“ lepas ni kalau nak travel tak boleh lepas exam terus fly, semput jadinya haha” seloroh ain
Aku mengiyakan tanda setuju, mana tak semputnya kena uruskan hal mahallah lagi dan lain lain.  Alhamdulillah Berjaya habiskan semester 1 dengan jayanya. Kami bersiap siap untuk trip pada keesokkannya.

Malam itu, tepat jam 9.15 kami memulakan langkah pertama kami,
Kak Husna, kakak kepada Intan, membantu menghantar kami lewat malam 12 januari.
Singgah sebentar di rumah intan makan malam, kemudian tepat jam 10 lebih kami bertolak ke KLIA2. Flight kami 7.50 pagi sebenarnya, memandangkan kami ada luggage jadi masing- masing risau lambat datang keesokkan paginya. kami pun tak mahu susahkan family Intan hantar pagi-pagi.



Ramai juga pelajar  seuniversiti di KLIA2  yang nak  ke korea, ada yang ke Sarawak dan ada yang pulang ke rumah, masing- masing menuju ke destinasi yang dituju.
satu malam menjadi gelandangan Airport.

"kalau nak merasa jadi gelandangan di sini lah tempatnya, tapi ada beza gelandangan dekat luar sana dan dekat sini, gelandangan dekat sini orang berduit kalau dekat luar sana, mereka tidak punya apa apa. jadi kita kena bersyukur selalu"  seorang teman berkongsi pandangannya.







13 Januari
Matahari pada pagi itu seakan-akan malu ingin memunculkan dirinya,
Cuaca redup angin sepoi sepoi bahasa, awan berkepul kepul, syukur tak hujan.

Kami depart dari KLIA tepat 7.55 pagi , tiba di sultan iskandar muda jam 8.30 Pagi waktu Aceh. Sejam setengah perjalanan. Waktu aceh awal sejam. Banyak sejarah banda Aceh. Sultan Iskandar Muda pun ada sejarahnya. Syaiema dia tahu, boleh tanya dia k.

kami meneruskan perjalanan ke rumah Arfa, kemudian lepas solat jumaat kami ke homestay dan naik bas di HALTE (bustop) pusing Banda Aceh, memang rezeki dapat naik bas gratis. Bas masa ini masih dalam tempoh percubaan, jadi free aja naiknya

Tiba di HALTE seterusnya, mata ku tertarik pada sebuah bangunan yang tersergam Indah. Ini lah masjid yang diceritakan, antara masjid yang tetap utuh saat gelombang tsunami menghempas bumi Aceh.

Azan berkumandang saat kaki kami melangkah di perkarangan Masjid. Kedatangan kami di sapa dengan mesra oleh pekerja yang sedang renovate perkarangan Masjid. Dia memberi keizinan kami memijak lantai yang dalam pembinaan untuk mengambil gambar bila dia tahu kami dari Malaysia.

Sementara azan sedang berkumandang, kami teruja dan kagum dapat menapakkan kaki disini, apa lagi masing-masing mencapai gadjet yang ada untuk mengambil gambar dan swafoto.

Setelah azan sudah habis kami berlima selfie depan tangga pintu masuk,,
Lepas ja mengambil gambar kenangan, satu suara menegur kami,

"dah masuk waktu solat ini, kalian selfie pula"

 Lebih kurang begitu tegurannya, nak gugur jantung,

deep sampai ke laut dalam rasanya. huhu
kami terkejut sekejap , dan terus membalas " kami sudah solat jamak tadi"

memang salah kami pun, tapi pengalaman itu tetap mendewasakan, kami belajar dari kesilapan.

orang kata, memang orang-orang sini akan tegur bilhikmah kalau dia nampak ada yang tak kena, dan kau akan rasa deep sentap nak oii. Haha. Well bukan senang nak ada orang berani tegur macam tu.

massive respect!

"Jom kita solat tahiyatul masjid, rasa rugi pula dah sampai sini tak merasa solat dekat sini " seorang teman mengajak kami.

kami pun menyahut sahutan dia.


selesai solat, aku merasa kagum, melihat suasana yang ada, kebingitan di dengari dengan suara anak-anak kecil dalam kelas pengajian di Masjid. semangat mereka mengulang hafazan dan tasmi beramai ramai, di setiap penjuru masjid dipenuhi dengan anak-anak bersama guru mereka.

Masjid ini hidup setiap petang.

Aku yang baru siap solat terus meluru ke pintu masuk masjid tempat Intan dan Syaiema duduk, mereka sedang berbual-bual dengan seseorang, seorang lelaki tua sedang berkongsi ceritanya.
Intan dengan syaiema kata, pak cik tu tegur mereka berdua

"kamu tak mengajar anak anak?" pakcik tu bertanya.
"ohh kami bukan ustazah di sini, kami dari Malaysia pak" jawab Intan dan syaiema.

pak cik tu ingat, mereka berdua ustazah, tudung labuh semua mashaAllah tabarakallah :P

Aku ain dan nik pun join mendengar pengalaman dan tausiyah dari pak hapnawi namanya.

Beliau pernah menetap di Malaysia pada tahun 1989, banyak dikongsi tentang kehidupannya dan sehinggalah dia pulang kembali ke Banda Aceh.

Memang Allah izin dan rancang pertemuan ini, jaulah kami di isi dengan hadirnya insan insan yang tanpa di duga , tak da lah  kami menonong jalan tanpa arah tujuan, ada juga pengisian.
Banyak tausiyah yang aku dan kawan-kawan dapat.

 Ada satu masa ketika sedang berbual kami di soal,

"kalau jantung Al quran itu apa ?"
" surah yassin pak."
"kalau jantung masyarakat pula apa?"
kami loading kejap tak dapat jawapan.

dan pak hapnawi yang menjawab bagi pihak kami, loading lama sangat. lol


"Jantung masyarakat itu adalah musollah.kalau mahu melihat masyarakat hidup dengan Islam, di sinilah permulaannya.Kalau nak di cinta oleh orang, kamu cari tuhan dulu, Dia akan beri yang terbaik buat kita,minta doa pada Allah untuk mendapatkan pendamping bahagia lepas solat dhuha solat tahajud"

kata-kata ini antara yang aku ingat,

Entah mengapa, pak hapnawi sentuh soal jodoh, mungkin melihat kami semakin dewasa dan remaja yang sedang mencari. Haha. tapi apa-apa pun pesannya itu ke arah supaya lebih dekat dengan Allah. Cari Allah dulu :)


pak hapnawi dan anak anak aceh celup 
Pak hapnawi kata, muka-muka  kami macam Orang Aceh, aku dan Intan dari daerah perlak, Ain dari daerah Sigli, dari awal sampai habis trip Ain orang cop orang pidie sigli. hahaha. syaiema dengan Nik lupa orang mana.

Lepas berbual lama, kami pamitan dulu dengan Pak hapnawi, oh ya pak hapnawi ada kenalkan seorang lagi teman dia yang ada dekat situ masa tu, dia semangat introduce kami pada kawan dia.

Kemudian kami meneruskan langkah mencari makanan dan pulsa tembak, boleh tahan pening nak explain dekat orang yang jual internet tu.lol kenangan betul.

lepas dah dapat paket internet, kami tahan labi-labi aka angkut untuk balik ke homestay,
sampai homestay siap siapkan diri, dan solat jamak qasar, kemudian misi mengisi perut pun bermula.
Siap makan, tidur laa pula untuk hari esoknya.

Tembikai bahasa indonesia semangka yaa.
bukan main orang kedai tu perli we oalls.  jus tembikai ~

to be continued ...


BANDA ACEH PART 1 

take care of yourself, iman and heart

BANDA ACEH PART 1

Bismillahirrahmannirahim..

its has been a year and more since i stopped sharing anything here.

too lazy , busy and i have no idea what should i post.
so yeah today in a new year month , i will begin my sharing again.


----

HOW THE JOURNEY BEGIN – BANDA ACEH

“Kak, nanti datang ya ke Majlis di Aceh, tarikhnya nanti diberitahu kemudian”
“inshaAllah kalau tiada halangan” sahutku

Aku mendapat khabaran gembira dari gadis yang indah perilakunya baik tutur katanya, penuh ilmu di dada lagak gayanya, perkenalan kami bermula di dalam Kelas AFIS, baru saja kenal seolah-olah sudah lama berteman. Awal juga dapat jemputannya semester lepas sudah aku tahu dia bakal menjadi milik orang.  Awal semester 1 dia menjemput lagi sekali.

------

“Intan, jom ke Majlis Azka di Aceh? Alang-alang tu kita ziarah sekali Banda Aceh. Nanti kita cari sesiapa yang nak join kita.”

“haa boleh juga. Nanti kita Tanya mak kita dulu.”
Sahutan ku disambut.

Aku pun bertanyakan pada mak tentang hasrat ku ke sana, lepas dah habis bincang-bincang dengan mak dan dah beritahu abah serta abang sulong ku, yes! Hati menjerit keriangan seperti yang dijangka mereka memberi kebenaran untuk aku bermusafir bersama teman teman.First and it will be a lot of journey.

Beberapa hari kemudiaan, dua bulan sebelum tarikh ke sana, Air asia buat promo.
Apa lagi , peluang yang ada tidak aku sia-siakan begitu saja. Aku pun scroll harga tiket ke banda Aceh, haa boleh tahan murah juga ni. Guna duit tabuung sendiri. huhu Dan aku post di group sisterhood Israk.

“ada sesiapa yang ada passport dan parents bagi travel, boleh pm ?”

Tanya soalan general, ingatkan kena ada passport on the spot baru boleh booking rupanya boleh je booking even tak da passport lagi. Noob betui. Haha

Okay then, ada dua tiga member tanya dan memberi jawapan pada soalan yang aku ajukan di group., semua tak available. Kecuali seorang iaitu Nik shahidah. 
Alhamdulillah bertambah seorang teammates.

 Kami pun booking tiket promo return  

Aku dah tekad dah ada 2 3 orang pun aku akan proceed perjalanan ini.

Siapa sangka, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik,

Perjalanan kami ditambah dengan 2 orang lagi, Ain Rosli dan Syaiema. 2 orang ni tak baca group. 

Sedang duduk sembang depan kelas, kami masuk pasal cuti kot,

Tetiba macam, “cuti ni kami nak ke Aceh, nak ikut tak? Tapi kena check tiket flight kot laa lagi murah ke apa”. masa tu dah habis promo dah.

Memang rezeki depa dua orang. Tiket lepas promo lagi MURAH dari tiket time promo. Cisskek betul. Lol pandai air asia main harga. Punya semangat kawan aku dua orang ni, sampai ke kelas tak focus nak tempah tiket punya pasal. Haha

Okay then we have booked  ticket and ready to fly.

Perancangan ni on the spot jaa. Kami bukanlah teman rapat, tapi kami teman sekulliyah, biasa kawan-kawan rapat ja kan kita travel sama, tapi aku dengan kawan sekulliyah  main redah travel sama. Haha itu lagi mengeratkan gitu.

Allah izin aku kenal seorang kenalan Aceh dalam kelas namanya Arfa, kecil molek orangnya, elok perilakunya dan sopan santun, malu kita yang ganaih ni. Arfa lah tempat aku dan teman teman menjadi rujukan dan meminta bantuan.Walaupun kekok jap, tapi Siapa sangka perkenalan yang singkat ini  seolah-olah punya hubungan yang akrab seperti kenal lama. Tetiba rasa macam susahkan orang. Sobs.

Jazakillahu kheir Arfa dan keluarga yang sangat meraikan kami, jadi ngereputin ajaa. Rindu Bunda, kak tiya dan Mahathir Aceh (ayah arfa, haha) nanti kami datang lagi inshaAllah.

Okay tentative tak disusun dengan betul disebabkan busy exam. Kami pun main redah jaa dengan planning yang ada.  Trip kami ini bertujuan memenuhi jemputan walimah dan ziarah banda Aceh jadi Itinerarynya secara ringkas yang telah berubah  seperti berikut :

13 Jan –
Depart from KLIA2
Arrival Sultan Iskandar Muda Airport
Rumah Arfa
Kila homestay
Masjid Baiturrahman,
jalan jalan di sekitar masjid
Makan Malam

14 Jan –
 pusing banda Aceh naik bas
 Hadir ke Majlis Azka
 Muzium Tsunami
PLTD Apung
Makan Bakso
Rumah sepupu Arfa majlis Berinai
Menginap di Rumah Arfa

15 Jan –
Jalan Jalan dan Riadah di Taman,
Pantai Leupung  (Pantai Penyu)
Pasar Atjeh
Borong sourvenier

16 Jan – Gerak ke Sabang
17 Jan – Balik ke Malaysia

Sepatutnya tambah hari lagi, ni waktunya singkat banget sihh. Tak sempat habis redah banda Aceh. Kena nasihat dengan bunda dan ayah arfa, lain kali datang lagi jangan buat  jadual rushing rushing. Takpe pengalaman itu mendewasakan.

 Antara tempat yang tak sempat zaiarah

 Rumoh Aceh, kuburan Massal ( lalu jaa tak singgah) , kapal atas Rumah, Pasentren. Gunongan dan lain lain. Ada 3 orang kawan tu depa sempat singgah sebab pakcik tuk tuk aka beca  bawa diorang. Me is jealous,  Tapi dalam trip kami yang tak ada dalam trip orang lain ialah majlis walimah orang acehh, lain dari yang lain . dapat tengok adat pernikahan orang aceh. Nanti nak datang lagi pergi Majlis Arfa pulak hiks :P

Here are some budget for my trips


  1.      Tiket Return = RM 187//per person boleh dapat lagi murah dari ini yaa kawan kawan.  *tak masuk adds on luggage (luggage pergi Tak payah beli pun takpe kalau nak backpackers , balik beli laa, harga berubah ubah , kalau aku punya 25 kg RM 50 ) dan insurance (RM30//per person)*,

2.  Tempah hotel atau homestay. Kami tempah homestay sesuai dengan bajet per night since hari berikutnya kami menginap di rumah kawan.
Homestay : Kila homestay (klik!) , Family Room 250ribu rupiah //pernight, extra bed 50RibuRupiah// perbed, recommended homestay, dekat depan masjid. Strategik.
 Crystall GuestHouse pun boleh cuba.

        3.Supir ke homestay/ hotel = boleh cuba cari terus atau naik labi labi ( angkut). Orang kata ada taxi atau bas dekat Airport tu. Since kami kawan tumpangkan ke homestay jadi kami tak tahu rate harga ke banda aceh. Hari tu ada Tanya dengan kereta sewa dapat 150 ribu rupiah. Quite expensive. Boleh dapat lagi murah kot.

4.     Labi labi = 335 ribu rupiah

5.    2 , 3  Beca naik 2 kali = 55 ribu rupiah

6.   Beli Kartu telefon = 20 Ribu Rupiah. Paket pulsa tembak (internet 4gb) = 100 ribu rupiah

7.    Kalau nak ke sabang, tempah juga hotel melalui online booking (klik!)
Freddies Santai Sumur 3 . 470000 Rupiah//pernight 4 person. (RM 160)

                  8.Cari supir untuk keliling pulau sabang . kami dapat 600 ribu rupiah untuk 5 orang  standard harga.


Bajet per person jumlah kasar dalam RM500++ termasuk tiket flight, makan, transport .

sourvenir dan lain lain atas individu kira lain laa.


No photos, nanti part seterusnya cheq letak some photos !
thanks for reading. Moga bermanfaat

To be continued ….


take care of yourself, iman and heart

Khamis, 15 Oktober 2015

Tarbiyah yang mengubah

Bismillah.

hari ini,
saat ini,
aku benar benar rasa diri ini sedikit demi sedikit diproses.

benarlah bila hidup hanya bergantung pada Allah,
maka Allah akan sentiasa bersama kita ,
walau banyak ranjau dan duri yang dihadapi dan datang dari Allah  ,
sungguh semua itu untuk menguji tahap kesetiaan hamba pada RabbNya.

Bila ada rasa ingin berubah,
Allah akan hantar mereka yang solehah untuk kau terus thabat .

dan aku percaya kata kata ini.

Aku rasa Allah itu sudah cukup untuk menjadi cinta pertama dan terakhir .
bukan mudah untuk nak rasa cinta pada Allah , kalau dunia ada dalam jiwa .
Tak selayaknya seorang hamba meletakkan hatinya selain dari Allah ,
sedang nyawa , jasad, bumi , roh , nafas ini milik Allah . Dia yang beri segala .

bukan manusia.

bila rasa cinta ini disalurkan pada Allah,
moga satu saat Allah kirim kita seorang yang punya cinta pada Allah juga .

"Fitria , nak berubahkan . dah ada matlamat ? jangan pernah patah balik pada kisah lama "
"orang selalu doa , moga Allah jaga hati ini sampai tiba masanya " - my beloved friend.

yaa, Allah kirim rakan rakan yang benar benar membuka pintu hati Aku .


itu saja mungkin .

Doalah buat saudara kita disana ,
doa untuk kemenangan agama ini.

kita tiada masa lagi untuk dunia .

waallahu a'lam

moga Allah Redha



take care of yourself, iman and heart