Selasa, 31 Disember 2013

#THEENDOFTHEYEAR

Allahumma solli ala muhammad .

bismillah .
menaip untuk terakhir kalinya pada 2013 .

2013 ,
mengajar banyak perkara dalam hidup ,
setiap tahun aku merasakan diri ditarbiyah ,
walau sikit tapi cukup buat diri muhasabah ,

tahun ini ,
kematian insan insan yang aku kenal mahupun tidak
sudah cukup untuk mengetuk pintu hidayah ,
pintu khas "dibina" untuk makcik hidayah singgah.

tahun ini,
tersedar dari lamunan untuk selalu berdoa
buat saudara saudara di sana ,
tapi aku cemburu dengan kesyahidan mereka ,
Allah

Moga bila tiba giliran aku ,
husnul khatimah adalah pengakhiranku , biiznillah .

tahun ini,
aku bahagia dengan abah mak,
suasana positif ,
moga redha dan berkat ada buat makabah ,
much love. :')

Allah knows the best for me , qowiy ,

tahun ini ,
aku kenal ramai sahabat seakidah ,
inilah namanya kehidupan ,
mengenali insan disekeliling
cukup buat aku belajar untuk menghargai .

tahun ini ,
segala rasa bercampur baur ,
aku belajar segalanya ,
Alhamdulillah , syukran lillah atas pinjaman nyawa hingga ke saat ini .

aku menjadi seorang pendengar ,
memberi kata kata semangat pada sahabat sahabat .
mereka antara anugerah yang Allah beri selain mak abah .

tahun ini,
aku dapat mak baru merangkap ibu kepada sahabat(mak angkat laa ). hee

terimakasih guru guru ku . aku cukup terharu atas jasa dan layanan mereka .
Allahu rabbi moga dalam berkatnya .

buat insan itu ,
situasi ini aku wujudkan ,
bukan untuk menjauh tapi
untuk belajar ,
andai satu ketika kita dipisah
antara jasad dan roh ,
aku nak insan itu belajar untuk redha .
sungguh setia itu tetap ada . :')

maaf salah silap aku insan yang  tak pernah lepas dari kesilapan T_T

terlalu banyakk memori untuk tahun ini ,
begitu juga tahun sebelumnya .
cukup ini saja menjadi tatapan kalian .

moga 2014 datang dengan sinar dan cahaya iman yang bertambah cahayanya .

time flies so fast 

till then . moga Allah redha .
massalamah .


take care of yourself, iman and heart

Isnin, 16 Disember 2013

berbeza

bismillah .

kita hamba , sentiasa di uji .
jangan di minta segunung ujian
tapi mintalah segunung kekuatan untuk menghadapi ujian Allah .

bicara soal iman dan keluarga .

orang kata , iman tak dapat diwarisi .
ya , aku setuju .

tak semestinya apabila ibu bapa seorang ustaz ustazah ,
lalu anak anak mereka seperti ibu bapa mereka ,
alim , menjaga aurat dan sebagainyaa .
sebab iman tak boleh diwarisi .
tapi ada juga yang seperti ibu bapa mereka .
bergantung pada cara mencorakkan anak anak .


kadang kadang seseorang nampak alim ,
tapi kehidupan keluarganya tidak lah seperti yang digambarkan ,
yaa ini ujian untuk seseorang itu membentuk keluarga ,
menjadi wasilah untuk membentuk keluarga .
bukan mudah untuk menarik keluarga sendiri ke arah kehidupan yang diredhai .
membentuk anak kecil lagi mudah dari membentuk orang dewasa tahu ?
hebat mungkin ujian yang di hadapi .
sekurang kurangnya seseorang itu cuba menjadi soleh/solehah
keluarga bukan penghalang untuk menjadi seorang yang taat kepada Allah

ada juga keluarga yang ibu bapanya menjalankan perintah Allah .
tahu kewajipan muslim walaupun bukan berlatar belakangkan agama ,
dan mereka mampu mencorak anak anak mereka ,
solat lima waktu dan menjalankan segala perintah Allah .
Alhamdulillah .

tapi ada juga keluarga yang nau'zubillahi min zaliq
sudah jauh dari mengingati Allah .
ini juga ujian buat mereka , tapi mereka mungkin tak sedar
dikaburi kenikmatan dunia .
moga mereka diberi hidayah .

bukan nak judge tapi ini realiti ,
kerana aku juga sedang menghadapinya . ujian yang agak parah mungkin . ye ke ? -,-
semuanya bermula dari keluarga dan diri sendiri
kesedaran  individu untuk membentuk keluarga
alhamdulillah kenikmatan ujian
membuatkan aku ingin dekat padaNya selalu .

kadang kadang sebelum nak judge orang lain ,
aku akan tanya diri sendiri ,
keluarga ku bagaimana ?
sudah sempurna kah sampai nak judge orang lain ?
memang terbantut terus nak judge orang .
tiada istilah nak cari keburukan orang lain dalam hidup nie .
 heh . ada hati nak judge orang . hang tengok diri sendiri dulu *gulp*

okay akhirul kalam . ujian itu datang sesuai dengan kemampuan hambaNya
minta maaf kalau ada terasa dengan post kali nie
makcik hidayah sedang mengetuk pintu mungkin untuk bagi kesedaran .
okayy BERSANGKA BAIK PADA ALLAH .

wassalam .
fi hifzillah .







take care of yourself, iman and heart

Khamis, 12 Disember 2013

aku ~

Bismillah .

mungkin kerana rupa ,
orang mudah tertarik pada ku ,
mungkin kerana penampilan
orang mudah tertarik pada ku,
mungkin kerana manis nya bicara ,
orang mudah tertarik pada ku .

hakikatnya,
bila engkau tahu siapa aku,
mungkin kau akan pergi jauh meninggalkan aku ,
segala itu sementara ,
aku insan yang biasa , cukup biasa
aku tak mahu menjadi fitnah ,
aku ingin jadi insan biasa
yang tak mampu menarik orang hanya kerana semua itu .

alangkah terkejut nya
terasa seperti musibah buat diri ,
saat aku hendak benar benar kembali pada penciptaku
saat itu ada insan yang cuba mengenali ku. *tunduk*

tak ingin dikenali ,
aku bukanlah insan yang mampu memberi harapan ,
sudah cukup ada insan yang cuba setia ,
moga redha Allah selalu mengiringku ,
hidup ini cuma sementara ,
kehidupan disana kekal abadi .
sudah tiba masanya untuk perhebatkan ibadah .

kalau nak ke syurga jangan seorang seorang
bawalah insan di sekeliling kita .

aku hebat berbicara di alam maya
tapi tidak di alam realiti .
realiti , aku suka mendengar daripada banyak bicara .

thiqah billah .

*kemas rumah*





take care of yourself, iman and heart

rasa itu kadang menerjah kehidupan

Kekuatan ,
kadang kita rasa futur dalam melayari bahtera kehidupan .
lalu rasa ingin saja berhenti di tengah pelayaran .

mungkin rasa itu datang ...
bila orang yang kita sayang sudah tiada di sisi kita ,
bila kita rasa sifat mazmumah mula menerjah kehidupan lalu  kita sedar ,
bila semua orang benci pada kita ,
bila kegagalan dalam pelajaran,

bila kita di kecewakan ,
dan bila segalanya serba tak kena .
atau mungkin rasa itu tak datang sebab engkau kuat .
ahhh rasa nak terjun ke laut . XP

tapi hakikatnya segalaNya dari Allah ,
mungkin ingin menguji iman dan mungkin menambah iman atau sebaliknya.
cuma satu . bersangka baik pada Allah. minta kekuatan dariNya .

sungguh ,  melayari bahtera ini engkau perlu teguhkan tali pergantungan mu seerat eratnya 
pada SANG KHALIQ .
Qowiy ! stay strong .




[94:6]

take care of yourself, iman and heart

Isnin, 25 November 2013

Ubah

In the name of Allah the most gracious and the most merciful .

hari ini ramai yang menulis ramai yang bercerita ramai yang menyampaikan sama ada di blog , twitter facebook wechat mahupun di buku buku . mungkin sekadar berkongsi kepada masyarakat di luar sana , tak terlepas juga buat diri .

kadang tak faham pada diri sendiri
kadang musykil
kadang rasa benci pada diri
kadang segala rasa yang tak mampu di ungkap muncul . huh



terlalu banyaaaaaaakkk kesilapan dan jalan hidup yang tersasar . Uturn balik !!

Baca dan Hadam
PERLU supaya dapat memahami dan menyampaikan apa yang kita perolehi
sebenarnyaa rasa cemburu pada orang lain.
kenapa mereka mampu membaca begitu banyak sekali buku ? tapi aku .
kenapa mereka begitu pandai sekali menyampaikan bila berhadapan di khalayak ramai ? tapi aku
kenapa mereka mampu mengingat begitu banyak sekali sirah sirah dan kisah teladan dan mampu menyampaikannya ? tapi aku

lemahnya diri , bagaimana mungkin hendak menjadi seperti AMMAR .
matlamat diri , entah hilang ke mana .
kemalasan diri , penyakit yang tak dapat di hindar .

dan aku hanya mampu mengeluh . hmmm Astaghfirullah sesak dada di buatnya

Jadi , first step, UBAH diri , mudah tapi mampu kah untuk istiqamah ?
jangan cakap lebih wahai diri , merana diri .
tiada yang mustahil moga kerana Allah .

Kuatkan diri ,
Cari matlamat ,
Rajinkan diri , kerana Allah .

luahan dan tinta buat nafsi
manusia mudah lupaaa , jadi ingatkan ana ! :)
sirru ala barakatillah .



 



take care of yourself, iman and heart

Khamis, 31 Oktober 2013

the journey as flashmobber

Allahumma solli ala muhammad .
in the name of Allah the most gracious and the most merciful .
okay today , i would like to share about my journey as flashmobber that i have promise before this .

20 oktoober ( AHAD)
kali kedua menyertai flashmob  . sebelum ni hanya pegang poster je . tapi kali ini ana pun join buat persembahan . kali ini  ana join tanpa sahabat ana  . sebelum ni pergi dengan sahabat ana . memandangkan dia berada di jordan terpaksa lah pergi berseorangan . :")

so ana mula kan perjalanan bersama schoolmate ana dan family dia merangkap orang yang menganjurkan aktiviti ini . macam VIP pula. okaayy abaikan . hehe

sampai di pejabat ikram setiawangsa almost jam 10  dan di situ ana dan volunteers training sebelum pergi ke sogo untuk berflashmob . seronok , janggal dan perasaan bercampur baur . tapi ana rasa dapat laah menaikkan keyakinan dan keberanian ana untuk berhadapan dengan orang ramai .

kami bertolak dari pejabat ikram jam 2  selepas makan tengahari dan solat zohor . semua nampaknya begitu bersemangat sekali .  kami memang poster sepanjang dalam LRT dan berhenti di stesen KLCC untuk mengumpul dana dan mengedarkan flyers . kemudian meneruskan perjalanan ke stesen masjid jamek . ketika dalam perjalanan kami mengedarkan flyers , then datang seorang perkerja kat stesen LRT tu .....

"ini ada apa apa surat ke nak edarkan flyers ? kalau nak edarkan flyers kena ada surat "

ana pun macam tak percaya je. okay tak tahu nak kata apa .












jam menunjukkan jam 3 lebih ,turun di stesen masjid jamek dan  meneruskan perjalanan ke sogo , masa tu cuaca nak hujan . dah sampai di sogo ana dengan beberapa orang yang lain menunggu volunteers yang lain yang belum sampai sambil melihat keadaan orang ramai di depan sogo . kemudian hujan pun turun renyaii bagaikan menghalang kami untuk meneruskan program . tapi Allah maha Kuasa atas tiap tiap sesuatu . niat baik pasti Allah permudahkan :'). masa tu semua macam nak buat ke tak nak , nak buat ke tak nak . haaa macam tu laa . tapi ana tengok mereka masih punya semangat untuk teruskan ..

"kalau hujan ni , korang sanggup redah tak ?"
"sanggup !! " kami menjawab dengan begitu semangat.

Alhamdulillah tak semena-mena ketika mana kami memulakan flashmob , Allah mengirimkan angin  meniup awan yang sedang menakung air dan bila bila masa saja akan membasahi  bumi ..tapi siapa kita untuk meragui kekuasaan Allah ,  Alhamdulillah hujan renyai berhenti dan keadaan berangin serta menenangkan ketika itu . Allahu akhbar!!

flashmob berjalan begitu lancar . tapi tak mungkin laa kami tak menghadapi ujian .  sepanjang berflashmob ana tak ada masalah yang di hadapi cuma senior senior ada yang menghadapi kerenah masyarakat . ana paling lemah kalau foreigner duk tengok ana pegang poster . hehe nak tahu sebab apa ? sebab english ana kurang sikit . tak fluent lagi nak speaking . tak pasal pasal merepek jaa nanti . tapi still improve for english language . i should and have to speak in english fluently . in shaa Allah one dayy i'll . pray for me .

okayyy di sini ada sedikit pengalaman dari senior ana :

Semalam, kami berflashmob di Sogo.. ya, turun dalam masyarakat, kena telan pahit2 yang datang. Jangan lemah, jangan menanges, itu bukan kita!

*Seorang pakcik koyak flyers yang kami beri depan mata.. dan dengan muka yang sedikit tak puas hati, dia jumpa flashmobbers lain untuk menyatakan tak puas hatinya.. alhamdulillah, kita jangan melawan. Islam bukan agama kekerasan. Nak sampaikan dakwah ada method2nya. Contohi dakwah Nabi.

*Waktu sahabat2 flashmobbers buat simulasi lagu depan deretan kedai2 di Sogo, ana cube beranikan diri berdiri tepi jalan raya buat sorang2, hmm..nak rasa, nak tengok macam mana penerimaan masyarakat yang lalu lalang.. Ada beberapa kereta yang turunkan cermin kereta dan angkat tangan , "ape ni?? buang masa !", "diam lah!", dan gune mulut ajuk2 lagu2 keamanan kami dgn muka tak suka.. tapi, entah kenapa, mulut dan hati tersenyum, terasa Rasulullah ada disebelah.. hmm. Lepas ni flashmobbers dan pejuang2 kena sentiasa rasa ada Rasulullah ada bersama !!

then. lepas dah buat flashmob di sogo , kami meneruskan perjalanan di deretan kedai sekitar KL berdekatan sogo juga, tepi jalan . Alhamdulillah berjalan dengan lancar .. kami menamatkan aktiviti jam 5 lebih  dan semua bersurai . tapi ana sampai rumah malam sikit , ketika itu barulahh hujan turun membasahi bumi . alhamdulillah such a great experience that i  have ever had . moga program seperti ini dapat membantu menyedarkan masyarakat di luar sana in sha Allah..




haa itu sedikit sebanyak yang dapat di kongsikan . Alhamdulillah
ana cukup seronok dalam program ni . isu yang kami bawa untuk kali ini adalah isu mesir .
okayy sampai sini saja. thanks for reading . may Allah bless ! :)
** tak pandai bercerita sebenarnyaa . hehe . minta maaf ye!

credit picture to ibrahim adham !




take care of yourself, iman and heart

Isnin, 7 Oktober 2013

Alhamdulillah , langkah ini ~

let's me begin this post today with bismillah and selawat Allahumma solli ala muhammad .

Assalamualaykum . long time no see . hehe .

ouhh terasa lamanya tak menuturkan kata dalam alam maya ini ,
bukan apa busy memanjang . student laah katakan . *macamlaah ada orang baca -,
CFSIIUM , i have been there for almost 3 month .
 now it's time for holidays . alhamdulillah
such a great experiences and moments .
for the first time in my life that i like to learn english .
 in secondary school i hate english  , i dont know why .
but since i was here at CFSIIUM  i love it  and fyi, this is an english speaking campus . so anything happen , i SHOULD and HAVE to speak . fighting !! *sorry for grammatical error .

ahhh sudaaahh membebel english 'pulok doh' ,
nikmat yang Allah beri sungguh tak dapat ku balas ,

 Allah .

Alhamdulillah ,
hari itu , saat itu sungguh membuatkan ana terharu dan tersentuh atas nikmatnya .
ikhlas , bila ikhlas terasa manis nya menuntut ilmu .
yaa ikhlas , walau sukar ana yakin kita mampu !

Alhamdulillah,
ukhwah , yaaa terasa sangaat manis .
benarlah orang kata bila berukhwah kerana Allah
kita pasti akan terasa hawatul ukhwah itu .
walaupun tak kenal pada mulanya . lama lama jadi sangat rapat .
but  mind your ikhtilat naurah !

Alhamdulillah
di sini dan hari ini english sangat penting .
it's undeniable .. i admit it . nak jadi da'ei nak menyebarkan addin why not kita belajar english .
lagipun kita lihat lahh dunia hari ini . nak berkata dengan orang yang lain bangsa pun english diperlukan .
antum nak pergi menjelajah dunia?  english juga~ dont run awayy
 disebabkan english menjadi bahasa dunia . terpaksa laahh kita. 
ohh alangkah indahnya bahasa arab menjadi bahasa dunia. ma ajmala haza dunya !
harapan ana , dapat kuasai arab dan english bila masuk UIA!
sangat kagum tengok lecturer melayu yang dapat kuasai arab dan english . lepasan UIA juga !
subhanallah .

amanah , yaa di sini ana memegang satu amanah , bukanlaah besar sangat pun . jadi hisbah lines-up (arass)
terasa macam tak menjalankan tugas pun ada juga ! ouhh mungkin semester 1 tak banyak aktiviti lagi so patutlah tak terasa :) . semester 3 menanti .

Di CFS , Alhamdulillah ana dapat bawa diri , bi'ah solehah ! dapat membina ukhwah dengan kenalan baru ,
dan merasa manisnya berkawan . di sini kawan itu penting . you can't life alone ~ ya laah parents jauh maa .
jadi berkawanlah bersahabatlah dan bertemanlah antum ! bila bercerita tentang kawan . teringat yang di urdun . moga sihat selalu sahabat ! musim sejuk melanda urdun ! waaahh nak main salji juga ! okay merepek sudah .

okay sampai sini saja . syukran meluangkan masa ! may Allah bless !
ilal liqo' massalamah ! take care of yourself iman and heart .




take care of yourself, iman and heart

Sabtu, 13 Julai 2013

Ramadhan Kareem :')

Allahumma solli ala muhammad

Alhamdulillah , syukur atas nikmat iman dan islam sepanjang hidup ini.
Sungguh ana cukup terharu atas pinjaman nyawa dari pemilik cinta ini .

Alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk bertemu Ramadhan . sedar tak sedar  kita berada pada ramadhan ke-4 , maka bersyukur lah atas nikmat ini . Allahu T_T
 Insha Allah akan ana gunakan sebaik mungkin dalam menjalani madrasah Ramadhan kali ini .

 Ramadhan Kareem !
rindu menjengah kepada keluarga T_T . iyalah mana tidaknya , first time dalam hidup berjauhan .

Ramadhan pertama : 5 pagi .
deringan telefon berbunyi ,
sister :"assalamualaikum,  helo"
me :"waalaikumussalam , haa kenape?"
sister :"akak bangun sahurr ! "
me :"okay , yaya kim salam kat mak ye "
sister : okay
telefon di matikan ....

Allahu , terharu ana di buatnya , adik ana yang ana sayangi menelefon mengejutkan ana. awesome bukan ? alhamdulillah bersyukur . rindu nak menyakat adik.. rindu serindu-rindunyaa. ^_^

Selingan saja ~

back to the title .

Tahun demi tahun
hari demi hari
minit dan saat .
selepas ramadhan yang lalu. bagaimana hari hari yang dilalui selepas itu ?
*tepuk dada tanya sama iman.

tak dapat dinafikan . iman turun naik sepanjang tahun. Allah
Sepanjang tahun terselit dosa dosa tanpa di sedari mahupun di sedari ,
lalu Allah janjikan satu bulan untuk menyucikan diri , untuk mendekatkan diri .
sungguh Dia maha penerima taubat . Allahu rabbi . Sampaikan lah diri ini ke penghujung Ramadhan dan lailatu qadr . jadikan lahh diri ini seorang hamba yang bersyukur atas setiap nikmat yang Dikau berikan buat ku.

pesanan buat diri , saat menikmati juadah  saat anda ingin memilih juadah di bazaar , ingatlah ! ingatlah suadara saudara mu di sana , mesir , syria , palestin dan seluruh dunia .
sungguh ramadhan ini sepatutnya mendidik kite untuk bersyukur dan merasai ape yang dirasakan oleh mereka yang susah . bukan sebaliknya .

syahid nya mereka terus masuk ke syurga , beruntungnya !ya Allah .
moge saat hayat ini bakal menemui penghujung , penamatnya adalah kebaikan .  biiznillah .
selalu saja terfikir , namun persiapan diri ... hmmmmm T_T

mungkin sampai di sini saja.  ambil yang jernih buang yang keruh . :)

SELAMAT DATANG KE MADRASAH RAMADHAN . AHLAN WASAHLAN

amar ma'ruf nahi munkar . recite quran . istighfaar . zikr . selawat . 

Allahumma bariklana fi ramadhan, wa balighna fi lailatu qadr .

note : rasa macam entri kali ini tiada kesinambungan antara satu sama lain . ceh ayaatt .

okay massalamah . syukran :)

Naurah_Iftinan
12.3pm
CFS IIUM PETALING JAYA.



take care of yourself, iman and heart

Ahad, 30 Jun 2013

Ini yang Terbaik :')

in the name of Allah the most gracious and the most merciful .

Alhamdulillah , hari ini mencari kesempatan dan ruang untuk berkongsi .

Hidup memang tak terasa indahnya tanpa ujian . memang kita hidup untuk di uji ,
jangan pula pinta untuk tidak diuji .
Alhamdulillah , mungkin segala perancangan yang dilakukan suata masa dahulu bukan yang terbaik .
kita merancang namun perancangan DIA adalah yang terbaik . He's the best planner !

Doktor , ya satu profesion yang dipilih suatu masa dulu . namun apakan daya perancangan dari Nya lebih mendahului . result yang di miliki tak mampu untuk mencapai target . Orang kata  menjadi seorang doktor bukanlah mudah . bermain dengan nyawa mungkin . tapi bagi ana setiap kerjaya pasti ada kesukaran nya yang tersendiri . Allah tahu yang terbaik untuk ana. jadi ana merelakan kerjaya itu berlalu pergi.

Bersyukur , Allah gantikan yang terbaik buat ana . Alhamdulillah kini sedang melanjutkan pengajian di Centre For foundation Studies IIUM di Petaling jaya. Course : Islamic revealed knowledge and heritage . Mungkin ini yang terbaik . lagi pun ana memang minat ke arah bidang agama , tak rugi belajar dalam bidang ini . Namun rugi bagi insan yang belajar agama tapi tidak di amalkan mahupun dipraktikkan. moga ana bukan lahh dari kalangan orang yang seperti itu .  Allahu Rabbi .

Kini merasa hidup berdikari sepenuhnya , tanpa mak abah abang adik di sisi . sungguh mengajar ana untuk sentiasa menghargai masa . Terasa begitu di sayangi dan diambil peduli , lebih lebih lagi bila abang ana yang jarang bagi wang saku tiba tiba pada suatu ketika di menghulurkan duit . quite shocked and i'm happy ^_^

i'm the first one of my siblings yang melanjutkan pengajian setelah abang mengambil keputusan untuk bekerja :). ana rasa mak ana sungguh gembira . ibu mana yang tak mahu melihat anaknya sambung belajar . Sungguh , sebenarnya ini juga ujian . setiap kesenangan mahupun kesusahan . semuanya ujian .just keep on moving and be strong . you know Allah , so trust Allah. He's always know and always besides us ~

notetoself :

''jangan jadikan pandangan orang lain terhadap kita , membuatkan kita jatuh dan lari dari landasan''


Okay sampai sini saja ya !
moga bertemu kembali .

Naurah_Iftinan
Rawang Perdana
12.41pm


take care of yourself, iman and heart

Ahad, 26 Mei 2013

AturanNya :')

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah ketika ini saat ini , baru dapat mencoretkan sesuatu pada blog yang entah ada yang membacanya mahupun tidak .

tapi ana rasa mungkin ia salah satu medium untuk berkongsi setiap saat saat kepayahan mahupun kebahagiaan disamping diluahkan pada Dia yang satu .
mungkin mampu memberi pengajaran atau hikmah .

kadang termenung sendiri ,

mencari makna disebalik kiriman 'tarbiyah' ujian dari Nya 
bukan mudah mencari 'hikmah' terutama dalam hal ujian ini .
memerlukan masa . sulit . mungkin

ya tak dapat di nafikan . hati terkadang meronta mahu bebas dari ujian ini ,tapi siapa ana untuk semua itu ? ya ana seorang hamba . bukan menolak takdir tapi memang lumrah . terkadang rasa itu menjengah tanpa sedari . astaghfirullah .

satu persatu datang . ujian hati , ujian perasaan, ujian menuntut ilmu . la hau la wala quwwata ila billah . hanya itu yang mampu terungkap . Dia SAYANG ana . ana tahu itu :')

cuba , cuba dan cuba untuk bangkit dari semua ini . cuba cuba dan cuba untuk 'sedar' akan kenyataan ini .

sungguh ini baru sedikit .


Bila Allah tidak memberi apa yang kita mahukan, apakah ia tanda Allah benci?

Tidak sesekali duhai jiwa yang beriman pada Tuhan yang Maha Penyayang.

Malah, itulah ‘manifestasi’ dan ‘ungkapan’ kasih sayang Allah pada seseorang insan yang DIA sayang.

DIA senang untuk mendengar luahan jiwa yang sentiasa berkomunikasi denganNya.

DIA senang untuk sentiasa mendengar luahan syahdu dan air mata yang gugur dalam sujud kepadaNya.

DIA senang sekali kita seperti itu.
--hikmatul islam--

Bersyukur Alhamdulillah . kadang kadang kita alpa atas setiap nikmat dariNya . sehinggakan Dia mengetuk pintu hati kita dengan mengirim ujian buat kita , dan kita pun kadang mengeluh . sungguh tak patut . hamba seperti apa kita ini ?  Allah . maha kuasa Engkau tuhan semesta Alam .

terasa menjauh dariNya ? ayuh , dekat kembali . sungguh Dia tidak pernah jauh dari kita . take note ya nafsi ! :')

Namun di sebalik ujian ini , memang dan ana pasti ada hikmahnya.
Dia menghantar insan yang mengerti
Dia menghantar insan yang memberi semangat
Dia menghantar insan yang menyayangi ana.

Subhanallah , terima kasih Ya Allah atas pinjaman seketika cuma

jazakumullahu khayr buat guru guru , ibu bapa , sahabat ana , rakan ana atas semangat yang diberikan .
antum memang awesome ! masha Allah :')

ya nafsi . sungguh engkau kuat untuk hadapi semua ini.
Allah tak mengujimu melainkan engkau mampu untuk menghadapinya :)
insha Allah kuat ye !
sobs sobs T_T
naurah iftinan
12.55 AM
Rawang





take care of yourself, iman and heart

Sabtu, 6 April 2013

Saat disapa ~


 klik ! :)

''CINTA , Buat masa ini aku ingin sekali kau dikunci rapi , kerana kini aku ingin menimba ilmu ilahi - Ladyofjannah :')''

 ''dan mungkin,
mungkin sebelum kita jumpa seseorang yang boleh jaga kita dan lindungi kita,
yang boleh sayangi kita,
yang boleh hargai kita dan terima kita seadanya,
kita kena terlebih dahulu,
jaga, hargai, sayangi dan terima diri kita sendiri "

mungkin ketika ini saat ini statement di atas pengganti segala rasa .
ya fitrah itu tak mampu ditolak namun mampu dikawal
bukan tak mampu hendak memberi cinta pada insan
tapi mahu sekali cinta ini buat Ilahi semata dan kekasihNya
masih merangkak rangkak mencari cinta Nya yang agung .
 maaf buat ketika ini ingin sekali menjaga hati dan meletakkan cinta pada Dia :)
mungkin buat ketika ini hanya mampu setia dan menunggu saat bahagia yang bakal melengkapi kekurangan diri masing masing :')

setiap orang pasti sekali mempunyai impian dan harapan , namun jangan sampai impian dan harapan itu melalaikan dan mengalpakan diri sehingga lupa kepada Dia , pemberi segala rasa !

katanya :  percaya pada jodoh ?

jawabnya : percaya ! surely jodoh dariNya , hanya mampu menunggu dan masih bertatih belajar mengenal ilahi , mungkin saat itu datang baru diterima . *ehem ehem :P


terima kasih Allah atas segala rasa yang Dikau berikan buat hamba Mu yag serba serbi kekurangan ini alhamdulillah  :)
thanks for reading ,  =) doakan ana khamis ni temuduga , fi hifzillah . assalamualaik !
jom prihatin dan berdoa untuk ikhwah wa akhwat di bumi gaza syria and around the world !
may Allah bless our day ! Insya Allah .

------------------------------------
astaghfirullah . ampuni ku ya rabb kerana memikirkan hal ini seketika , sedang saudara/ri berjuang mempertahankan islam , diri dan keluarga disana T_T .

naurah_iftinan
12.40 pm

rawang perdana :)

take care of yourself, iman and heart

Jumaat, 22 Mac 2013

Alhamdulillah 21032013

In the name of Allah the most gracious and the most merciful

Alhamdulillah, Subhanallah, Allahu akbar , Astaghfirullah

21032013
tarikh ini adalah penamat segala natijah selama ana bersekolah di SAM.RAWANG .
akhirnya setelah hampir 3 bulan menanti , keputusan itu keluar juga.
Alhamdulillah , terima kasih mak abah abang guru guru atas dorongan selama ini .

Alhamdulillah , keputusan ini ujian keimanan buat ana . namun bukan di sini saja terhentinya perjalanan.
sesungguhnya perjuangan masih jauh lagi . be strong !

Terharu gembira teruja plus sedikit kecemburuan atas kejayaan sahabat ana . straight A's alfun mabruk alaikunna . moga terus berjaya selalu sahabat .

terima kasih mak abah abang dapat terima result yang tak seberapa ni dan terima kasih atas semangat yang dipinjam kan . in sha Allah i will do the best for my future , jadi muslimah solehah muslihah +mukminah sejati biiznillah . satu hari nanti dapat berbakti pada ummah !

okay entri kali ini simple saja . thanks for reading . ^_^ result ana Alhamdulillah okay je .


take care of yourself, iman and heart

Ahad, 3 Februari 2013

karnival jom masuk U

in the name of Allah the most gracious and the most merciful .
Alhamdulillah hari ini baru berkesempatan untuk berkongsi dengan rakan rakan ,
it's all about karnival jom masuk U yang berlangsung pada 26 dan 27 jan tempoh hari .

syukur dapat meluangkan masa bersama rakan rakan sekolah 27 jan hari tu , bagi ana program ni sangat bermanfaat untuk para pelajar dan mahasiswa /wi~
mana tidak nya selama ni ana memang buta betul tentang UNIVERSITI ni semua , nama U pun tahu sikit sikit je . Itu pun ana tahu yang IPTA je . IPTS pun tahu juga tapi tak banyak kalau nak dibandingkan dengan pengetahuan tentang IPTA .

So the journey began from KTM rawang ---> KL CENTRAL ---> LRT universiti --> Rapid KL T632 --> UM

Universiti of Malaya
program diadakan di UM . dan KAMI sampai kira kira dalam pukul 11 lebih if i'm not mistaken , lari dari waktu sebab tunggu cikgu dari cheras yang seorang tu :P

kemudian lepas dah masuk , rasa macam berada di bookfair pulak , sebab banyak booth yang mewakili IPTA dan IPTS yang wujud di Malaysia ni , jadi kami terdiri daripada 7 orang pelajar cemerlang SPM . [aamiinn]. semuanya hanafian . see semangatkan kami :) .dan ana berjalan dengan 2 orang classmates ana .

agak banyak lah booth yang kami pergi . itu pun tak habis round , pergi yang betul betul minat je , boleh pulak macam tu kaan ? >.<

jadi soalan yang akan kami tanya bila masuk booth ,
kelayakan nak masuk sesuatu bidang tu ?
cara nak masuk ?
peluang pekerjaan ? --> yang ni fikir jauh sangaat ni . haha tapi tak semua booth dapat soalan cepumas nie

KELAYAKAN !
kalau kelayakan ni , anda research la sendiri ye , banyak sangat maklumat dalam pamplet tu , jadi kemalasan dalam diri ana pun melanda , mohon beribu kemaafan ,

CARA NAK MASUK !
kebanyakkan semua kat sana tentang ijazah , jadi orang orang di sana menyarankan kepada kami sebagai lepasan SPM untuk ambil matrik or asasi or stpm or pra-u , yang ni jalan pintas laa , sebab dalam 1 or 2 tahun je , jalan lain ambil diploma . jadi ana menyarankan anda untuk guna jalan pintas ! hihi  tapi terpulang kalau nak ambil diploma.

PELUANG PEKERJAAN !
kita masuk bahagian bab peluang pekerjaan pula ye
UIA → akhi tu kata , kalau peluang pekerjaan yang senang jadi doktor abis belajar terus jadi DOKTOR dan bahagian aeronautic/space engineering  ni dia baru lagi kat Malaysia, peluang die agak besar jugak mungkin. kalau engineer kapal terbang ni . memang lelaki je ana rasa, lagi satu kalau nak lagi senang ambil bahagian agama , sekarang ni memang orang perlukan guru agama kaan .?

UTM → U ni memang semua bidang engineer ana rasa , di UTM ni ada diploma tapi tak ada asasi laa jadi kalau nak masuk sini ,sekurang kurangnya 4B  . itu pun nak mohon belum tentu terpilih nak masuk , susah benor gayanya. peluang pekerjaannya , die bergantung pada kecemerlangan kita dan rezeki kita, kata orang kat situ .

UMS → yang ni pasal bio teknologi , ukhti kat UMS ni kata kalau bahagian ni dia kerja kat bahagian makmal makmal. peluang dia kami rasa kami tak tanya. hehe

itu je rasanya IPTA yang kami tanya peluang pekerjaannya , actually ana kelupaan deh , inilah akibatnya bertangguh untuk sharing . kan dah lupa. maaf lah ye .

Sebelum terlupa , kami singgah di PTPTN , kami tanya macam mana nak buat pinjaman ? dia kata kena bukak akaun SSPN dulu baru boleh pinjam . kalau tak memang tak dapat pinjam . dan yang best nya , kita tak perlu bayar balik kalau pointer kita gempak ! kira jadi biasiswa laa . kan bagus kalau dapat belajar FREE . hehe

dan lastly MQA --> MQA ini satu agensi yang mana kita boleh check qualiti sijil dalam program yang kita ambil di sesebuah U tu , di terima pakai atau tak . kirenya laku ke tidak bila kita nak apply kerja laa. jadi nak semak ke'laku' an sijil tu boleh pergi ke laman web MQA ni ---> Malaysian qualifications agency

sampai sini je rasanya . ana dapat kongsikan ..

tepat jam 0115 kami tunggu bas . then naik lrt ke KL sentral . solat dan makan KFC kemudian balik ke rumah. hehe .
okay sekian terima kasih . meh singgah kat blog classmates ana , anda perlu tahu terutama lepasan SPM → ALL ABOUT UPU

sekian terima kasih . jumpa lagi , maaf entri sempoi kali ni




take care of yourself, iman and heart