Bismillahirrahmannirahim..
its has been a year and more since i stopped sharing anything here.
too lazy , busy and i have no idea what should i post.
so yeah today in a new year month , i will begin my sharing again.
----
No photos, nanti part seterusnya cheq letak some photos !
thanks for reading. Moga bermanfaat
its has been a year and more since i stopped sharing anything here.
too lazy , busy and i have no idea what should i post.
so yeah today in a new year month , i will begin my sharing again.
----
HOW THE JOURNEY BEGIN – BANDA ACEH
“Kak, nanti datang ya ke Majlis di Aceh, tarikhnya nanti
diberitahu kemudian”
“inshaAllah kalau tiada halangan” sahutku
Aku mendapat khabaran gembira dari gadis yang indah
perilakunya baik tutur katanya, penuh ilmu di dada lagak gayanya, perkenalan
kami bermula di dalam Kelas AFIS, baru saja kenal seolah-olah sudah lama
berteman. Awal juga dapat jemputannya semester lepas sudah aku tahu dia bakal
menjadi milik orang. Awal semester 1 dia
menjemput lagi sekali.
------
“Intan, jom ke Majlis Azka di Aceh? Alang-alang tu kita
ziarah sekali Banda Aceh. Nanti kita cari sesiapa yang nak join kita.”
“haa boleh juga. Nanti kita Tanya mak kita dulu.”
Sahutan ku disambut.
Aku pun bertanyakan pada mak tentang hasrat ku ke sana,
lepas dah habis bincang-bincang dengan mak dan dah beritahu abah serta abang
sulong ku, yes! Hati menjerit keriangan seperti yang dijangka mereka memberi
kebenaran untuk aku bermusafir bersama teman teman.First and it will be a lot
of journey.
Beberapa hari kemudiaan, dua bulan sebelum tarikh ke sana, Air asia
buat promo.
Apa lagi , peluang yang ada tidak aku sia-siakan begitu
saja. Aku pun scroll harga tiket ke banda Aceh, haa boleh tahan murah juga ni.
Guna duit tabuung sendiri. huhu Dan aku post di group sisterhood Israk.
“ada sesiapa yang ada passport dan parents bagi travel, boleh pm ?”
Tanya soalan general, ingatkan kena ada passport on the spot
baru boleh booking rupanya boleh je booking even tak da passport lagi. Noob betui.
Haha
Okay then, ada dua tiga member tanya dan memberi jawapan pada soalan yang aku ajukan di group., semua tak available. Kecuali
seorang iaitu Nik shahidah.
Alhamdulillah bertambah seorang teammates.
Kami pun booking
tiket promo return
Aku dah tekad dah ada 2 3 orang pun aku akan proceed
perjalanan ini.
Siapa sangka, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik,
Perjalanan kami ditambah dengan 2 orang lagi, Ain Rosli dan Syaiema. 2 orang ni tak baca group.
Sedang duduk sembang depan kelas, kami masuk pasal cuti kot,
Tetiba macam, “cuti ni kami nak ke Aceh, nak ikut tak? Tapi kena
check tiket flight kot laa lagi murah ke apa”. masa tu dah habis promo dah.
Memang rezeki depa dua orang. Tiket lepas promo lagi MURAH
dari tiket time promo. Cisskek betul. Lol pandai air asia main harga. Punya semangat
kawan aku dua orang ni, sampai ke kelas tak focus nak tempah tiket punya pasal.
Haha
Okay then we have booked
ticket and ready to fly.
Perancangan ni on the spot jaa. Kami bukanlah teman rapat,
tapi kami teman sekulliyah, biasa kawan-kawan rapat ja kan kita travel sama,
tapi aku dengan kawan sekulliyah main redah travel sama. Haha itu lagi
mengeratkan gitu.
Allah izin aku kenal seorang kenalan Aceh dalam kelas
namanya Arfa, kecil molek orangnya, elok perilakunya dan sopan santun, malu
kita yang ganaih ni. Arfa lah tempat aku dan teman teman menjadi rujukan dan
meminta bantuan.Walaupun kekok jap, tapi Siapa sangka perkenalan yang singkat
ini seolah-olah punya hubungan yang akrab seperti kenal lama. Tetiba rasa macam susahkan orang. Sobs.
Jazakillahu kheir Arfa dan keluarga yang sangat meraikan kami,
jadi ngereputin ajaa. Rindu Bunda, kak tiya dan Mahathir Aceh (ayah arfa,
haha) nanti kami datang lagi inshaAllah.
Okay tentative tak disusun dengan betul disebabkan busy
exam. Kami pun main redah jaa dengan planning yang ada. Trip kami ini bertujuan memenuhi jemputan
walimah dan ziarah banda Aceh jadi Itinerarynya secara ringkas yang telah
berubah seperti berikut :
13 Jan –
Depart from
KLIA2
Arrival
Sultan Iskandar Muda Airport
Rumah Arfa
Kila homestay
Masjid
Baiturrahman,
jalan jalan di
sekitar masjid
Makan Malam
14 Jan –
pusing banda Aceh naik bas
Hadir
ke Majlis Azka
Muzium
Tsunami
PLTD Apung
Makan Bakso
Rumah sepupu
Arfa majlis Berinai
Menginap di Rumah Arfa
15 Jan –
Jalan Jalan
dan Riadah di Taman,
Pantai
Leupung (Pantai Penyu)
Pasar Atjeh
Borong
sourvenier
16 Jan –
Gerak ke Sabang
17 Jan –
Balik ke Malaysia
Sepatutnya tambah hari lagi, ni waktunya singkat banget
sihh. Tak sempat habis redah banda Aceh. Kena nasihat dengan bunda dan ayah arfa,
lain kali datang lagi jangan buat jadual
rushing rushing. Takpe pengalaman itu mendewasakan.
Antara tempat yang
tak sempat zaiarah
Rumoh Aceh, kuburan
Massal ( lalu jaa tak singgah) , kapal atas Rumah, Pasentren. Gunongan dan lain
lain. Ada 3 orang kawan tu depa sempat singgah sebab pakcik tuk tuk aka beca bawa diorang. Me is jealous, Tapi dalam trip kami yang tak ada dalam trip
orang lain ialah majlis walimah orang acehh, lain dari yang lain . dapat tengok
adat pernikahan orang aceh. Nanti nak datang lagi pergi Majlis Arfa pulak hiks
:P
Here are some budget for my trips
- Tiket Return = RM 187//per person boleh dapat lagi murah dari ini yaa kawan kawan. *tak masuk adds on luggage (luggage pergi Tak payah beli pun takpe kalau nak backpackers , balik beli laa, harga berubah ubah , kalau aku punya 25 kg RM 50 ) dan insurance (RM30//per person)*,
2. Tempah hotel atau homestay.
Kami tempah homestay sesuai dengan bajet per night since hari berikutnya kami
menginap di rumah kawan.
Homestay : Kila homestay (klik!) , Family Room
250ribu rupiah //pernight, extra bed 50RibuRupiah// perbed, recommended
homestay, dekat depan masjid. Strategik.
Crystall GuestHouse pun boleh cuba.
Crystall GuestHouse pun boleh cuba.
3.Supir ke homestay/ hotel = boleh
cuba cari terus atau naik labi labi ( angkut). Orang kata ada taxi atau bas
dekat Airport tu. Since kami kawan tumpangkan ke homestay jadi kami tak tahu
rate harga ke banda aceh. Hari tu ada Tanya dengan kereta sewa dapat 150 ribu
rupiah. Quite expensive. Boleh dapat lagi murah kot.
4. Labi labi = 335 ribu rupiah
5. 2 , 3 Beca naik 2 kali = 55 ribu rupiah
6. Beli Kartu telefon = 20
Ribu Rupiah. Paket pulsa tembak (internet 4gb) = 100 ribu rupiah
Freddies Santai Sumur 3 . 470000
Rupiah//pernight 4 person. (RM 160)
8.Cari supir untuk keliling
pulau sabang . kami dapat 600 ribu rupiah untuk 5 orang standard harga.
Bajet per person jumlah kasar dalam RM500++
termasuk tiket flight, makan, transport .
sourvenir dan lain lain atas individu kira
lain laa.
No photos, nanti part seterusnya cheq letak some photos !
thanks for reading. Moga bermanfaat
To be continued ….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan