Ahad, 26 Mei 2013

AturanNya :')

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah ketika ini saat ini , baru dapat mencoretkan sesuatu pada blog yang entah ada yang membacanya mahupun tidak .

tapi ana rasa mungkin ia salah satu medium untuk berkongsi setiap saat saat kepayahan mahupun kebahagiaan disamping diluahkan pada Dia yang satu .
mungkin mampu memberi pengajaran atau hikmah .

kadang termenung sendiri ,

mencari makna disebalik kiriman 'tarbiyah' ujian dari Nya 
bukan mudah mencari 'hikmah' terutama dalam hal ujian ini .
memerlukan masa . sulit . mungkin

ya tak dapat di nafikan . hati terkadang meronta mahu bebas dari ujian ini ,tapi siapa ana untuk semua itu ? ya ana seorang hamba . bukan menolak takdir tapi memang lumrah . terkadang rasa itu menjengah tanpa sedari . astaghfirullah .

satu persatu datang . ujian hati , ujian perasaan, ujian menuntut ilmu . la hau la wala quwwata ila billah . hanya itu yang mampu terungkap . Dia SAYANG ana . ana tahu itu :')

cuba , cuba dan cuba untuk bangkit dari semua ini . cuba cuba dan cuba untuk 'sedar' akan kenyataan ini .

sungguh ini baru sedikit .


Bila Allah tidak memberi apa yang kita mahukan, apakah ia tanda Allah benci?

Tidak sesekali duhai jiwa yang beriman pada Tuhan yang Maha Penyayang.

Malah, itulah ‘manifestasi’ dan ‘ungkapan’ kasih sayang Allah pada seseorang insan yang DIA sayang.

DIA senang untuk mendengar luahan jiwa yang sentiasa berkomunikasi denganNya.

DIA senang untuk sentiasa mendengar luahan syahdu dan air mata yang gugur dalam sujud kepadaNya.

DIA senang sekali kita seperti itu.
--hikmatul islam--

Bersyukur Alhamdulillah . kadang kadang kita alpa atas setiap nikmat dariNya . sehinggakan Dia mengetuk pintu hati kita dengan mengirim ujian buat kita , dan kita pun kadang mengeluh . sungguh tak patut . hamba seperti apa kita ini ?  Allah . maha kuasa Engkau tuhan semesta Alam .

terasa menjauh dariNya ? ayuh , dekat kembali . sungguh Dia tidak pernah jauh dari kita . take note ya nafsi ! :')

Namun di sebalik ujian ini , memang dan ana pasti ada hikmahnya.
Dia menghantar insan yang mengerti
Dia menghantar insan yang memberi semangat
Dia menghantar insan yang menyayangi ana.

Subhanallah , terima kasih Ya Allah atas pinjaman seketika cuma

jazakumullahu khayr buat guru guru , ibu bapa , sahabat ana , rakan ana atas semangat yang diberikan .
antum memang awesome ! masha Allah :')

ya nafsi . sungguh engkau kuat untuk hadapi semua ini.
Allah tak mengujimu melainkan engkau mampu untuk menghadapinya :)
insha Allah kuat ye !
sobs sobs T_T
naurah iftinan
12.55 AM
Rawang





take care of yourself, iman and heart

2 ulasan:

  1. Salam, blog ini tetap ada pembacanya, teruskan menulis

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam .
      Allah .
      jazakallahu khairan kathira :)
      *baru ada kesempatan balas*

      Padam