Selasa, 13 Mac 2012

mereka dapat syurga Allah . jihad !

salam alaik'
alhamdulillah syukur kita hidup dalam keamanan
tapi tapi............. errmmm. BAGAIMANA UMAT ISLAM DI LUAR SANA ?
PALESTIN SYRIA IRAQ DAN SELURUH NEGARA ?? aman kah mereka.

Allahu rabbi. ana tersentak dan bangun dari lamunan. bagaimana umat islam di Malaysia ketika ini, merempit, melepak dan segala-galanya demi dunia ?? ke mana merekaa??
Allah kau kuatkan umat islam di seluruh dunia yang memperjuangkan agamaMu.
kebelakangan ini , ana lihat kekejaman pemimpin syria semakin menjadi-jadi. mengapa semua ini berlaku.
kanak-kanak wanita lelaki yang tidak berdosa menjadi mangsa . mereka hanya ingin hak mereka !
tanda-tanda kiamat : pemimpin yang zalim.
ya Allah aku hanya mampu melihat , menangis dan berdoa dari kejauhan . makbulkan doa ini ya rabb untuk mereka yang berjuang di jalanMu .

palestin , sudah lama rase nye negara ini berjihad . yang pasti ALLAH JANJIKAN SYURGA BUAT MEREKA. Allahu rabbi . teruskan berjuang !!
kuatkan umat islam ya Allah beri kemenangan pada mereka.
baiklah di sini ada sedikit bingkisan mengenai syria .




#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI…

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA

Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid”
-hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

PERKARA TERBARU

1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat.
Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka.
tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID….
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?

1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria.
TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan.
Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid.
Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.
syria -klik-


take care of yourself, iman and heart

Sabtu, 10 Mac 2012

Dia Maha mendengar ,

salam alaik ,
apa khabar saudara/ri ku :) semoga sentiasa dalam redhaNya

Allahu Allahu ~

tak dapat digambarkan oleh kata-kata. hati gembira apabila melihatnya mula mendekatkan diri padaNya.
tiap hari berdoa agar Kau buka kan pintu hatinya. ya Allah aku tahu, pasti Kau akan makbulkan doa hambaMu sama ada cepat atau lambat !

semoga istiqamah sentiasa dan Allah merahmati kehidupanmu .
ya Rabb bantu lah kami mendekatkan diri kepadaMu dan tetapkan hati ini Amiin


Kalau hari ini kita lihat wanita itu seksi dan tak terjaga pergaulannya...
Belum tentu esok hari dia masih begitu..
Mungkin saja auratnya lebih terjaga dari kita...

Kalau hari ini kita lihat seorang lelaki itu berkopiah berjubah menjaga mata...
Esok hari belum tahu dia masih begitu atau tidak..

Jangan sangka yang berpakaian warak itu tiada silap pada masa lampaunya..dan jangan sangka diri kita yang baik nih takkan pernah boleh buat silap..

Hati manusia mudah sangat dibolak balikkan...iman manusia ada turun naiknya...

Siapalah kita nak nilai orang lain....Kalau rasa diri belum baik,teruskan berdoa moga Allah memberikan kita hidayah..bagi yang telah menjumpai 'jalan' kembali pada Allah,berdoalah moga kekal istiqamah...

~tiada orang baik yang tiada masa lampau....tiada orang jahat yang tiada masa hadapan~
ana yakin tak semua orang yang kita lihat jahat akan lakukan kejahatan sentiasa. pasti suatu hari nanti dan mungkin dia akan berada kearah kebaikan dan jauh lebih baik dari kita.
rendah diri sentiasa yaa ~ ingat Allah *peringatan untuk diri juga !


take care of yourself, iman and heart

Rabu, 25 Januari 2012

Harungi dengan tabah :)

bismillah . alhamdulillah
maaf pada diri kerana retorik .
tak mampu dihalang namun diri ini tetap mendorong juga untuk menaip dan berkongsi pengalaman² yang dilalui pada januari 2012 .
kata kan pada diri : never give up , try again and again
 bagaimana hendak yakin ? sejujurnya ana bukan salah seorang yang mempunyai keyakinan apabila berbicara.
terlalu memikirkan kesalahan dalam penyampaian . ilmu terlalu sedikit . perasaan yang tak mampu dibina . cemburu dengan sahabat yang mampu berbicara dan berkata-kata dengan hebat . ya Allah kurnia kan lah . mampu kah aku menjadi seorang leader yang boleh lead orang lain ?? persoalan yang berlegar-legar di minda.. mungkin sukar dan payah . yang penting MINDSET .

13-15 januari : tamrin nuqaba'

dalam hati : macam mana pulak aku terpilih nie ? ya Allah . layakkah layakkah aku memimpin sedang kan diri belum dipimpin dengan sebaiknya.

bertanya pada sahabat . dia yang memilih ana , kenapa ? oh yaa biarlah rahsia . sahabat lain cuba untuk memberi keyakinan pada diri  . ini semua dari Allah yang menggerakkan hati sahabat yang memilih ana  . yaa benar sekali tak dapat dinafikan . ana perlu terima amanah ini . peluang perlu digunakan sebaik mungkin . teruskan menegakkan islam . Allahu rabbi.

tamrin nuqaba ' di samping menimba ilmu , ukhuwah antara sahabat juga dapat dieratkan . tidak dapat dinafikan ana seronok bersama lu'lu' , rasa kagum dengan kerjasama yang ada , semangat berkobar² .group lain pun semangat jugak , yang penting kami semua adalah satu team !
 banyak pengalaman yang diperolehi , lebih² lagi bab menyembelih ayam . fuh menggerunkan . teringat peristiwa suatu ketika dahulu , ah lupakan jelaa . kelakar apabila dikenang kembali. AYAM² .


harapan : semoga ana dapat memimpin anak-anak usrah dengan baik ! insyaAllah .
walau kadang rasa macam tak boleh , tapi mindset itu penting.  hehe [terbawak- bwak KEPSUL'12]

lu'lu' :
da'ei ibarat tiram dilaut, dihiris pepasir tercalar lah ia, sungguhpun terluka tetapi dipendam, sungguhpun pedih tapi tetap disimpan, namun akhirnya dibalas dengan lu'lu' yang berharga , perjuangan islam bukannya satu pilihan tetapi satu AMANAH Allah SWT , menuntut seribu pengorbanan bagi sesiapa yang dihatinya terselit iman dan taqwa dan sedar dirinya bertuhankan Allah .

KEPSUL'12

keraguan amat ketara , pening memikirkan . akhirnya keputusan yang ana buat ana ikuti KEPSUL mungkin ada something yang ana akan perolehi , pengalaman dan ilmu ! sebelum ni pernah juga mengikuti kem kepimpinan bawah IKATAN , tapi yang dulu lagi lah menguji fizikal dan mental. berdiri selama 3 jam . bayangkan~

perjalanan yang agak jauh , excited rasenye . sememangnya kem ini perlu persediaan fizikal dan mental , alhamdulillah ana dah bersedia ! kuatkan semangat , mencabar kott ! setibanya di sungai congkak , kelihatan pemimpin² dari SEPINTAR dan SAM10 . yang lain belum tiba lagi , solat asar dulu . kemudian  sesi ta'aruf dan pembahagian kumpulan , dan bacaan ma'thurat . ana dan shmyn mengetuai bacaan . kali pertama rasenya ! memandangkan ana seorang yang agak kurang berkeyakinan , gemuruh rasanya ! seterusnya , solat maghrib dan isyak dan kemudian slot ceramah ustaz zamri

setiap saat kita perlukan Allah bukan saja mase exam dan ketika ditimpa kesusahan , kita kena tahu dari mana asal kita , destinasi kita  dan tujuan kita hidup ! walaupun hanya seketika ana  merasai suasana alam barzakh , itu sudah cukup menginsafkan diri , terlalu banyak rasanye dosa yang dilakukan, lalai dengan dunia. bagaimana pengakhiran hidup ini ?? baikkah atau sebaliknya ?persediaan perlu dilakukan ! , rasanye macam baru saja tersentak dari mimpi , ternyata hidup ini terlalu singkat , singkat sekali . ya Allah jadikan hari² yang aku lalui ini sentiasa dalam keredhaanMu amiin.

seterusnya, seronok mendengar ceramah ustaz Muhammad Syaari bin Ab. Rahman..
ana dikenalkan dengan kisah Al-Fateh , walaupun sebelum ini hanya dengar sedikit saja mengenai Al-fateh, kini ana jelas tentang Al-fateh. hasrat hati nak beli buku tentang Al-fateh , insyaAllah . rasa kagum dengan Al-fateh . dan ana rase kagum dengan kehebatan dan keindahan islam. tak dapat di gambarkan dengan kata².
seriously ana bukan seorang yang pandai dalam bercerita . perlu diasah rasanya . .


kepsul ni mengajar ana untuk lebih berkeyakinan. kini ana sedar , untuk menyampaikan sesuatu yang benar itu jangan pernah berasa takut dan perlu lah mencuba untuk menjadi seorang yang berani. jangan tengok pandangan orang terhadap kita. sentiasa fikir positive ! insyaAllah segalanya berjalan lancar .

ana rasa sampai sini saja entri kali ni .
esok result SMA keluar. doakan ana dan calon² SMA 2011 MUMTAZ ye ! aamiin











take care of yourself, iman and heart