Sabtu, 14 April 2012

tips hafal al quran

 assalamualaik . entri ni di tujukan kepada sesiapa yang mempunyai kecenderungan untuk menghafal al-quran  .like me dan sahabat seperjuangan ana . smoge bermanfaat.

Satu hari sebelum tidur – aku terbaca satu kisah bagaimana hendak menghafal Al Quran dan dengan cara yang demikian dapat membina hubungan yang intim dengan Allah swt

Kisah ini berkisar pada seorang hamba Allah bernama Ahmad – seorang pelajar kejuruteraan yang telah menghafal Al-Quran dalam masa pengajiannya sebagai seorang jurutera. Beliau mengikuti dengan tekun teknik yang telah dipelajari dari seorang syeikh dari Algeria, Shaykh Zakariya al-Siddiqi yang sedang bertugas di Institute of Human Science di Perancis. Shaykh Zakaria telah menjadi hafiz pada umur 9 tahun dan mengorbankan masanya untuk mempelajari dan mengajarkan isi kandungan Al Quran. Beliau telah menceritakan kisah Ahmad ini (nama samaran).


Tip 1 – Bangun awal

Ahmad akan bangun lebih awal dari rakan-rakannya. Beliau akan beristiqamah ke masjid pada setiap waktu fajr. Apabila balik dari rumah – beliau tidak menghabiskan masa dengan TV atau internet tetapi akan menghabiskan beberapa minit setiap hari dengan menghafal ayat-ayat Al Quran.

Tip 2 – Setiap hari cuba menghafal kurang dari apa yang anda rasa anda mampu buat
Ahmad membuat satu azam untuk menghafal keseluruhan Al-Quran. Beliau tidak mengikuti jejak langkah rakan-rakannya yang cuba menghafal satu atau dua muka surat dan akhirnya berhenti kerana tidak mampu. Ahmad akan menumpukan kepada 5 baris sehari. Ini memakan masa 20 – 30 minit sehari.

Tip 3 – Biasa-biasakan dahulu
Untuk membiasakan diri dengan 5 barisan ayat-ayat Al-Quran, beliau akan menulis lima barisan ayat tersebut di atas sekeping kertas. Kemudian beliau akan mengulangi membacanya dan cuba menghafalnya.

Tip 4 – Simpan ayat-ayat tersebut dekat dengan anda
Ahmad akan mencari masa-masa terluang – di sana sini untuk menghafal ayat yang telah ditulis tadi …kekadang semasa menunggu bas, semasa menunggu pensyarah masuk ke kelas. Kertas yang ditulis akan sentiasa berada di koceknya dan akan dirujuk jika hafalannya tersangkut

Tip 5 – Guna apa yang dihafal dalam setiap solat
Bagi memantapkan hafalan – setiap waktu sembahyangnya – beliau akan membaca ayat yang dihafal pada hari tersebut. Dalam setiap rakaat beliau, dia akan menggilirkan pembacaan 5 barisan yang dihafal pada hari tersebut dan hari sebelumnya.

Tip 6 – Pastikan Matlamat sentiasa berada di depan anda
Bagi rusham Uthmani ada 15 barisan satu muka. Maka pada setiap hujung minggu, Ahmad bukan sahaja telah menghafal 2 muka surat Al Quran malahan berjaya menulis keseluruhan 2 muka surat.

Tip 7 – Perbaiki tajweed anda
Pada hujung minggu biasanya Ahmad akan menziarahi guru Quran yang mahir dalam pembacaan. Ahmad akan minta gurunya mendengar bacaan dua muka surat yang telah dihafalnya. Dengan ini beliau menjadi yakin dengan pembacaan dan tajweed hafalannya.
Seperkara lagi – ada satu lagi rahsia kejayaan Ahmad.

Rahsia dalaman bagi kejayaan dalam penghafalan
Seminggu sekali (biasanya pada hari Jumaat malam sabtu), Ahmad akan bangun malam untuk bertahajjud. Dalam tahajjudnya, beliau akan membaca keseluruhan dua muka surat yang telah dihafalnya.
Pada ketika ini Shaykh menyatakan berkemungkinan salah satu sebab tidak ramai yang bangun malam untuk bertahajjud ialah kerana mereka tidak ada ayat baru untuk dibaca.
Kita tahu terlalu sedikit ayat-ayat Al Quran sehingga tidak ada kenikmatan dalam bangun tahajjud…kekadangkala merasakan sembahyang wajib satu beban bukan satu nikmat.

Natijahnya
Bayangkan kegembiraan dan perasaan Ahmad apabila setelah 3 bulan dapat menghafal 1 juzuk Al Quran.

Apa yang beliau dapat bukan sahaja perasaan kejayaan dan kekuatan yang diperolehi dari Al Quran tetapi satu perasaan hubungan dalaman yang cukup hebat dengan Allah swt dan perasaan ini dirasai setiap hari yang dilaluinya.

Bayangkan betapa bangganya beliau apabila pada hari Penganugerahan Sarjana Mudanya, bukan sahaja Ahmad mendapat Pangkat Pertama dalam bidang kejuruteraan (dapat tempat ketiga dalam kelas) tetapi secara rasminya telah menghafal keseluruhan Al Quran…. Dia menjadi seorang hafiz.

Shaykh Zakariya menyatakan satu pengajaran yang cukup hebat dalam kes Ahmad:

Kejayaan terbesar bagi Ahmad bukan kerana beliau telah menghafal keseluruhan Al-Quran tetapi kerana telah terjalin satu hubungan yang amat intim dengan Al-Quran bagi setiap hari hidupnya selama 5 tahun.

Seterusnya hubungannya dengan Allah telah membuat Ahmad seorang yang sungguh istimewa. Keintiman perasaan dengan Pencipta telah menjadikan kehidupannya penuh makna dan membuat dia istiqamah dengan usahanya sedikit demi sedikit agar dapat menghafal keseluruhan Al Quran.

One can only imagine what happened to Ahmed’s levels of personal fulfilment, Iman and taqwa, as he went back every single day to develop this ritual of ihsan (spiritual excellence). Each day he woke up for Fajr and wrote out another 5 lines of Quran, his self-esteem and self-confidence soared…

“Can the reward for excellence be anything other than excellence?” Surah Rahman (55: 60)

sumber asal: http://http://pas-sembrong-bangkit.blogspot.com/2012/03/tips-hafal-al-quran-bagi-yang-bukan.html

take care of yourself, iman and heart

Sabtu, 24 Mac 2012

pertemuan dua laut : kisah nabi khidir dan nabi musa

Suatu hari Allah perintahkan Nabi Musa bertemu dengan Nabi Khidir supaya Nabi Musa belajar sesuatu daripadanya... Nabi Musa pun patuh dengan arahan itu... suatu hari, Nabi Musa berjalan sehingga bertemu di antara dua laut, kerana Baginda yakin di situlah tempat pertemuannya dengan Nabi Khidir... Setelah bertemu dengan Nabi Khidir, Nabi Musa nyatakan hasratnya utk mempelajari sesuatu dengannya, tetapi Nabi khidir berkata: Engkau pasti tidak akan bersabar denganku...
Nabi Musa: InshaAllah, aku pasti akan bersabar denganmu,
Nabi Khidir: Tidak, sesungguhnya engkau pasti tidak sabar denganku...
Nabi Musa: Percayalah wahai Khidir, aku akan bersabar denganmu....
Nabi Khidir: Baiklah....

Mereka pun berjalan.... kemudian mereka bertemu sebuah sampan, tiba2 Nabi Khidir merosakkan sampan itu, Nabi Musa terkejut!
Nabi Musa pun berkata,: Mengapa kamu rosakkan kapal yang masih elok? Adakah itu suatu yg merugikan?
Nabi Khidir: Sudah aku katakan, kau tidak akan sabar denganku...
Nabi Musa: Oh, maaf... sesungguhnya aku terlupa akan itu...

Kemudian mereka teruskan perjalanan, dalam perjalanan itu mereka bertemu dengan seorang budak, tiba2 Nabi Khidir membunuh budak tersebut. Nabi Musa terkejut lagi!
Nabi Musa: Tidakkah ini satu keterlaluan! Budak itu sungguh suci... mengapa engkau membunuhnya?!
Nabi Khidir: Kan aku dah cakap, engkau tidak akan mampu bersabar denganku! Selepas ini engkau tegur aku lagi, aku akan buat keputusan...
Nabi Musa hanya mendiamkan diri, mereka teruskan perjalanan lagi. Setibanya di suatu madinah (kota), mereka berasa lapar. Mereka pun minta makanan pada penduduk madinah (kota) tersebut, tetapi tiada sorang pun yang bagi... Nabi Musa merasa tidak senang. Tiba2 Nabi Khidir ternampak sebuah rumah yg hampir roboh, beliau pun membetulkan rumah tersebut, Nabi Musa semakin tidak senang,
Nabi Musa pun berkata: Alangkah baiknya jika engkau meminta ganjaran untuk itu.
Nabi Khidir: Sampai di sini saja perjalanan kita, engkau boleh berpisah dengan aku sekarang jua, dan sebelum itu aku akan ceritakan kepada engkau mengapa aku buat semua itu dan engkau tidak sabar dengannya.....


Sebenarnya, sampan yang aku rosakkan tadi tu aku tidak mahu seorang raja yang kejam dan zalim yg sedang menuggu di hadapan sana untuk merampas ke semua sampan2 ini, jadi aku rosakkan ia, agar sampan ini tidak diambilnya dan sampan ini boleh digunakan bagi keperluan rakyat yg berdekatan di sini.

Ada pula budak yg aku bunuh itu, dia mempunyai dua orang tua yang sangat beriman dan bertaqwa, budak ini apabila besar nanti akan menkafirkan kedua orang tuanya, jadi sebab itulah aku membunuhnya!

Ada pulak rumah yang aku bina semula ini kerana dindingnya yg hampir roboh, atas sebab rumah ini kepunyaan dua orang anak yatim piatu, dan kedua ibu bapa mereka beriman kepada Allah, sebab itulah aku membinanya semula agar mereka dapat bernaung di dalam rumah ini dan akan terus beriman kepada Allah...
Inilah ke semua tindakanku yang engkau tidak sabar dengannya....


take care of yourself, iman and heart

Sabtu, 17 Mac 2012

pemuda yang ikhlas dengan cinta


Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Zulaikha, ikhlas dan perlukan sahabat."

Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.

Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."

Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...

Beberapa bulan kemudian...

Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.

Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.

"Zulaikha?"

Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.



**Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Zulaikha. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu? 

Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."



take care of yourself, iman and heart