Isnin, 4 Jun 2012

mencari kesempurnaan

 assalamualaikum akhi/ukhti :)
eh dah hari isnin dah , sungguh , masa berlalu begitu pantas . alhamdulillah masih lagi dipinjamkan nyawa olehNya. rasanya cuti ni tiada kisah yang menarik .bace buku--->pergi tuisyen ---> baca buku ! -_-' otak pun LENGUH . huu~  tapi yang bestnye ana belajar nak jaga hati sahabat-sahabat yang dikasihi . awesome , ilmu baru nie .  , KENALI SAHABAT ANDA ! *banyak betul sahabat ana , maksud ana lebih kepada rakan la insyaAllah .
susah betul nak memahami perasaan orang . maafkan laah hambaMu ini ya Allah * i'm not psycho person la
conclusion yang diperolehi : bile kita gurau dengan rakan kita , tak semestinya ape yang kita guraukan itu akan membuatkan die ketawa , mungkin gurauan tu akan menyebabkan dia sakit hati jugak . *orang yang ada sikap sensitif dia akan terasa dengan perkara yang remeh , jadi kita kena selalu jaga hati dia  , new knowledge-_-' *

 so think first before you want to talk and always remember that all of your action without think first can affect yourself and mybe to others too ~

sempat chatting  dengan seorang sahabiah berkongsi cerita dan sekali gus teman dia siapkan akaun. huu~
bak kata dia :  .''biasa la..manusia pelbagai karakter,,
takpelah..buat la sebagai pengajaran..nanti kita dapat tau dia suka apa dia tak suka apa,nanti kita dah tak ulanginya kembali..''

 ''betul la tu..xsemua org suka gurauan yg kita buat..ada yg memang benda tu lawak tapi ada yg tak gelak..jadi klau nak atasinya..lebih baik kita buka minda kita,,kita imaginasi sikit..kita fikir..adakah lepas kita cakap kat dia macam tu dia suka?? klau rasa2 dia xsuka..terdetik hati tu suruh jgn cakap..baik berdiam diri je''

kata-kata yang penuh hikmah kan ? bersyukur dikurniakan rakan yang sangat memahami . :) alhamdulillah .
mencari kesempurnaan ----> tak semua orang sempurna , dan seseoranng tu mesti ada kelebihan dan keburukkannya sendiri , dan satu hari nanti kita akan menemui orang yang mampu menyempurnakan keburukan yang ada dalam diri kita . InsyaAllah ini pendapat ana *


Sentiasalah kuat , walaupun tak sekuat disangka :')
Jangan pernah putus asa , Moga Allah redha awak semua.



jom baca kesah ni.

credittotheowner


MENCARI KESEMPURNAAN

Seorang pelajar pernah bertanya pada ustaznya:
Santri : Bagaimana caranya agar kita mendapatkan sesuatu yang paling sempurna dalam hidup?

ustadz : Berjalanlah lurus di taman bunga, lalu petiklah bunga yang paling indah menurutmu & jangan pernah kembali kebelakang.

Setelah berjalan dan sampai di hujung taman, si pelajar kembali dengan tangan hampa . . .

Ustaz : Mengapa kamu tidak mendapatkan 1 bunga pun?

Santri : Sebenarnya tadi saya sudah menemukannya tapi saya tidak memetiknya karena saya fikir mungkin yang di depan pasti ada yang lebih indah, namun ketika saya sudah sampai di hujung, baru saya sedar bahwa yang saya lihat tadi adalah yg terindah, dan saya pun tak bisa kembali kebelakang lagi!


Dengan tersenyum ustaz berkata :


"Ya, itulah kehidupan, semakin kita mencari kesempurnaan, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya, krn sejatinya kesempurnaan yang hakiki tidak pernah ada, yang ada hanyalah keikhlasan hati kita untuk menerima kekurangan'


okay sampai sini saja :) ma'asalamah ilalliqo ' take care of yourself iman and heart ! it's will be awesome ! :)
assalamualaikum 





take care of yourself, iman and heart

Jumaat, 1 Jun 2012

impian :)

assalamualaikum ~
how's life ? iman ?khaifa haluk ?

bila difikir kembali ' ouh aku dah nak 17 tahun dah rupanya'
'apelah jasa aku untuk agama nii' , hmm Allah
Bila dikenang kisah hidup ini, terasa ingin sujud menyembam wajah kebumi. Malu dengan dosa-dosa lalu, tetapi sangat terharu dengan hidayah dan kasih sayangNya. Allah ~

sebelum melangkah lebih jauh , ada baiknya bertanya pada diri  !
macam mana belajar ? dah nak SPM ni. TOLONG LAH sedar !! *arghhh rasa nak menjerit

tengoklah budak sekarang , study last minute je tahu . macam mana nak berjaya . aigoo
*dituju khas buat tuan blog . dah nampak sikit kesedarannya tuu

---------------------------------------------------------------------------

semua orang ada impian masing-masing kan ? tak kira lah nak gembira kan mak ayah ke , nak dapat PMR 9A ke, SMA mumtaz or SPM 11A+ ke , nak kahwin ke kan kan ?? opps. :P ana rasa kalau cerita pasal impian tak kan habis laa jawabnya .

baru diri ini merasai bagaimana rasanya menjadi seorang pelajar form 5 dan bergelar calon SPM dan paling beruntung buat ana ,alhamdulillah tak ade jawatan yang tinggi dekat sekolah tu sehingga mampu menyesakkan dunia seorang pelajar huu ~  tapi ana respect dengan rakan-rakan yang mampu menggalas amanah sambil belajar , pegang amanah tu juga proses belajar bagi kita kan ?

sejak beberapa waktu ni, ana rasa dunia sangat menyesakkan , pelajaran pun rasa macam arghh boleh ke aku buat ni ? rasa macam nak menangis puas-puas .mengadu padaNya ..Allahu rabbi  T_T , tapi sayup-sayup kedengaran ''don't give up , kalau rakan enti boleh buat kenapa tidak enti kan ? yeah , percayalah sesungguhnya anda mampu hadapi '' semangat dalam diri pun mula berkata -_-'

seriously ana katakan , bila kita benar-benar yakin pada Allah dan percaya Dia sentiasa disisi kita ,
Allah pasti bantu kita , sebab:

Bila ALLAH ada di dalam hatimu, kamu seolah-olah MEMILIKI segala-galanya. Itulah KEKAYAAN, KETENANGAN dan KEBAHAGIAAN yang hakiki.
ketahuilah, tiada yang lebih mengerti perasaanmu melainkah Allah..
Tiada yang lebih dekat kepadamu, melainkan Allah..
Maka mintalah & adukan segalanya dalam sujudmu kepadaNya

baiklah sampai sini saja,
ana tak tahu nak menaip apa lagi ,
doakan ana TRIAL SPM dan SPM 2012 nie ye
Fitria dan 25generasi SAMER straight A+  TRIAL SPM dan SPM 2012 amiin :)







take care of yourself, iman and heart

Selasa, 22 Mei 2012

Rasulullah :)


"Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.

Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.

MORAL & IKTIBAR

o Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang
berlandaskan keimanan yang tulen

o Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah

o Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia
sayangkan nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat
nanti

o Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan
merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu

o Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana
Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari
akhirat kelak

o Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang
mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat.

o Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara
umatnya yang mengasihi baginda

Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas
landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.

take care of yourself, iman and heart