Ahad, 26 Mei 2013

AturanNya :')

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah ketika ini saat ini , baru dapat mencoretkan sesuatu pada blog yang entah ada yang membacanya mahupun tidak .

tapi ana rasa mungkin ia salah satu medium untuk berkongsi setiap saat saat kepayahan mahupun kebahagiaan disamping diluahkan pada Dia yang satu .
mungkin mampu memberi pengajaran atau hikmah .

kadang termenung sendiri ,

mencari makna disebalik kiriman 'tarbiyah' ujian dari Nya 
bukan mudah mencari 'hikmah' terutama dalam hal ujian ini .
memerlukan masa . sulit . mungkin

ya tak dapat di nafikan . hati terkadang meronta mahu bebas dari ujian ini ,tapi siapa ana untuk semua itu ? ya ana seorang hamba . bukan menolak takdir tapi memang lumrah . terkadang rasa itu menjengah tanpa sedari . astaghfirullah .

satu persatu datang . ujian hati , ujian perasaan, ujian menuntut ilmu . la hau la wala quwwata ila billah . hanya itu yang mampu terungkap . Dia SAYANG ana . ana tahu itu :')

cuba , cuba dan cuba untuk bangkit dari semua ini . cuba cuba dan cuba untuk 'sedar' akan kenyataan ini .

sungguh ini baru sedikit .


Bila Allah tidak memberi apa yang kita mahukan, apakah ia tanda Allah benci?

Tidak sesekali duhai jiwa yang beriman pada Tuhan yang Maha Penyayang.

Malah, itulah ‘manifestasi’ dan ‘ungkapan’ kasih sayang Allah pada seseorang insan yang DIA sayang.

DIA senang untuk mendengar luahan jiwa yang sentiasa berkomunikasi denganNya.

DIA senang untuk sentiasa mendengar luahan syahdu dan air mata yang gugur dalam sujud kepadaNya.

DIA senang sekali kita seperti itu.
--hikmatul islam--

Bersyukur Alhamdulillah . kadang kadang kita alpa atas setiap nikmat dariNya . sehinggakan Dia mengetuk pintu hati kita dengan mengirim ujian buat kita , dan kita pun kadang mengeluh . sungguh tak patut . hamba seperti apa kita ini ?  Allah . maha kuasa Engkau tuhan semesta Alam .

terasa menjauh dariNya ? ayuh , dekat kembali . sungguh Dia tidak pernah jauh dari kita . take note ya nafsi ! :')

Namun di sebalik ujian ini , memang dan ana pasti ada hikmahnya.
Dia menghantar insan yang mengerti
Dia menghantar insan yang memberi semangat
Dia menghantar insan yang menyayangi ana.

Subhanallah , terima kasih Ya Allah atas pinjaman seketika cuma

jazakumullahu khayr buat guru guru , ibu bapa , sahabat ana , rakan ana atas semangat yang diberikan .
antum memang awesome ! masha Allah :')

ya nafsi . sungguh engkau kuat untuk hadapi semua ini.
Allah tak mengujimu melainkan engkau mampu untuk menghadapinya :)
insha Allah kuat ye !
sobs sobs T_T
naurah iftinan
12.55 AM
Rawang





take care of yourself, iman and heart

Sabtu, 6 April 2013

Saat disapa ~


 klik ! :)

''CINTA , Buat masa ini aku ingin sekali kau dikunci rapi , kerana kini aku ingin menimba ilmu ilahi - Ladyofjannah :')''

 ''dan mungkin,
mungkin sebelum kita jumpa seseorang yang boleh jaga kita dan lindungi kita,
yang boleh sayangi kita,
yang boleh hargai kita dan terima kita seadanya,
kita kena terlebih dahulu,
jaga, hargai, sayangi dan terima diri kita sendiri "

mungkin ketika ini saat ini statement di atas pengganti segala rasa .
ya fitrah itu tak mampu ditolak namun mampu dikawal
bukan tak mampu hendak memberi cinta pada insan
tapi mahu sekali cinta ini buat Ilahi semata dan kekasihNya
masih merangkak rangkak mencari cinta Nya yang agung .
 maaf buat ketika ini ingin sekali menjaga hati dan meletakkan cinta pada Dia :)
mungkin buat ketika ini hanya mampu setia dan menunggu saat bahagia yang bakal melengkapi kekurangan diri masing masing :')

setiap orang pasti sekali mempunyai impian dan harapan , namun jangan sampai impian dan harapan itu melalaikan dan mengalpakan diri sehingga lupa kepada Dia , pemberi segala rasa !

katanya :  percaya pada jodoh ?

jawabnya : percaya ! surely jodoh dariNya , hanya mampu menunggu dan masih bertatih belajar mengenal ilahi , mungkin saat itu datang baru diterima . *ehem ehem :P


terima kasih Allah atas segala rasa yang Dikau berikan buat hamba Mu yag serba serbi kekurangan ini alhamdulillah  :)
thanks for reading ,  =) doakan ana khamis ni temuduga , fi hifzillah . assalamualaik !
jom prihatin dan berdoa untuk ikhwah wa akhwat di bumi gaza syria and around the world !
may Allah bless our day ! Insya Allah .

------------------------------------
astaghfirullah . ampuni ku ya rabb kerana memikirkan hal ini seketika , sedang saudara/ri berjuang mempertahankan islam , diri dan keluarga disana T_T .

naurah_iftinan
12.40 pm

rawang perdana :)

take care of yourself, iman and heart

Jumaat, 22 Mac 2013

Alhamdulillah 21032013

In the name of Allah the most gracious and the most merciful

Alhamdulillah, Subhanallah, Allahu akbar , Astaghfirullah

21032013
tarikh ini adalah penamat segala natijah selama ana bersekolah di SAM.RAWANG .
akhirnya setelah hampir 3 bulan menanti , keputusan itu keluar juga.
Alhamdulillah , terima kasih mak abah abang guru guru atas dorongan selama ini .

Alhamdulillah , keputusan ini ujian keimanan buat ana . namun bukan di sini saja terhentinya perjalanan.
sesungguhnya perjuangan masih jauh lagi . be strong !

Terharu gembira teruja plus sedikit kecemburuan atas kejayaan sahabat ana . straight A's alfun mabruk alaikunna . moga terus berjaya selalu sahabat .

terima kasih mak abah abang dapat terima result yang tak seberapa ni dan terima kasih atas semangat yang dipinjam kan . in sha Allah i will do the best for my future , jadi muslimah solehah muslihah +mukminah sejati biiznillah . satu hari nanti dapat berbakti pada ummah !

okay entri kali ini simple saja . thanks for reading . ^_^ result ana Alhamdulillah okay je .


take care of yourself, iman and heart