Rabu, 30 Mac 2011

Kelapa Atau Mutiara (Khas Buat Yang Bergelar Wanita)

assalammualaikum.

__________________________________________________________

Apabila kamu berkawan dengan lelaki, Ingatlah ada dua pilihan
terbentang

Yang Pertama.. Kamu jadi seperti kelapa..mudah diperoleh Diparut..
Diperah..
... Dan diambil santannya.. Lepas tu hampasnya dibuang…

Yang Kedua.. Kamu menjadi sebutir mutiara.. Berada di dasar lautan..
Tersimpan rapi.. Dilindungi kulit..Bukan senang nak melihat.. Apa lagi
mendapatkannya.. hanya orang yang bertuah..
Berusaha menyelami dasar lautan..Dapat memperolehnya..Harganya mahal
sekali..Dan ia akan tersimpan selamanya..

Jadi.. Kamu pilihlah samada hendak menjadi kelapa ataupun mutiara..

Di sebalik santan.. menjadi penyedap makanan.. diperah segala
kenikmatan..
dengan mudah jatuh menjadi titisan.. akhirnya habis kari dimakan..
pulut
panggang sisa habis ditelan.. dan santan hilang tak jadi ingatan.. yang
terasa lazat hanya kari dan pulut panggang.. orang tak kenang jasa
santan..

Mutiara..tertanam di dasar yang paling dalam..sukar andai mengharap
jadi
perhatian kerana dilapisi kulit yang keras namun kiranya ditemui
insan..
akan menjadi permata hiasan.. terletak tinggi di cincin idaman.. atau
di
leher nan jinjang.. atau di lengan menawan.. makin lama mutiara
tertanam..
makin tinggi nilaian..

OLEH ITU..TENTUKAN YANG MANA SATU PILIHAN..

Menjadi santan.. mudah jadi perhatian.. tapi hanya sebentar jadi
santapan..
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..

Menjadi mutiara.. sukar ditemukan.. namun bila dihias indah gadis
perawan..
hilang ia..tangisan mengiringi berzaman..

take care of yourself, iman and heart

Khamis, 27 Januari 2011

Ttertawa di dunia menangis di akhirat ~

Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda
'Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati'.

Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi.

Nabi Muhammad melarang ummatnya dari gelak-ketawa yang melampaui batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barang siapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah?Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi.Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh.

"Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.

Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawadi dunia nescaya banyak menangis di akhirat."

Saidina Ali sentiasa mengeluh '....jauhnya perjalanan ... sedikitnya bekalan ....' Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdildan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.

Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda"Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka."Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.

Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

Para sahabat pernah berkata "Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."



take care of yourself, iman and heart

cinta membawa ke syurga

Seorang Arab Badwi bertemu Rasullullah s.a.w dan bertanya, "Bilakah akan berlaku kiamat ya Rasullullah?" Rasullullah s.a.w tidak menjawab, sebaliknya menyoalnya semula, " Apakah yang telah engkau sediakan untuk menghadapinya?"
Orang Badwi itu menjawab, " Aku tidak menyediakannya dengan banyak mendirikan solat dan berpuasa tetapi aku menyediakannya dengan hati yang amat mencintaimu."

Mendengar jawapan orang Badwi itu, Rasulullah s.a.w terus bersabda yang bermaksud: "Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dicintainya di akhirat kelak." (Muttafaq'alaih)

Alangkah bertuahnya jika cinta kita itu benar, betul dan tepat - kita akan sentiasa bersama kebenaran dan akan bersama dengan cinta itu di syurga nanti. Sebaliknya, alangkah malangnya jika kita salah meletakkan cinta, kita akan bersamanya di neraka!

Itulah peri agung dan pentingnya cinta. Insyaallah, orang Badwi yang mencintai Rasulullah s.a.w itu akan bersama Rasulullah s.a.w di syurga. Ya, kita akan sentiasa bersama dengan orang yang kita cintai semasa di dunia, di akhirat nanti. Itu kepastian yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Sesungguhnya, mencintai Rasulullah ertinya mencintai Allah. Firman-Nya yang bermaksud: " Sesiapa yang mencintai Allah, maka ikutlah aku." (Surah Ali 'Imran 3:31)





take care of yourself, iman and heart