Jumaat, 13 Julai 2012

percaya ?


 

Bismillahirrahmanirrahim ,
zupp ~ tak mampu diluahkan perasaan ketika ini , entah mengapa hati ini begitu tidak tenteram . mungkin stress menghadapi hari hari yang lalu , TRIAL semakin hampir , banyak main pulak diri nie,
maaf entri kali ini, mungkin agak emosi , jika tak sudi membaca , ringan kan jari anda yang comel tu untuk membawa tetikus ke bahagian atas . dan tekan X . harap maklum

tajuk kali ini , berkaitan PERCAYA ? juga dikenali sebagai TRUST in english. anda pernah diberi harapan atau kepercayaan ? angguk sikit , ana rasa pasti anda pernah dipercayai . mungkin disebabkan orang melihat sikap dan sifat pada luaran anda yang membuatkan orang percaya pada anda . mungkin laa , ana tak pasti , bergantung pada persepsi masing masing melihat orang. eh , sebelum tu ingin ana ingatkan percaya tu luas skop nya , kalau dalam islam sendiri , kita dituntut untuk mempercayai ALLAH dan RASUL atau lebih tepat lagi BERIMAN . tapi bukan itu yang ana nak sentuh , ana nak sentuh percaya dan dipercayai oleh orang lain.

jujur ana kata kan , dalam hidup ana , ana pernah dihadiri insan yang sangat mempercayai  ana , sehinggakan setiap masalah yang dihadapi kalau boleh pasti akan dikongsi  , tapi ana takut dengan orang yang terlalu percaya pada ana , sebab ana takut suatu hari nanti , ana takut ana akan mengecewakan mana mana pihak , senang cerita , susah untuk menjadi orang yang dipercayai . ini pendapat ana ..terpulang laa

seorang pemimpin yang dilantik atau pun sekiranya anda memegang  apa apa jawatan kat sekolah ke, kolej ke , malahan kat tempat kerja sekali pun itu adalah disebabkan kepercayaan orang terhadap anda , jadi nak disimpulkan di sini , setiap something yang kita dapat dari orang lain tu adalah kepercayaan orang terhadap kita, kalau boleh orang nak sangat kita menjaga nya , jangan pernah hancurkan harapan orang terhadap kita dan mungkin ia akan menjadi amanah buat kita . maaf buat siapa yang mengenali diri ini. sungguh aku bukan lah orang yang sempurna ,memang tak terlepas dari kesilapan . tapi aku cuba untuk jadi yang lebih baik dari sebelumnya . namun aku memerlukan teman yang mampu membawa aku mencari jalan yang penuh cahaya .


baiklah ana selitkan kisah teladan buat tatapan anda . syukran kerana sudi luangkan masa sedikit buat ana.

                         Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

                        Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

                        Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

                        Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

                        Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

                        Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah s.w.t. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.                                     Ketiga jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.                                             Keempat jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.                                                                                                                                                                         Kelima bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

                        Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

                        Maka berkata Allah s.w.t., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.





take care of yourself, iman and heart

Ahad, 10 Jun 2012

sekolah dan semangat ~

assalamualaikum
alhamdulillah , asyukrulillah atas nyawa yang dipinjamkan olehNya. Allah Allah
senyum la dahulu ye :) dengan senyuman hari menjadi ceria walaupun hakikatnye tidak ~
baiklah ,hari ni ahad dan esok sekolah ?
macam mana perasaan nak masuk sekolah ?
macam tu laa . takde perasaan . kalau dulu , semangat nak ke sekolah lepas cuti panjang panjang
tapi kali ni semangat tu hilang . entah mengapa diri ni begini, terasa semangat tu mula luntur , Allahu rabbi
semangatkuu DATANG laaaah balik . aku amat memerlukan mu dikala masa yang agak suntuk ni. *ceh -_-

wahai diri sedar laah , kau perlu bangkit dari situasi ini , sampai bila nak jadi  macam ni? , tolong la berubah jadi muslimah dan mukminah yang berbakti pada Agama . Tolonglaaahhh ~

percaya mahupun tidak , TRIAL SPM semakin hampir !! hampir sangat bile difikir balik masa yang berbaki sebelum TRIAL sepatutnya akan full dengan baca buku , kali ni ana bertekad , kemana saja buku mesti ada kat tangan . bayangkann sekarang bulan 6 ----> bulan 7----> bulan 8 = TRIAL month . sempat ke ? 
seriously , kita kesuntukan masa . anda rase ana dah sedia ke ? ouh tekaan anda salah , sebab ana ade semangat je tapi persediaan belum mantop lagi . walaupun ada lah jugak sikit² persediaan nak hadapi tu. tapi itu sikit je !



wahai pembaca yang dihormati,
ana ada satu permintaan , permintaan ni tak lah terlalu rumit , ana rasa ini paling simple
DOAKAN ANA DAN 25 GENERASI SAM.RAWANG DAPAT STRAIGHT A+ TRIAL SPM DAN SPM 2012 YE ? terima kasih , :)

wakhulasah kaul , selamat kembali ke sekolah buat semua sahabat/sahabiah , teruskan perjuangan . betulkan niat ----> lillahi ta'ala . jangan hampakan mak ayah , mereka amat berharap dengan kita percayalah ! , gudluck untuk result PPT yang bakal diperolehi , walau apapun yang diperolehi , terimalah dengan hati yang redha , sebab itulah hasil usaha anda . kurangkan kontroversi ,tingkat kan prestasi *eak ? haha
tak delah jangan berputus asa tapi try untuk dapat kan yang terbaik pada masa akan datang . :) 

ma'asalamah , assalamualaikum
naurah ~


take care of yourself, iman and heart

Isnin, 4 Jun 2012

mencari kesempurnaan

 assalamualaikum akhi/ukhti :)
eh dah hari isnin dah , sungguh , masa berlalu begitu pantas . alhamdulillah masih lagi dipinjamkan nyawa olehNya. rasanya cuti ni tiada kisah yang menarik .bace buku--->pergi tuisyen ---> baca buku ! -_-' otak pun LENGUH . huu~  tapi yang bestnye ana belajar nak jaga hati sahabat-sahabat yang dikasihi . awesome , ilmu baru nie .  , KENALI SAHABAT ANDA ! *banyak betul sahabat ana , maksud ana lebih kepada rakan la insyaAllah .
susah betul nak memahami perasaan orang . maafkan laah hambaMu ini ya Allah * i'm not psycho person la
conclusion yang diperolehi : bile kita gurau dengan rakan kita , tak semestinya ape yang kita guraukan itu akan membuatkan die ketawa , mungkin gurauan tu akan menyebabkan dia sakit hati jugak . *orang yang ada sikap sensitif dia akan terasa dengan perkara yang remeh , jadi kita kena selalu jaga hati dia  , new knowledge-_-' *

 so think first before you want to talk and always remember that all of your action without think first can affect yourself and mybe to others too ~

sempat chatting  dengan seorang sahabiah berkongsi cerita dan sekali gus teman dia siapkan akaun. huu~
bak kata dia :  .''biasa la..manusia pelbagai karakter,,
takpelah..buat la sebagai pengajaran..nanti kita dapat tau dia suka apa dia tak suka apa,nanti kita dah tak ulanginya kembali..''

 ''betul la tu..xsemua org suka gurauan yg kita buat..ada yg memang benda tu lawak tapi ada yg tak gelak..jadi klau nak atasinya..lebih baik kita buka minda kita,,kita imaginasi sikit..kita fikir..adakah lepas kita cakap kat dia macam tu dia suka?? klau rasa2 dia xsuka..terdetik hati tu suruh jgn cakap..baik berdiam diri je''

kata-kata yang penuh hikmah kan ? bersyukur dikurniakan rakan yang sangat memahami . :) alhamdulillah .
mencari kesempurnaan ----> tak semua orang sempurna , dan seseoranng tu mesti ada kelebihan dan keburukkannya sendiri , dan satu hari nanti kita akan menemui orang yang mampu menyempurnakan keburukan yang ada dalam diri kita . InsyaAllah ini pendapat ana *


Sentiasalah kuat , walaupun tak sekuat disangka :')
Jangan pernah putus asa , Moga Allah redha awak semua.



jom baca kesah ni.

credittotheowner


MENCARI KESEMPURNAAN

Seorang pelajar pernah bertanya pada ustaznya:
Santri : Bagaimana caranya agar kita mendapatkan sesuatu yang paling sempurna dalam hidup?

ustadz : Berjalanlah lurus di taman bunga, lalu petiklah bunga yang paling indah menurutmu & jangan pernah kembali kebelakang.

Setelah berjalan dan sampai di hujung taman, si pelajar kembali dengan tangan hampa . . .

Ustaz : Mengapa kamu tidak mendapatkan 1 bunga pun?

Santri : Sebenarnya tadi saya sudah menemukannya tapi saya tidak memetiknya karena saya fikir mungkin yang di depan pasti ada yang lebih indah, namun ketika saya sudah sampai di hujung, baru saya sedar bahwa yang saya lihat tadi adalah yg terindah, dan saya pun tak bisa kembali kebelakang lagi!


Dengan tersenyum ustaz berkata :


"Ya, itulah kehidupan, semakin kita mencari kesempurnaan, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya, krn sejatinya kesempurnaan yang hakiki tidak pernah ada, yang ada hanyalah keikhlasan hati kita untuk menerima kekurangan'


okay sampai sini saja :) ma'asalamah ilalliqo ' take care of yourself iman and heart ! it's will be awesome ! :)
assalamualaikum 





take care of yourself, iman and heart