Khamis, 19 Januari 2017

BANDA ACEH PART 2

Pertualangan INSAF
tak sah kalau tak ada hashtag untuk di post.
jadi inilah hashtag kami, acah acah nak ada bunyi indonesia, jadi kami guna pertualangan means macam pengembaraan gitu kot. INSAF tu gabungan nama kami. memang INSAF taubat semua ada sepanjang permusafiran ini.
I - Intan  N- Nik  S- syaiema  A-Ain  F- Fitria


-------
Hari berganti hari, masa terus berlalu tanpa menghiraukan kita disini.
Dan hari yang ditunggu telah pun tiba,

12 Januari ,
Aku dan ain antara mereka yang tersenarai menutup pintu dewan di hari akhir exam.
“ lepas ni kalau nak travel tak boleh lepas exam terus fly, semput jadinya haha” seloroh ain
Aku mengiyakan tanda setuju, mana tak semputnya kena uruskan hal mahallah lagi dan lain lain.  Alhamdulillah Berjaya habiskan semester 1 dengan jayanya. Kami bersiap siap untuk trip pada keesokkannya.

Malam itu, tepat jam 9.15 kami memulakan langkah pertama kami,
Kak Husna, kakak kepada Intan, membantu menghantar kami lewat malam 12 januari.
Singgah sebentar di rumah intan makan malam, kemudian tepat jam 10 lebih kami bertolak ke KLIA2. Flight kami 7.50 pagi sebenarnya, memandangkan kami ada luggage jadi masing- masing risau lambat datang keesokkan paginya. kami pun tak mahu susahkan family Intan hantar pagi-pagi.



Ramai juga pelajar  seuniversiti di KLIA2  yang nak  ke korea, ada yang ke Sarawak dan ada yang pulang ke rumah, masing- masing menuju ke destinasi yang dituju.
satu malam menjadi gelandangan Airport.

"kalau nak merasa jadi gelandangan di sini lah tempatnya, tapi ada beza gelandangan dekat luar sana dan dekat sini, gelandangan dekat sini orang berduit kalau dekat luar sana, mereka tidak punya apa apa. jadi kita kena bersyukur selalu"  seorang teman berkongsi pandangannya.







13 Januari
Matahari pada pagi itu seakan-akan malu ingin memunculkan dirinya,
Cuaca redup angin sepoi sepoi bahasa, awan berkepul kepul, syukur tak hujan.

Kami depart dari KLIA tepat 7.55 pagi , tiba di sultan iskandar muda jam 8.30 Pagi waktu Aceh. Sejam setengah perjalanan. Waktu aceh awal sejam. Banyak sejarah banda Aceh. Sultan Iskandar Muda pun ada sejarahnya. Syaiema dia tahu, boleh tanya dia k.

kami meneruskan perjalanan ke rumah Arfa, kemudian lepas solat jumaat kami ke homestay dan naik bas di HALTE (bustop) pusing Banda Aceh, memang rezeki dapat naik bas gratis. Bas masa ini masih dalam tempoh percubaan, jadi free aja naiknya

Tiba di HALTE seterusnya, mata ku tertarik pada sebuah bangunan yang tersergam Indah. Ini lah masjid yang diceritakan, antara masjid yang tetap utuh saat gelombang tsunami menghempas bumi Aceh.

Azan berkumandang saat kaki kami melangkah di perkarangan Masjid. Kedatangan kami di sapa dengan mesra oleh pekerja yang sedang renovate perkarangan Masjid. Dia memberi keizinan kami memijak lantai yang dalam pembinaan untuk mengambil gambar bila dia tahu kami dari Malaysia.

Sementara azan sedang berkumandang, kami teruja dan kagum dapat menapakkan kaki disini, apa lagi masing-masing mencapai gadjet yang ada untuk mengambil gambar dan swafoto.

Setelah azan sudah habis kami berlima selfie depan tangga pintu masuk,,
Lepas ja mengambil gambar kenangan, satu suara menegur kami,

"dah masuk waktu solat ini, kalian selfie pula"

 Lebih kurang begitu tegurannya, nak gugur jantung,

deep sampai ke laut dalam rasanya. huhu
kami terkejut sekejap , dan terus membalas " kami sudah solat jamak tadi"

memang salah kami pun, tapi pengalaman itu tetap mendewasakan, kami belajar dari kesilapan.

orang kata, memang orang-orang sini akan tegur bilhikmah kalau dia nampak ada yang tak kena, dan kau akan rasa deep sentap nak oii. Haha. Well bukan senang nak ada orang berani tegur macam tu.

massive respect!

"Jom kita solat tahiyatul masjid, rasa rugi pula dah sampai sini tak merasa solat dekat sini " seorang teman mengajak kami.

kami pun menyahut sahutan dia.


selesai solat, aku merasa kagum, melihat suasana yang ada, kebingitan di dengari dengan suara anak-anak kecil dalam kelas pengajian di Masjid. semangat mereka mengulang hafazan dan tasmi beramai ramai, di setiap penjuru masjid dipenuhi dengan anak-anak bersama guru mereka.

Masjid ini hidup setiap petang.

Aku yang baru siap solat terus meluru ke pintu masuk masjid tempat Intan dan Syaiema duduk, mereka sedang berbual-bual dengan seseorang, seorang lelaki tua sedang berkongsi ceritanya.
Intan dengan syaiema kata, pak cik tu tegur mereka berdua

"kamu tak mengajar anak anak?" pakcik tu bertanya.
"ohh kami bukan ustazah di sini, kami dari Malaysia pak" jawab Intan dan syaiema.

pak cik tu ingat, mereka berdua ustazah, tudung labuh semua mashaAllah tabarakallah :P

Aku ain dan nik pun join mendengar pengalaman dan tausiyah dari pak hapnawi namanya.

Beliau pernah menetap di Malaysia pada tahun 1989, banyak dikongsi tentang kehidupannya dan sehinggalah dia pulang kembali ke Banda Aceh.

Memang Allah izin dan rancang pertemuan ini, jaulah kami di isi dengan hadirnya insan insan yang tanpa di duga , tak da lah  kami menonong jalan tanpa arah tujuan, ada juga pengisian.
Banyak tausiyah yang aku dan kawan-kawan dapat.

 Ada satu masa ketika sedang berbual kami di soal,

"kalau jantung Al quran itu apa ?"
" surah yassin pak."
"kalau jantung masyarakat pula apa?"
kami loading kejap tak dapat jawapan.

dan pak hapnawi yang menjawab bagi pihak kami, loading lama sangat. lol


"Jantung masyarakat itu adalah musollah.kalau mahu melihat masyarakat hidup dengan Islam, di sinilah permulaannya.Kalau nak di cinta oleh orang, kamu cari tuhan dulu, Dia akan beri yang terbaik buat kita,minta doa pada Allah untuk mendapatkan pendamping bahagia lepas solat dhuha solat tahajud"

kata-kata ini antara yang aku ingat,

Entah mengapa, pak hapnawi sentuh soal jodoh, mungkin melihat kami semakin dewasa dan remaja yang sedang mencari. Haha. tapi apa-apa pun pesannya itu ke arah supaya lebih dekat dengan Allah. Cari Allah dulu :)


pak hapnawi dan anak anak aceh celup 
Pak hapnawi kata, muka-muka  kami macam Orang Aceh, aku dan Intan dari daerah perlak, Ain dari daerah Sigli, dari awal sampai habis trip Ain orang cop orang pidie sigli. hahaha. syaiema dengan Nik lupa orang mana.

Lepas berbual lama, kami pamitan dulu dengan Pak hapnawi, oh ya pak hapnawi ada kenalkan seorang lagi teman dia yang ada dekat situ masa tu, dia semangat introduce kami pada kawan dia.

Kemudian kami meneruskan langkah mencari makanan dan pulsa tembak, boleh tahan pening nak explain dekat orang yang jual internet tu.lol kenangan betul.

lepas dah dapat paket internet, kami tahan labi-labi aka angkut untuk balik ke homestay,
sampai homestay siap siapkan diri, dan solat jamak qasar, kemudian misi mengisi perut pun bermula.
Siap makan, tidur laa pula untuk hari esoknya.

Tembikai bahasa indonesia semangka yaa.
bukan main orang kedai tu perli we oalls.  jus tembikai ~

to be continued ...


BANDA ACEH PART 1 

take care of yourself, iman and heart

BANDA ACEH PART 1

Bismillahirrahmannirahim..

its has been a year and more since i stopped sharing anything here.

too lazy , busy and i have no idea what should i post.
so yeah today in a new year month , i will begin my sharing again.


----

HOW THE JOURNEY BEGIN – BANDA ACEH

“Kak, nanti datang ya ke Majlis di Aceh, tarikhnya nanti diberitahu kemudian”
“inshaAllah kalau tiada halangan” sahutku

Aku mendapat khabaran gembira dari gadis yang indah perilakunya baik tutur katanya, penuh ilmu di dada lagak gayanya, perkenalan kami bermula di dalam Kelas AFIS, baru saja kenal seolah-olah sudah lama berteman. Awal juga dapat jemputannya semester lepas sudah aku tahu dia bakal menjadi milik orang.  Awal semester 1 dia menjemput lagi sekali.

------

“Intan, jom ke Majlis Azka di Aceh? Alang-alang tu kita ziarah sekali Banda Aceh. Nanti kita cari sesiapa yang nak join kita.”

“haa boleh juga. Nanti kita Tanya mak kita dulu.”
Sahutan ku disambut.

Aku pun bertanyakan pada mak tentang hasrat ku ke sana, lepas dah habis bincang-bincang dengan mak dan dah beritahu abah serta abang sulong ku, yes! Hati menjerit keriangan seperti yang dijangka mereka memberi kebenaran untuk aku bermusafir bersama teman teman.First and it will be a lot of journey.

Beberapa hari kemudiaan, dua bulan sebelum tarikh ke sana, Air asia buat promo.
Apa lagi , peluang yang ada tidak aku sia-siakan begitu saja. Aku pun scroll harga tiket ke banda Aceh, haa boleh tahan murah juga ni. Guna duit tabuung sendiri. huhu Dan aku post di group sisterhood Israk.

“ada sesiapa yang ada passport dan parents bagi travel, boleh pm ?”

Tanya soalan general, ingatkan kena ada passport on the spot baru boleh booking rupanya boleh je booking even tak da passport lagi. Noob betui. Haha

Okay then, ada dua tiga member tanya dan memberi jawapan pada soalan yang aku ajukan di group., semua tak available. Kecuali seorang iaitu Nik shahidah. 
Alhamdulillah bertambah seorang teammates.

 Kami pun booking tiket promo return  

Aku dah tekad dah ada 2 3 orang pun aku akan proceed perjalanan ini.

Siapa sangka, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik,

Perjalanan kami ditambah dengan 2 orang lagi, Ain Rosli dan Syaiema. 2 orang ni tak baca group. 

Sedang duduk sembang depan kelas, kami masuk pasal cuti kot,

Tetiba macam, “cuti ni kami nak ke Aceh, nak ikut tak? Tapi kena check tiket flight kot laa lagi murah ke apa”. masa tu dah habis promo dah.

Memang rezeki depa dua orang. Tiket lepas promo lagi MURAH dari tiket time promo. Cisskek betul. Lol pandai air asia main harga. Punya semangat kawan aku dua orang ni, sampai ke kelas tak focus nak tempah tiket punya pasal. Haha

Okay then we have booked  ticket and ready to fly.

Perancangan ni on the spot jaa. Kami bukanlah teman rapat, tapi kami teman sekulliyah, biasa kawan-kawan rapat ja kan kita travel sama, tapi aku dengan kawan sekulliyah  main redah travel sama. Haha itu lagi mengeratkan gitu.

Allah izin aku kenal seorang kenalan Aceh dalam kelas namanya Arfa, kecil molek orangnya, elok perilakunya dan sopan santun, malu kita yang ganaih ni. Arfa lah tempat aku dan teman teman menjadi rujukan dan meminta bantuan.Walaupun kekok jap, tapi Siapa sangka perkenalan yang singkat ini  seolah-olah punya hubungan yang akrab seperti kenal lama. Tetiba rasa macam susahkan orang. Sobs.

Jazakillahu kheir Arfa dan keluarga yang sangat meraikan kami, jadi ngereputin ajaa. Rindu Bunda, kak tiya dan Mahathir Aceh (ayah arfa, haha) nanti kami datang lagi inshaAllah.

Okay tentative tak disusun dengan betul disebabkan busy exam. Kami pun main redah jaa dengan planning yang ada.  Trip kami ini bertujuan memenuhi jemputan walimah dan ziarah banda Aceh jadi Itinerarynya secara ringkas yang telah berubah  seperti berikut :

13 Jan –
Depart from KLIA2
Arrival Sultan Iskandar Muda Airport
Rumah Arfa
Kila homestay
Masjid Baiturrahman,
jalan jalan di sekitar masjid
Makan Malam

14 Jan –
 pusing banda Aceh naik bas
 Hadir ke Majlis Azka
 Muzium Tsunami
PLTD Apung
Makan Bakso
Rumah sepupu Arfa majlis Berinai
Menginap di Rumah Arfa

15 Jan –
Jalan Jalan dan Riadah di Taman,
Pantai Leupung  (Pantai Penyu)
Pasar Atjeh
Borong sourvenier

16 Jan – Gerak ke Sabang
17 Jan – Balik ke Malaysia

Sepatutnya tambah hari lagi, ni waktunya singkat banget sihh. Tak sempat habis redah banda Aceh. Kena nasihat dengan bunda dan ayah arfa, lain kali datang lagi jangan buat  jadual rushing rushing. Takpe pengalaman itu mendewasakan.

 Antara tempat yang tak sempat zaiarah

 Rumoh Aceh, kuburan Massal ( lalu jaa tak singgah) , kapal atas Rumah, Pasentren. Gunongan dan lain lain. Ada 3 orang kawan tu depa sempat singgah sebab pakcik tuk tuk aka beca  bawa diorang. Me is jealous,  Tapi dalam trip kami yang tak ada dalam trip orang lain ialah majlis walimah orang acehh, lain dari yang lain . dapat tengok adat pernikahan orang aceh. Nanti nak datang lagi pergi Majlis Arfa pulak hiks :P

Here are some budget for my trips


  1.      Tiket Return = RM 187//per person boleh dapat lagi murah dari ini yaa kawan kawan.  *tak masuk adds on luggage (luggage pergi Tak payah beli pun takpe kalau nak backpackers , balik beli laa, harga berubah ubah , kalau aku punya 25 kg RM 50 ) dan insurance (RM30//per person)*,

2.  Tempah hotel atau homestay. Kami tempah homestay sesuai dengan bajet per night since hari berikutnya kami menginap di rumah kawan.
Homestay : Kila homestay (klik!) , Family Room 250ribu rupiah //pernight, extra bed 50RibuRupiah// perbed, recommended homestay, dekat depan masjid. Strategik.
 Crystall GuestHouse pun boleh cuba.

        3.Supir ke homestay/ hotel = boleh cuba cari terus atau naik labi labi ( angkut). Orang kata ada taxi atau bas dekat Airport tu. Since kami kawan tumpangkan ke homestay jadi kami tak tahu rate harga ke banda aceh. Hari tu ada Tanya dengan kereta sewa dapat 150 ribu rupiah. Quite expensive. Boleh dapat lagi murah kot.

4.     Labi labi = 335 ribu rupiah

5.    2 , 3  Beca naik 2 kali = 55 ribu rupiah

6.   Beli Kartu telefon = 20 Ribu Rupiah. Paket pulsa tembak (internet 4gb) = 100 ribu rupiah

7.    Kalau nak ke sabang, tempah juga hotel melalui online booking (klik!)
Freddies Santai Sumur 3 . 470000 Rupiah//pernight 4 person. (RM 160)

                  8.Cari supir untuk keliling pulau sabang . kami dapat 600 ribu rupiah untuk 5 orang  standard harga.


Bajet per person jumlah kasar dalam RM500++ termasuk tiket flight, makan, transport .

sourvenir dan lain lain atas individu kira lain laa.


No photos, nanti part seterusnya cheq letak some photos !
thanks for reading. Moga bermanfaat

To be continued ….


take care of yourself, iman and heart

Khamis, 15 Oktober 2015

Tarbiyah yang mengubah

Bismillah.

hari ini,
saat ini,
aku benar benar rasa diri ini sedikit demi sedikit diproses.

benarlah bila hidup hanya bergantung pada Allah,
maka Allah akan sentiasa bersama kita ,
walau banyak ranjau dan duri yang dihadapi dan datang dari Allah  ,
sungguh semua itu untuk menguji tahap kesetiaan hamba pada RabbNya.

Bila ada rasa ingin berubah,
Allah akan hantar mereka yang solehah untuk kau terus thabat .

dan aku percaya kata kata ini.

Aku rasa Allah itu sudah cukup untuk menjadi cinta pertama dan terakhir .
bukan mudah untuk nak rasa cinta pada Allah , kalau dunia ada dalam jiwa .
Tak selayaknya seorang hamba meletakkan hatinya selain dari Allah ,
sedang nyawa , jasad, bumi , roh , nafas ini milik Allah . Dia yang beri segala .

bukan manusia.

bila rasa cinta ini disalurkan pada Allah,
moga satu saat Allah kirim kita seorang yang punya cinta pada Allah juga .

"Fitria , nak berubahkan . dah ada matlamat ? jangan pernah patah balik pada kisah lama "
"orang selalu doa , moga Allah jaga hati ini sampai tiba masanya " - my beloved friend.

yaa, Allah kirim rakan rakan yang benar benar membuka pintu hati Aku .


itu saja mungkin .

Doalah buat saudara kita disana ,
doa untuk kemenangan agama ini.

kita tiada masa lagi untuk dunia .

waallahu a'lam

moga Allah Redha



take care of yourself, iman and heart

Rabu, 10 Jun 2015

I'm back

Bismillah ,

2015 sudah sekian lama memunculkan diri,
sedang isi dalam ruangan ini sepi tanpa kata kata ,

Bukan berhenti disini ,
kesibukan dan kemalasan mendorong meninggalkan ruangan ini seketika ,


what's going on ?
How's life ?

well , banyak dugaan yang aku hadapi ,
kata biro exam #Tawe1516 " EXAM tanda Allah sayang "

tipulah kalau hidup ini indah saja tanpa ujian ,
sedang nak menjadi mereka yang beriman pasti di uji .

Banyak ibrah yang aku dapat.

Setiap yang berlaku ada hikmah nyaa ,
dan carilah hikmah yang Allah kirim .
cepat atau lambat pasti ada .
sebab aku sendiri dapat rasa setiap apa yang berlaku sekeliling aku ada hikmah
and i found it :')

Allah tahu apa yang terbaik , sedang kita hanya hambaNya yang lemah
tak punya apa apa , malah jauh sekali punya kudrat yang kuat melainkan pinjaman dari Ilahi.


yang penting ,
LIHAT DUNIA INI DENGAN KACAMATA AKHIRAT , KACAMATA IMAN .

sampai sini untuk isi ruangan kali ini.
Ramadhan is just a round the corner .
tak sabarnyaaa Ramadhan di Rumah .

moga ada kesempatan merasai Ramadhan kali ini ,
mana tahu Ajal menjemput dahulu ,
ampun maaf dipinta .

moga Allah Redha .

Fi hifzillah

3.50PM
RAWANG







take care of yourself, iman and heart

Isnin, 29 September 2014

Akhir

In the name of Allah the most gracious and the most Merciful ,

Kadang kadang kita lupa ,
Hidup ini hanya lah sementara ,
Benarlah manusia yang terleka sudah tertipu dengan keindahan dunia .
Begitu juga Aku . Terkadang tanpa sedar mudah saja tersasar .
Cuba muhasabah setiap waktu .

Final sedang mendekati aku ketika ini ,
Final Exam , mahupun Final Dunia ini ,

untuk menghadapi Final Exam , perlu kepada persediaan .
Begitu juga untuk menghadapi Final Dunia juga perlu kepada persediaan ,
Malah persediaan yang lebih hebat .

apa itu Final Dunia ?
Final Dunia adalah KEMATIAN .

Apa yang kita lakukan sehari hari perlu ada kaitan dengan bagaimana pengakhiran hidup kita di dunia ini .

macam mana kita menyesal dapat result exam atas kurangnya persediaan kita ,
jangan pula kita menyesal di Akhirat  disebabkan kurangnya persediaan kita didunia ini .
pada saat itu sedarlah bahawa kita sudah terlambat .

Apa apa pun jaga HDA , kerana Dia Aku hidup hari ini .
Alhamdulillah . Qowiy lillahi ta'ala .

Jadi Solehah untuk mak abah !

Buat sahabat dan teman , maaf atas salah silap selama perkenalan kita.
Aku tahu aku insan yang banyak melakukan kesilapan .
Jika aku pergi dulu , Doakan aku berada dalam kebahagian di syurgaNya .

Pertama dan selamanya impian aku adalah syahid . Hanya impian semata .

--


Doakan Final Exam kuu ~ Bittaufiq wannajah.
Road to Imtihan nihaei .

maassalamah wa ilalliqa '




take care of yourself, iman and heart

Ahad, 6 Julai 2014

Kuat untuk menguatkan

Bismillahirrahmanirrahim ,

Alhamdulillah , Allah beri peluang untuk merasai ramadhan kali ini ,
Setelah beberapa tahun berlalu ,
menempuh kehidupan sekarang ini ,
mungkin aku dah terbiasa dan mampu untuk terima ,
tapi aku tetap akan rasa sedih .

"Takpe Allah uji sebab kau mampu :')"

Al- Baqarah 286

ayat itu je yang mampu buat aku tenang.

Kuat untuk menguatkan .
dapat ayat ni daripada seorang ukhti ,

bagi aku , seseorang itu perlu kuat untuk menguatkan orang lain ,
kuat jiwa kuat semangat dan kuat sewaktu dengan nya .

dan begitu juga aku ,
aku perlu kuat untuk hadapi semua ni .
dan sesunggahnya kekuatan itu datang dari Allah .
moga kuat selalu ~

Aku bersyukur sangat dapat kawan kawan yang selalu support
dari zaman sekolah dulu sampai lah CFSIIUM ni.
mereka semua menguatkan aku untuk terus berdiri di jalan ni .
inshaAllah sama sama qowiy ! :)

--

"kalau kita fikir kita susah , sebenarnya ada lagi orang yang lagi susah "

absolutely true ,
maka kesyukuran itu perlu ada .

sebenarnya Tuhan itu tahu apa yang terbaik untuk hambaNya
cuma kadang kadang kita yang tak sedar .

okay that's all for now .
busy study maka blog ini tak ter-update-update . :)

barakallahu feek, thankyouuu for reading .


Moga Allah redha ! :)










take care of yourself, iman and heart

Sabtu, 29 Mac 2014

Bintang Syurga

In the name of Allah the most gracious and the most merciful .

Bintang Syurga ,
Aku cemburu pada mereka yang syahid di jalanNya,
Mereka mampu menapakkan kaki ke syurga dengan mudah ,
Tapi aku ?  masih belum mampu menapakkan kaki ,
hanya berbekalkan amalan ini sedikit cuma .
mampu kah ?

Baru di uji sedikit , sudah Rebah !

Baru rasa sakit sedikit ,  baru ditarik sedikit nikmat Air . sudah mengeluh .

okay failed T_T

" kita yakin ke dengan solat kita , amalan seharian kita , qiamulail kita itu sudah cukup untuk mendapat tempat tertinggi , yakin Allah terima ? khusyuk masa solat pun entah ke mana . ditambah dengan dosa dosa yang menggunung  hmm -,-"

sentap .

Bicara soal bintang syurga ,
Bintang syurga itu merujuk pada mereka yang syahid .
Orang yang nak mati syahid ini ,
persiapan mereka cukup hebat ,
Hebatt dan mereka layak untuk jumpa Allah ,

Jika tak mampu untuk berperang teruskanlah berdoa ,
masuk syurga itu adalah atas rahmat daripada Allah .
tanpa izin Allah , pastinya kita tak mampu .

Kadang kadang lupa kita ini hidup perlu pergantungan pada Allah ,
ya , Aku juga begitu .

Selagi ada hari , selagi daun yang bernamakan kita tidak gugur ,
selagi matahari tidak terbit di Barat ,
Selagi itu lah kita semua masih punya peluang .
 peluang untuk terus perbaiki diri
dan peluang jadi bintang Syurga .

Bangunlah !
kita hidup dalam keadaan ummah semakin tenat .
Tampar lah diri yang tak sedar lagi .

self reminder .

Aku punya impian harapan ingin jadi BINTANG SYURGA seperti mereka . :')

Moga Allah selalu dengar permintaan ini .
inshaAllah amiin :')


wassalam .
ma'assalamah .
syukran .

CFSIIUM PJ
 27 JamadilAwal 1435H


take care of yourself, iman and heart

Khamis, 20 Februari 2014

Rasa Allah itu ada

in the name of Allah the most gracious and the most merciful .

aku bertinta kerana ingin mengingatkan diri .
down stress futur blog ini menjadi salah satu pengubat . :')

Alhamdulillah , Allah kirim sahabat sahabat yang cukup hebat pada pandangan aku ,
Hebat sehingga dapat menyentuh jiwa aku untuk terus berada pada Jalan Allah .

" Hari ini selalulah ingatkan diri , yang Allah selalu lihat kita , setiap gerak geri kita Allah tengok "

Dan aku cuba dan terus cuba . Rasa Allah itu ada ~

Kau mahu tahu ?
Dunia yang sedang kita duduki ini,
terlalu banyak nikmat ,

nikmat itu kadang membawa kita jauh dari Allah ,
jauuuuuuuuhhh sampai kan hati penuh dengan hal dunia,
dan hilang rasa Allah itu ada .

 tak dapat dinafikan semua tu ,
aku turut alami , tipulah kalau kau tak alaminya juga .

tarbiyahlah  hati untuk kenal Allah!
Bila kau ada Allah kau hebat .
tak rugii !

Aku cukup cemburu pada mereka yang benar benar rasa
kebergantungan hidup pada Allah . cemburuu saaangaaaat  :'(

berubahlah step by step . Allah tengok usaha ,
dan biarlah saat nafas terakhir aku  kau dan kita masih berada dalam jalan perubahan dan tarbiyah .
biiznillah .

jom jadi sebenar-benar hamba . :)
Cubalah sayang Allah , Allah pasti sayang anda berkali ganda .

okay selfreminder :)
syukran ilalliqa .

"hidup ini sebuah perjalanan , biarlah rasa penat disini . disyurga jom berehat . "




take care of yourself, iman and heart

Selasa, 4 Februari 2014

menelusuri kehidupan

in the name of Allah the most gracious and the most merciful ,

hidup dikelilingi pelbagai ragam manusia ,
bermacam macam sehingga sukar untuk ditafsir ,

tarbiyyah , sentuhan iman ,
percaya mahupun tidak bila tamparan tarbiyah singgah dijiwa
baru kau tahu hakikat hidup ini ,


" Allah tak tengok permulaan siapa kita , tapi Allah akan lihat siapa kita di akhir hidup kita ."

aku mengenali rakan rakan seakidah yang hidup mereka kadang kala menyentuh jiwa ,
dulu mereka bukan lah berada pada permulaan yang baik ,
tapi kehidupan mereka Alhamdulillah berubah ke arah lebih baik .
aku ? juga seperti mereka mungkin atau mungkin juga tidak .

cukup bersyukur atas pinjaman nikmat yang Allah beri untuk mengenali mereka .
dan aku masih mencuba untuk menjadi  se-solehah-mungkin dimata Allah
bukan pada mata manusia semata .

" kadang kadang orang yang merasai biah jahiliyyah lebih menghargai erti sebuah kehidupan "

ya , fakta mungkin .

aku rinduu merekaaaaaaaaaaaaa .

tapi aku cukup kecewa terhadap diri ku ,
kerana aku tak mampu dan tak berjaya lagi untuk menarik 'dia ' mereka ' untuk memahami kehidupan ini ,
lemah ? yaa mungkin .

kau mahu tahu ?

perubahan itu datangnya daripada diri sendiri .

"ubah dirimu pasti mereka disekelilingi mu juga mampu berubah "

ya ubah diri sendiri .

ada satu perkara lagi , jangan pandang seseorang dengan pandangan hina ,
mungkin satu hari nanti orang yang kau pandang hina itu lah pengakhirannya jauh lebih baik .

aku pasti semua antara kita inginkan pengakhiran yang baik . untuk bertemu Rabb kita Rasulullah tercinta dan mereka mereka yang kita kasihi . yaa harapan impian dan realiti dengan izinNya .

pandanglah sisi dunia ini penuh hikmah .

suka ingin aku kongsikan bait dalam isnin dan rabu bersama Bro Sham :
"dunia bukan untuk dibenci , tapi untuk ditunggangi , apa yang datang itu peluang bukan ancaman "

faham dan cubalah tafsir dengan iman mu .

ilal liqa'
wassalam .

*esaimen yang banyak , jadi pening kepala nak buat , akhirnya melencong menghasilkan entri yang entah apa apa . ksalam :P moga bermanfaat *







take care of yourself, iman and heart

Jumaat, 10 Januari 2014

Andaiku pergi...

In the name of Allah  the most gracious and the most merciful
allahumma solli ala muhammad
astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah .



Every soul will taste death [ 3 : 185 ]

bicara soal kematian ,
setiap yang bernyawa pasti akan meninggalkan dunia yang sementara ini,
Allah berfirman dalam al quran itu sendiri ,

mak pernah bercerita ,
satu ketika , nyawa ku pernah hampir ke penghujung ,
nazak , *lupa disebabkan apa*
mungkin saat itu aku kecil lagi
jadi aku tak mampu ingat semua tu :'(

alhamdulillah , hanya itu ungkapan yang mampu aku berikan ,
Rahmat Allah itu luas sehinggakan aku dapat merasa kan kehidupan seperti insan lain ,
mungkin Allah hidupkan supaya aku dapat berbakti ,
tapi nampaknyaa aku begitu mudah lupa,
tu lah manusia , hmm

pernah terlintas andai dulu Allah tarik nyawa aku ,  mungkin lebih baik .
tapii aku pasti  ! ada sesuatu untuk aku laksanakan didunia ini ;')

sejak kebelakangan ini ,
aku lebih selesa untuk mendengar khabar kematian
walaupun berita itu cukup menyedihkan buat insan ,

bukan berharap untuk selalu melihat orang pergi ,
aku bukanlah insan yang terlalu kejam untuk mendoakan
keburukan orang  sedangkan doa itu mana mungkin akan termakbul ,
andai tiba saatnya pasti Allah menjemput hambaNya .

khabar kematian itu ,
buatkan aku selalu muhasabah
buatkan aku selalu ingat hidup ni sementara ,
buatkan aku tidak jauh dari Allah ,
buatkan aku sedar bahawa amalan ku sedikit cuma .
dan buatkan aku rasa untuk pergi juga tapi berfikir tentang amalan ku ,
aku rasa takut untuk berhadapan realiti kehidupan seterusnya . Allah.

itulah manusia kadang bila diberi umur tak mampu dihargai .
ahh akulaah tu . hmm *tamparmuka*

seringkali aku lihat ,
mereka  yang kehilangan insan tersayang ,
cukup termotivasi hidup mereka ,
kuat dan terus kuat .
dan bergantung harap pada Allah sepenuhnya .

memang itu sepatutnya,
hidup ini perlu selalu bergantung harap pada Allah
kita perlukan Allah ,
tapi itulah kadang kadang manusia itu lalai .
astaghfirullah .

orang kata : kita akan menghargai seseorang itu setelah dia tak ada depan kita , barulah kita sibuk duk cari susuk tubuh itu . haaa betul jugalah tu .

sebelum pergi meninggalkan dunia ini ayuh sama sama tingkatkan amalan dan ibadah ,
moga Allah redhaa atas tiap tiap sesuatu .biznillah .

aku cuma berharap  andai aku pergi dulu , aku berharap ada insan yang sedekahkan al-fatihah dan sebut namaku dalam doa mereka . T_T
aku pasti semua insan mengharapkan begitu .
akhirulkalam aku berharap nyawa ini di tarik dalam keadaan aku beriman dan pengakhiranku husnul khatimah dan aku berharap dapat bertemu Allah dan Rasulullah s.a.w

sebakk pula masa menaip nie .
ilal liqa ' jumpa di syurgaNya ya . inshaAllah .

sesi muhasabah tamat . wassalam .




 




take care of yourself, iman and heart

Selasa, 31 Disember 2013

#THEENDOFTHEYEAR

Allahumma solli ala muhammad .

bismillah .
menaip untuk terakhir kalinya pada 2013 .

2013 ,
mengajar banyak perkara dalam hidup ,
setiap tahun aku merasakan diri ditarbiyah ,
walau sikit tapi cukup buat diri muhasabah ,

tahun ini ,
kematian insan insan yang aku kenal mahupun tidak
sudah cukup untuk mengetuk pintu hidayah ,
pintu khas "dibina" untuk makcik hidayah singgah.

tahun ini,
tersedar dari lamunan untuk selalu berdoa
buat saudara saudara di sana ,
tapi aku cemburu dengan kesyahidan mereka ,
Allah

Moga bila tiba giliran aku ,
husnul khatimah adalah pengakhiranku , biiznillah .

tahun ini,
aku bahagia dengan abah mak,
suasana positif ,
moga redha dan berkat ada buat makabah ,
much love. :')

Allah knows the best for me , qowiy ,

tahun ini ,
aku kenal ramai sahabat seakidah ,
inilah namanya kehidupan ,
mengenali insan disekeliling
cukup buat aku belajar untuk menghargai .

tahun ini ,
segala rasa bercampur baur ,
aku belajar segalanya ,
Alhamdulillah , syukran lillah atas pinjaman nyawa hingga ke saat ini .

aku menjadi seorang pendengar ,
memberi kata kata semangat pada sahabat sahabat .
mereka antara anugerah yang Allah beri selain mak abah .

tahun ini,
aku dapat mak baru merangkap ibu kepada sahabat(mak angkat laa ). hee

terimakasih guru guru ku . aku cukup terharu atas jasa dan layanan mereka .
Allahu rabbi moga dalam berkatnya .

buat insan itu ,
situasi ini aku wujudkan ,
bukan untuk menjauh tapi
untuk belajar ,
andai satu ketika kita dipisah
antara jasad dan roh ,
aku nak insan itu belajar untuk redha .
sungguh setia itu tetap ada . :')

maaf salah silap aku insan yang  tak pernah lepas dari kesilapan T_T

terlalu banyakk memori untuk tahun ini ,
begitu juga tahun sebelumnya .
cukup ini saja menjadi tatapan kalian .

moga 2014 datang dengan sinar dan cahaya iman yang bertambah cahayanya .

time flies so fast 

till then . moga Allah redha .
massalamah .


take care of yourself, iman and heart

Isnin, 16 Disember 2013

berbeza

bismillah .

kita hamba , sentiasa di uji .
jangan di minta segunung ujian
tapi mintalah segunung kekuatan untuk menghadapi ujian Allah .

bicara soal iman dan keluarga .

orang kata , iman tak dapat diwarisi .
ya , aku setuju .

tak semestinya apabila ibu bapa seorang ustaz ustazah ,
lalu anak anak mereka seperti ibu bapa mereka ,
alim , menjaga aurat dan sebagainyaa .
sebab iman tak boleh diwarisi .
tapi ada juga yang seperti ibu bapa mereka .
bergantung pada cara mencorakkan anak anak .


kadang kadang seseorang nampak alim ,
tapi kehidupan keluarganya tidak lah seperti yang digambarkan ,
yaa ini ujian untuk seseorang itu membentuk keluarga ,
menjadi wasilah untuk membentuk keluarga .
bukan mudah untuk menarik keluarga sendiri ke arah kehidupan yang diredhai .
membentuk anak kecil lagi mudah dari membentuk orang dewasa tahu ?
hebat mungkin ujian yang di hadapi .
sekurang kurangnya seseorang itu cuba menjadi soleh/solehah
keluarga bukan penghalang untuk menjadi seorang yang taat kepada Allah

ada juga keluarga yang ibu bapanya menjalankan perintah Allah .
tahu kewajipan muslim walaupun bukan berlatar belakangkan agama ,
dan mereka mampu mencorak anak anak mereka ,
solat lima waktu dan menjalankan segala perintah Allah .
Alhamdulillah .

tapi ada juga keluarga yang nau'zubillahi min zaliq
sudah jauh dari mengingati Allah .
ini juga ujian buat mereka , tapi mereka mungkin tak sedar
dikaburi kenikmatan dunia .
moga mereka diberi hidayah .

bukan nak judge tapi ini realiti ,
kerana aku juga sedang menghadapinya . ujian yang agak parah mungkin . ye ke ? -,-
semuanya bermula dari keluarga dan diri sendiri
kesedaran  individu untuk membentuk keluarga
alhamdulillah kenikmatan ujian
membuatkan aku ingin dekat padaNya selalu .

kadang kadang sebelum nak judge orang lain ,
aku akan tanya diri sendiri ,
keluarga ku bagaimana ?
sudah sempurna kah sampai nak judge orang lain ?
memang terbantut terus nak judge orang .
tiada istilah nak cari keburukan orang lain dalam hidup nie .
 heh . ada hati nak judge orang . hang tengok diri sendiri dulu *gulp*

okay akhirul kalam . ujian itu datang sesuai dengan kemampuan hambaNya
minta maaf kalau ada terasa dengan post kali nie
makcik hidayah sedang mengetuk pintu mungkin untuk bagi kesedaran .
okayy BERSANGKA BAIK PADA ALLAH .

wassalam .
fi hifzillah .







take care of yourself, iman and heart

Khamis, 12 Disember 2013

aku ~

Bismillah .

mungkin kerana rupa ,
orang mudah tertarik pada ku ,
mungkin kerana penampilan
orang mudah tertarik pada ku,
mungkin kerana manis nya bicara ,
orang mudah tertarik pada ku .

hakikatnya,
bila engkau tahu siapa aku,
mungkin kau akan pergi jauh meninggalkan aku ,
segala itu sementara ,
aku insan yang biasa , cukup biasa
aku tak mahu menjadi fitnah ,
aku ingin jadi insan biasa
yang tak mampu menarik orang hanya kerana semua itu .

alangkah terkejut nya
terasa seperti musibah buat diri ,
saat aku hendak benar benar kembali pada penciptaku
saat itu ada insan yang cuba mengenali ku. *tunduk*

tak ingin dikenali ,
aku bukanlah insan yang mampu memberi harapan ,
sudah cukup ada insan yang cuba setia ,
moga redha Allah selalu mengiringku ,
hidup ini cuma sementara ,
kehidupan disana kekal abadi .
sudah tiba masanya untuk perhebatkan ibadah .

kalau nak ke syurga jangan seorang seorang
bawalah insan di sekeliling kita .

aku hebat berbicara di alam maya
tapi tidak di alam realiti .
realiti , aku suka mendengar daripada banyak bicara .

thiqah billah .

*kemas rumah*





take care of yourself, iman and heart

rasa itu kadang menerjah kehidupan

Kekuatan ,
kadang kita rasa futur dalam melayari bahtera kehidupan .
lalu rasa ingin saja berhenti di tengah pelayaran .

mungkin rasa itu datang ...
bila orang yang kita sayang sudah tiada di sisi kita ,
bila kita rasa sifat mazmumah mula menerjah kehidupan lalu  kita sedar ,
bila semua orang benci pada kita ,
bila kegagalan dalam pelajaran,

bila kita di kecewakan ,
dan bila segalanya serba tak kena .
atau mungkin rasa itu tak datang sebab engkau kuat .
ahhh rasa nak terjun ke laut . XP

tapi hakikatnya segalaNya dari Allah ,
mungkin ingin menguji iman dan mungkin menambah iman atau sebaliknya.
cuma satu . bersangka baik pada Allah. minta kekuatan dariNya .

sungguh ,  melayari bahtera ini engkau perlu teguhkan tali pergantungan mu seerat eratnya 
pada SANG KHALIQ .
Qowiy ! stay strong .




[94:6]

take care of yourself, iman and heart

Isnin, 25 November 2013

Ubah

In the name of Allah the most gracious and the most merciful .

hari ini ramai yang menulis ramai yang bercerita ramai yang menyampaikan sama ada di blog , twitter facebook wechat mahupun di buku buku . mungkin sekadar berkongsi kepada masyarakat di luar sana , tak terlepas juga buat diri .

kadang tak faham pada diri sendiri
kadang musykil
kadang rasa benci pada diri
kadang segala rasa yang tak mampu di ungkap muncul . huh



terlalu banyaaaaaaakkk kesilapan dan jalan hidup yang tersasar . Uturn balik !!

Baca dan Hadam
PERLU supaya dapat memahami dan menyampaikan apa yang kita perolehi
sebenarnyaa rasa cemburu pada orang lain.
kenapa mereka mampu membaca begitu banyak sekali buku ? tapi aku .
kenapa mereka begitu pandai sekali menyampaikan bila berhadapan di khalayak ramai ? tapi aku
kenapa mereka mampu mengingat begitu banyak sekali sirah sirah dan kisah teladan dan mampu menyampaikannya ? tapi aku

lemahnya diri , bagaimana mungkin hendak menjadi seperti AMMAR .
matlamat diri , entah hilang ke mana .
kemalasan diri , penyakit yang tak dapat di hindar .

dan aku hanya mampu mengeluh . hmmm Astaghfirullah sesak dada di buatnya

Jadi , first step, UBAH diri , mudah tapi mampu kah untuk istiqamah ?
jangan cakap lebih wahai diri , merana diri .
tiada yang mustahil moga kerana Allah .

Kuatkan diri ,
Cari matlamat ,
Rajinkan diri , kerana Allah .

luahan dan tinta buat nafsi
manusia mudah lupaaa , jadi ingatkan ana ! :)
sirru ala barakatillah .



 



take care of yourself, iman and heart

Khamis, 31 Oktober 2013

the journey as flashmobber

Allahumma solli ala muhammad .
in the name of Allah the most gracious and the most merciful .
okay today , i would like to share about my journey as flashmobber that i have promise before this .

20 oktoober ( AHAD)
kali kedua menyertai flashmob  . sebelum ni hanya pegang poster je . tapi kali ini ana pun join buat persembahan . kali ini  ana join tanpa sahabat ana  . sebelum ni pergi dengan sahabat ana . memandangkan dia berada di jordan terpaksa lah pergi berseorangan . :")

so ana mula kan perjalanan bersama schoolmate ana dan family dia merangkap orang yang menganjurkan aktiviti ini . macam VIP pula. okaayy abaikan . hehe

sampai di pejabat ikram setiawangsa almost jam 10  dan di situ ana dan volunteers training sebelum pergi ke sogo untuk berflashmob . seronok , janggal dan perasaan bercampur baur . tapi ana rasa dapat laah menaikkan keyakinan dan keberanian ana untuk berhadapan dengan orang ramai .

kami bertolak dari pejabat ikram jam 2  selepas makan tengahari dan solat zohor . semua nampaknya begitu bersemangat sekali .  kami memang poster sepanjang dalam LRT dan berhenti di stesen KLCC untuk mengumpul dana dan mengedarkan flyers . kemudian meneruskan perjalanan ke stesen masjid jamek . ketika dalam perjalanan kami mengedarkan flyers , then datang seorang perkerja kat stesen LRT tu .....

"ini ada apa apa surat ke nak edarkan flyers ? kalau nak edarkan flyers kena ada surat "

ana pun macam tak percaya je. okay tak tahu nak kata apa .












jam menunjukkan jam 3 lebih ,turun di stesen masjid jamek dan  meneruskan perjalanan ke sogo , masa tu cuaca nak hujan . dah sampai di sogo ana dengan beberapa orang yang lain menunggu volunteers yang lain yang belum sampai sambil melihat keadaan orang ramai di depan sogo . kemudian hujan pun turun renyaii bagaikan menghalang kami untuk meneruskan program . tapi Allah maha Kuasa atas tiap tiap sesuatu . niat baik pasti Allah permudahkan :'). masa tu semua macam nak buat ke tak nak , nak buat ke tak nak . haaa macam tu laa . tapi ana tengok mereka masih punya semangat untuk teruskan ..

"kalau hujan ni , korang sanggup redah tak ?"
"sanggup !! " kami menjawab dengan begitu semangat.

Alhamdulillah tak semena-mena ketika mana kami memulakan flashmob , Allah mengirimkan angin  meniup awan yang sedang menakung air dan bila bila masa saja akan membasahi  bumi ..tapi siapa kita untuk meragui kekuasaan Allah ,  Alhamdulillah hujan renyai berhenti dan keadaan berangin serta menenangkan ketika itu . Allahu akhbar!!

flashmob berjalan begitu lancar . tapi tak mungkin laa kami tak menghadapi ujian .  sepanjang berflashmob ana tak ada masalah yang di hadapi cuma senior senior ada yang menghadapi kerenah masyarakat . ana paling lemah kalau foreigner duk tengok ana pegang poster . hehe nak tahu sebab apa ? sebab english ana kurang sikit . tak fluent lagi nak speaking . tak pasal pasal merepek jaa nanti . tapi still improve for english language . i should and have to speak in english fluently . in shaa Allah one dayy i'll . pray for me .

okayyy di sini ada sedikit pengalaman dari senior ana :

Semalam, kami berflashmob di Sogo.. ya, turun dalam masyarakat, kena telan pahit2 yang datang. Jangan lemah, jangan menanges, itu bukan kita!

*Seorang pakcik koyak flyers yang kami beri depan mata.. dan dengan muka yang sedikit tak puas hati, dia jumpa flashmobbers lain untuk menyatakan tak puas hatinya.. alhamdulillah, kita jangan melawan. Islam bukan agama kekerasan. Nak sampaikan dakwah ada method2nya. Contohi dakwah Nabi.

*Waktu sahabat2 flashmobbers buat simulasi lagu depan deretan kedai2 di Sogo, ana cube beranikan diri berdiri tepi jalan raya buat sorang2, hmm..nak rasa, nak tengok macam mana penerimaan masyarakat yang lalu lalang.. Ada beberapa kereta yang turunkan cermin kereta dan angkat tangan , "ape ni?? buang masa !", "diam lah!", dan gune mulut ajuk2 lagu2 keamanan kami dgn muka tak suka.. tapi, entah kenapa, mulut dan hati tersenyum, terasa Rasulullah ada disebelah.. hmm. Lepas ni flashmobbers dan pejuang2 kena sentiasa rasa ada Rasulullah ada bersama !!

then. lepas dah buat flashmob di sogo , kami meneruskan perjalanan di deretan kedai sekitar KL berdekatan sogo juga, tepi jalan . Alhamdulillah berjalan dengan lancar .. kami menamatkan aktiviti jam 5 lebih  dan semua bersurai . tapi ana sampai rumah malam sikit , ketika itu barulahh hujan turun membasahi bumi . alhamdulillah such a great experience that i  have ever had . moga program seperti ini dapat membantu menyedarkan masyarakat di luar sana in sha Allah..




haa itu sedikit sebanyak yang dapat di kongsikan . Alhamdulillah
ana cukup seronok dalam program ni . isu yang kami bawa untuk kali ini adalah isu mesir .
okayy sampai sini saja. thanks for reading . may Allah bless ! :)
** tak pandai bercerita sebenarnyaa . hehe . minta maaf ye!

credit picture to ibrahim adham !




take care of yourself, iman and heart

Isnin, 7 Oktober 2013

Alhamdulillah , langkah ini ~

let's me begin this post today with bismillah and selawat Allahumma solli ala muhammad .

Assalamualaykum . long time no see . hehe .

ouhh terasa lamanya tak menuturkan kata dalam alam maya ini ,
bukan apa busy memanjang . student laah katakan . *macamlaah ada orang baca -,
CFSIIUM , i have been there for almost 3 month .
 now it's time for holidays . alhamdulillah
such a great experiences and moments .
for the first time in my life that i like to learn english .
 in secondary school i hate english  , i dont know why .
but since i was here at CFSIIUM  i love it  and fyi, this is an english speaking campus . so anything happen , i SHOULD and HAVE to speak . fighting !! *sorry for grammatical error .

ahhh sudaaahh membebel english 'pulok doh' ,
nikmat yang Allah beri sungguh tak dapat ku balas ,

 Allah .

Alhamdulillah ,
hari itu , saat itu sungguh membuatkan ana terharu dan tersentuh atas nikmatnya .
ikhlas , bila ikhlas terasa manis nya menuntut ilmu .
yaa ikhlas , walau sukar ana yakin kita mampu !

Alhamdulillah,
ukhwah , yaaa terasa sangaat manis .
benarlah orang kata bila berukhwah kerana Allah
kita pasti akan terasa hawatul ukhwah itu .
walaupun tak kenal pada mulanya . lama lama jadi sangat rapat .
but  mind your ikhtilat naurah !

Alhamdulillah
di sini dan hari ini english sangat penting .
it's undeniable .. i admit it . nak jadi da'ei nak menyebarkan addin why not kita belajar english .
lagipun kita lihat lahh dunia hari ini . nak berkata dengan orang yang lain bangsa pun english diperlukan .
antum nak pergi menjelajah dunia?  english juga~ dont run awayy
 disebabkan english menjadi bahasa dunia . terpaksa laahh kita. 
ohh alangkah indahnya bahasa arab menjadi bahasa dunia. ma ajmala haza dunya !
harapan ana , dapat kuasai arab dan english bila masuk UIA!
sangat kagum tengok lecturer melayu yang dapat kuasai arab dan english . lepasan UIA juga !
subhanallah .

amanah , yaa di sini ana memegang satu amanah , bukanlaah besar sangat pun . jadi hisbah lines-up (arass)
terasa macam tak menjalankan tugas pun ada juga ! ouhh mungkin semester 1 tak banyak aktiviti lagi so patutlah tak terasa :) . semester 3 menanti .

Di CFS , Alhamdulillah ana dapat bawa diri , bi'ah solehah ! dapat membina ukhwah dengan kenalan baru ,
dan merasa manisnya berkawan . di sini kawan itu penting . you can't life alone ~ ya laah parents jauh maa .
jadi berkawanlah bersahabatlah dan bertemanlah antum ! bila bercerita tentang kawan . teringat yang di urdun . moga sihat selalu sahabat ! musim sejuk melanda urdun ! waaahh nak main salji juga ! okay merepek sudah .

okay sampai sini saja . syukran meluangkan masa ! may Allah bless !
ilal liqo' massalamah ! take care of yourself iman and heart .




take care of yourself, iman and heart

Sabtu, 13 Julai 2013

Ramadhan Kareem :')

Allahumma solli ala muhammad

Alhamdulillah , syukur atas nikmat iman dan islam sepanjang hidup ini.
Sungguh ana cukup terharu atas pinjaman nyawa dari pemilik cinta ini .

Alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk bertemu Ramadhan . sedar tak sedar  kita berada pada ramadhan ke-4 , maka bersyukur lah atas nikmat ini . Allahu T_T
 Insha Allah akan ana gunakan sebaik mungkin dalam menjalani madrasah Ramadhan kali ini .

 Ramadhan Kareem !
rindu menjengah kepada keluarga T_T . iyalah mana tidaknya , first time dalam hidup berjauhan .

Ramadhan pertama : 5 pagi .
deringan telefon berbunyi ,
sister :"assalamualaikum,  helo"
me :"waalaikumussalam , haa kenape?"
sister :"akak bangun sahurr ! "
me :"okay , yaya kim salam kat mak ye "
sister : okay
telefon di matikan ....

Allahu , terharu ana di buatnya , adik ana yang ana sayangi menelefon mengejutkan ana. awesome bukan ? alhamdulillah bersyukur . rindu nak menyakat adik.. rindu serindu-rindunyaa. ^_^

Selingan saja ~

back to the title .

Tahun demi tahun
hari demi hari
minit dan saat .
selepas ramadhan yang lalu. bagaimana hari hari yang dilalui selepas itu ?
*tepuk dada tanya sama iman.

tak dapat dinafikan . iman turun naik sepanjang tahun. Allah
Sepanjang tahun terselit dosa dosa tanpa di sedari mahupun di sedari ,
lalu Allah janjikan satu bulan untuk menyucikan diri , untuk mendekatkan diri .
sungguh Dia maha penerima taubat . Allahu rabbi . Sampaikan lah diri ini ke penghujung Ramadhan dan lailatu qadr . jadikan lahh diri ini seorang hamba yang bersyukur atas setiap nikmat yang Dikau berikan buat ku.

pesanan buat diri , saat menikmati juadah  saat anda ingin memilih juadah di bazaar , ingatlah ! ingatlah suadara saudara mu di sana , mesir , syria , palestin dan seluruh dunia .
sungguh ramadhan ini sepatutnya mendidik kite untuk bersyukur dan merasai ape yang dirasakan oleh mereka yang susah . bukan sebaliknya .

syahid nya mereka terus masuk ke syurga , beruntungnya !ya Allah .
moge saat hayat ini bakal menemui penghujung , penamatnya adalah kebaikan .  biiznillah .
selalu saja terfikir , namun persiapan diri ... hmmmmm T_T

mungkin sampai di sini saja.  ambil yang jernih buang yang keruh . :)

SELAMAT DATANG KE MADRASAH RAMADHAN . AHLAN WASAHLAN

amar ma'ruf nahi munkar . recite quran . istighfaar . zikr . selawat . 

Allahumma bariklana fi ramadhan, wa balighna fi lailatu qadr .

note : rasa macam entri kali ini tiada kesinambungan antara satu sama lain . ceh ayaatt .

okay massalamah . syukran :)

Naurah_Iftinan
12.3pm
CFS IIUM PETALING JAYA.



take care of yourself, iman and heart

Ahad, 30 Jun 2013

Ini yang Terbaik :')

in the name of Allah the most gracious and the most merciful .

Alhamdulillah , hari ini mencari kesempatan dan ruang untuk berkongsi .

Hidup memang tak terasa indahnya tanpa ujian . memang kita hidup untuk di uji ,
jangan pula pinta untuk tidak diuji .
Alhamdulillah , mungkin segala perancangan yang dilakukan suata masa dahulu bukan yang terbaik .
kita merancang namun perancangan DIA adalah yang terbaik . He's the best planner !

Doktor , ya satu profesion yang dipilih suatu masa dulu . namun apakan daya perancangan dari Nya lebih mendahului . result yang di miliki tak mampu untuk mencapai target . Orang kata  menjadi seorang doktor bukanlah mudah . bermain dengan nyawa mungkin . tapi bagi ana setiap kerjaya pasti ada kesukaran nya yang tersendiri . Allah tahu yang terbaik untuk ana. jadi ana merelakan kerjaya itu berlalu pergi.

Bersyukur , Allah gantikan yang terbaik buat ana . Alhamdulillah kini sedang melanjutkan pengajian di Centre For foundation Studies IIUM di Petaling jaya. Course : Islamic revealed knowledge and heritage . Mungkin ini yang terbaik . lagi pun ana memang minat ke arah bidang agama , tak rugi belajar dalam bidang ini . Namun rugi bagi insan yang belajar agama tapi tidak di amalkan mahupun dipraktikkan. moga ana bukan lahh dari kalangan orang yang seperti itu .  Allahu Rabbi .

Kini merasa hidup berdikari sepenuhnya , tanpa mak abah abang adik di sisi . sungguh mengajar ana untuk sentiasa menghargai masa . Terasa begitu di sayangi dan diambil peduli , lebih lebih lagi bila abang ana yang jarang bagi wang saku tiba tiba pada suatu ketika di menghulurkan duit . quite shocked and i'm happy ^_^

i'm the first one of my siblings yang melanjutkan pengajian setelah abang mengambil keputusan untuk bekerja :). ana rasa mak ana sungguh gembira . ibu mana yang tak mahu melihat anaknya sambung belajar . Sungguh , sebenarnya ini juga ujian . setiap kesenangan mahupun kesusahan . semuanya ujian .just keep on moving and be strong . you know Allah , so trust Allah. He's always know and always besides us ~

notetoself :

''jangan jadikan pandangan orang lain terhadap kita , membuatkan kita jatuh dan lari dari landasan''


Okay sampai sini saja ya !
moga bertemu kembali .

Naurah_Iftinan
Rawang Perdana
12.41pm


take care of yourself, iman and heart

Ahad, 26 Mei 2013

AturanNya :')

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah ketika ini saat ini , baru dapat mencoretkan sesuatu pada blog yang entah ada yang membacanya mahupun tidak .

tapi ana rasa mungkin ia salah satu medium untuk berkongsi setiap saat saat kepayahan mahupun kebahagiaan disamping diluahkan pada Dia yang satu .
mungkin mampu memberi pengajaran atau hikmah .

kadang termenung sendiri ,

mencari makna disebalik kiriman 'tarbiyah' ujian dari Nya 
bukan mudah mencari 'hikmah' terutama dalam hal ujian ini .
memerlukan masa . sulit . mungkin

ya tak dapat di nafikan . hati terkadang meronta mahu bebas dari ujian ini ,tapi siapa ana untuk semua itu ? ya ana seorang hamba . bukan menolak takdir tapi memang lumrah . terkadang rasa itu menjengah tanpa sedari . astaghfirullah .

satu persatu datang . ujian hati , ujian perasaan, ujian menuntut ilmu . la hau la wala quwwata ila billah . hanya itu yang mampu terungkap . Dia SAYANG ana . ana tahu itu :')

cuba , cuba dan cuba untuk bangkit dari semua ini . cuba cuba dan cuba untuk 'sedar' akan kenyataan ini .

sungguh ini baru sedikit .


Bila Allah tidak memberi apa yang kita mahukan, apakah ia tanda Allah benci?

Tidak sesekali duhai jiwa yang beriman pada Tuhan yang Maha Penyayang.

Malah, itulah ‘manifestasi’ dan ‘ungkapan’ kasih sayang Allah pada seseorang insan yang DIA sayang.

DIA senang untuk mendengar luahan jiwa yang sentiasa berkomunikasi denganNya.

DIA senang untuk sentiasa mendengar luahan syahdu dan air mata yang gugur dalam sujud kepadaNya.

DIA senang sekali kita seperti itu.
--hikmatul islam--

Bersyukur Alhamdulillah . kadang kadang kita alpa atas setiap nikmat dariNya . sehinggakan Dia mengetuk pintu hati kita dengan mengirim ujian buat kita , dan kita pun kadang mengeluh . sungguh tak patut . hamba seperti apa kita ini ?  Allah . maha kuasa Engkau tuhan semesta Alam .

terasa menjauh dariNya ? ayuh , dekat kembali . sungguh Dia tidak pernah jauh dari kita . take note ya nafsi ! :')

Namun di sebalik ujian ini , memang dan ana pasti ada hikmahnya.
Dia menghantar insan yang mengerti
Dia menghantar insan yang memberi semangat
Dia menghantar insan yang menyayangi ana.

Subhanallah , terima kasih Ya Allah atas pinjaman seketika cuma

jazakumullahu khayr buat guru guru , ibu bapa , sahabat ana , rakan ana atas semangat yang diberikan .
antum memang awesome ! masha Allah :')

ya nafsi . sungguh engkau kuat untuk hadapi semua ini.
Allah tak mengujimu melainkan engkau mampu untuk menghadapinya :)
insha Allah kuat ye !
sobs sobs T_T
naurah iftinan
12.55 AM
Rawang





take care of yourself, iman and heart