Sabtu, 6 Ogos 2011

tersenyum bersama cinta

 salam alaik! dalam entri kali ni nak kongsi tentang cinta, macam sekarang ana masih remaja. kira normal la remaja macam ana mudah sangat jatuh cinta~ fuh![belum masanye lagi. ] ok baca artikel dibawah, artikel ni sebenarnya artikal indonesia. jadi ana BM-kan supaya mudah difahami dengan menggunakan bahasa kita sendiri :)


Jikalau sekiranya kita mencintai seseorang dan cinta itu tidak dibalas, janganlah merasa terpinggir, patah hati apalagi berniat hendak bunuh diri. ...
Memang tidak salah juga kita mencintai seseorang, kerana cinta tidak memilih untuk singgah di hati orang , Cuma mungkin cinta kita kepadanya belum mampu diterima dihatinya.cinta itu fitrah kan2?

Jikalau Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu. Kembalikan penghormatan itu dengan cara yang Ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukai perasaannya. Setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.

Jikalau kita bercinta dengan seseorang yang begitu mencintai diri kita, dan tiba-tiba cinta itu memilih untuk pergi, tidak ada yang harus dipersalahkan. Relakanlah saja cinta itu pergi kerana setiap kejadian pasti ada hikmah yang tersembunyi dan kita  akan menyedarinya apabila waktu berlalu pergi.

Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa pun, kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta dengan segala misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu. Nikmatilah ia sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan lebih bersemangat.

Cinta senantiasa dan selamanya akan menjadi misteri datang secara tiba-tiba dan pergi juga tanpa meminta izin untuk pergi. Oleh itu Bersyukurlah kerana ia pernah singgah di hatimu...

Kecintaanmu kepada sang kekasih akan membuatmu menderita, tetapi kecintaan sang kekasih kepadamu akan memanjakanmu itulah cinta, jikalau cinta sudah merasuk ke dalam hati apa saja akan dilakukannya kerana siapa yang mencintai sesuatu, maka dia akan menjadi hambanya. 

Pada dasarnya kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tidak abadi,akan tetapi kasih sayang Allah tidak ada yang boleh diragukan dan kasih sayang Allah janjinya sudah pasti.

Disaat kita merasakan bahwa diri kita bukan milik siapa-siapa kecuali hanya milik Allah semata-mata, sehingga kita tidak pernah menyesali dengan sesuatu yang telah tiada, semua dari Allah dan akan kembali juga kepada pemiliknya

Pastikan diri kita masih memiliki rasa Cinta dan tersenyumlah bersamanya
cinta Allah yang abadi !

nota: fuh 2 minggu lagi

take care of yourself, iman and heart

Khamis, 9 Jun 2011

adil vs zalim

assalamualaikum. jom baca artikel nie.
menarik untuk ana kongsikan. :) hayatilah~

Diceritakan bahawa seorang ibu telah datang menemui Nabi Daud a.s. lalu berkata:

Ibu – Wahai Nabi Allah! Adakah Tuhanmu zalim atau adil?


Nabi Daud – kenapa kamu ini wahai perempuan? Tuhan itu Maha Adil dan tidak pernah melakukan kezaliman! Apa yang telah berlaku ke atas dirimu?


Ibu – Aku seorang balu. Bersamaku tiga orang anak perempuan yang masih kecil. Aku menjaga mereka seorang diri dengan hasil tenunan tanganku. Semalam aku mengikat kemas-kemas tenunanku dalam sehelai kain berwarna merah dan membawanya ke pasar untuk dijual kemudian membeli barang-barang keperluan anak-anakku. Di pertengahan jalan, tiba-tiba seekor burung menyerangku, lantas menyambar tenunanku dan terbang entah ke mana. Kini tiada lagi yang tinggal untukku menyara anak-anakku.


Belum sempat Nabi Daud menjawab kata-kata ibu tersebut, tiba-tiba pintu diketuk dan Nabi mengizinkan orang yang mengetuk pintu itu masuk. Tetamu yang baru tiba itu terdiri daripada 10 orang saudagar yang di dalam tangan masing-masing terdapat wang sebanyak 100 dinar. Mereka berkata:


Saudagar – Wahai Nabi Allah, ambillah wang dinar ini dan berilah kepada orang yang berhak menerimanya!


Nabi Daud – Apa yang menyebabkan kamu menyerahkan wang ini kepadaku?


Saudagar – Wahai Nabi Allah, semalam kami berada di atas kapal layar untuk pergi berniaga. Tiba-tiba angin bertiub sangat kencang sehingga kapal layar kami hampir pecah dan kami hampir-hampir akan karam. Tiba-tiba seekor burung mencampakkan sehelai kain berwarna merah yang terdapat di dalamnya hasil tenunan. Maka kami gunakan kain dan benang itu untuk mengikat kapal layar kami dan menampung kebocorannya. Dengan itu kami dapat mengharungi angin rebut itu dengan selamat. Kami telah bernazar dengan Nama Allah bahawa setiap orang daripada kami mengeluarkan 100 dinar sebagai sedekah kerana Allah. Dan inilah wang tersebut. Ambillah dan berilah kepada sesiapa yang berhak pada pandangan Nabi.


Nabi Daud a.s. berpaling kepada ibu tadi seraya berkata:

Nabi Daud – Tuhan yang berniaga untuk kamu di darat dan di laut, sedang kamu menuduh-Nya zalim? Ambillah wang ini dan belanjakannya untuk anak-anakmu.

p/s..Duhai sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah, apabila kita ditimpa kesusahan janganlah kita cepat melatah dan menyalahkan semua orang disekeliling kita. Termasuk ALLAH!!
Kita sebagai hamba amat kerdil dan tak layak utk melawan taqdir Allah. "Kenapalah aku boleh masuk sekolah ni?" "Kenapalah aku sekelas dengan budak tu?" "Kenapa aku yang diuji?" Kenapa.. kenapa.. dan kenapa..

Sangatlah tak wajar untuk kita su'u zhan dgn Allah, Tuhan yg Maha Luas kasih sayangNya. Tak mungkin Allah akn timpakan kesusahan kepada kita tanpa ada apa-apa hikmah. Allah juga takkan timpakan beban kpd seseorg melainkan apa yang dia mampu.
Jadi, sekiranya kita diuji dengan sesuatu perkara maknanya Allah nak ajar kita sesuatu yang baru dan mahu kita belajar bagaimana cara untuk mengendalikan ujian tersebut. Kalau kita sama-sama perhatikan, inilah yang dinamakan sekolah kehidupan. Ujian, kesusahan, kepayahan dan kesukaran dalam hidup tak pernah berhenti. Akan datang silih berganti.
Marilah kita sama-sama mencari hikmah apa yang berlaku disekeliling kita dan bkn hanya menanti hikmah itu datang. Ingatlah sesungguhnya sekiranya kita tak bertemu dengan kebaikannya di dunia, Allah akan serahkan lambakan nikmat kepada kita di syurga kelak atas ganjaran kesabaran kita.

hiasan semata2! hee
Wallahua'lam.credit to BADAR KISAS

take care of yourself, iman and heart

Jumaat, 27 Mei 2011

mengapa sibuk bermain hati ?

[satu perkongsian]

satu teguran buat diri sendiri..

Mengapa kita SIBUK bermain dengan hati dan perasaan cinta?

Hati dan Perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan , ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia.

tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya?
setiap masa dan waktu kita fikirkannya,
sampaikan satu tahap kita akan terjebak dalam bercouple.

aku menasihatkan diriku, lupakan cinta dan perasaan ingin mempunyai pasangan. jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. ia tidak akan membawa kemana-mana. perjalanan terbentang jauh.

Jodoh?
Masih tak yakin dengan janji Allah.
ingatlah sahabat kepada qada' dan qadar ALLAH..qada' bermaksud perkara yang akan berlaku dan qadar perkara yang dahulu sejak azali. qada' terbahagi kepada dua iaitu qada' muallaf iaitu yang akan berubah manakala qada' mubra adalah perkara yang telah ditetapkan sejak azali yang merangkumi jodoh, ajal, rezeki dan beberapa perkara lagi.

Lihatlah..
anda punyai misi untuk islam. mengapa lembik dan cair kepada perasaan dan cinta. ramai yang mengatakan "aku mahu berkahwin, bernikah" tetapi dimanakah persediaan kita? untuk menjadi isteri kepada seorang suami atau suami kepada seorang isteri?

ia bukanlah satu perkara yang main-main. kita ingat ia hanya perkara keseronokan? untuk merealisasikan mimpi indah? tidak. ia satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah SWT satu ketika nanti. adakah kita laksanakan tugas sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya

Mari Menjadi Hamba kepada pencipta
Menjadi sebaik-baik hamba memerlukan pengorbanan bukan hanya kata-kata. Jika kita imbas kembali bagaimana sahabat-sahabat rasulullah yang sentiasa memperbaharui dan meningkatkan Iman mereka. Keyakinan mereka adalah di tahap yang tinggi. Mereka melihat syurga di hadapan mereka. Amal yang mereka lakukan adalah semaksimum yang mungkin.

Bukan seperti kita? Mengimpikan syurga tetapi kita hanya bermimpi tanpa pertingkatkan amal. Sedarlah! Hidup ini satu perjuangan. Jadi, berusahalah Untuk Menyihatkan IMAN!

Penutup : Jangan terlalu fikirkan cinta
Cinta dan perasaan satu keperluan. tetapi kita mesti pandai menguruskannya. Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan. Buat persediaan. dan lakukan ta'aruf dan seterusnya. Islam itu dipenuhi cinta dan kasih sayang. tapi banyak cinta dan kasih sayang yang menyimpang dari islam kerana kita tidak menghayati Islam sepenuhnya. Jom sama-sama kita mencari cinta dan RedhaNYA.

Lihatlah cinta yang sebenar ini!
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya ALLAH TA'ALA berfirman pada Hari Kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKU? Hari ini KUnaungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naunganKU.."
Wallahualam..~



credit to insan yg menulis! ana pun tak thu. moge memberi manfaat!

take care of yourself, iman and heart