Jumaat, 24 Ogos 2012

Sebelum TRIAL

 Bismillah ~

 Tetamu datang rumah , terpandang TARGET BOARD  , sekali gus mendoakan diri.  insyaAllah . :)

''boleh ke dapat 11A''
*''InsyaAllah BOLEH cik ''
''bagus bagus !''
*''doakan ye cik''
:)



-------------------------------------------------------------
bahawasanya, kami akan menghadapi pra-perjuangan pada hari selasa ni .
jadi '' hal antum mustaid'dun ?''
'' insyaAllah ~ hari exam baru sedia.''huu ~
*siape jawapan dia macam nie ? itu bermakna kita serupa . haha
usaha LIF kejayaan  . kita up kan sikit dari tangga kepada lif . dunia dah maju . peace ^_^

baiklah kita fokuskan pada perkataan usaha . mungkin itu antara salah satunya tips nak exam dan yang paling penting kita yakin pada ALLAH subbhanallahu ta'ala .
kalau tiada angin masa kan pokok bergoyang ye dak ? maksudnye kat sini kalau tiada usaha masakan kita boleh berjaya . sesungguhnya disamping berdoa kepadaNya usaha itu sangat lah perlu . sebab apa ? sebab kalau kita berdoa je usaha tak ada. mustahil boleh berjaya . Allah kan tengok usaha kita :) tapi kalau Allah nak bagi Allah akan bagi . sesungguhnya DIA MAHA PEMURAH .

jadi wahai diri . sila berkerja dengan lebih keras memandangkan persiapan awak tak lah hebat mana kan ?
beware ! TRIAL  kat depan awak je . jadi tolong berhati hati dan berjuang dengan bersungguh² keranaNya .
percaya pada Allah ye .

saya rasa sampai di sini saja . doakan kejayaan saya dan rakan rakan ye .
8A, target for this Imtihan . kalau lebih, lagi bagus ! chaiyok ! after TRIAL apply DQ insyaAllah .
sekian dari saya :) syukran sudi luangkan masa .
pesanan : sila hormati guru anda dan jaga perasaan orang lain  . seriously kesal melihat sikap mereka .-_-'




satu hari nanti . doakan ye . ana nak jadi hafizah sebelum bertemuNya . kalau ade kesempatan !



take care of yourself, iman and heart

Khamis, 16 Ogos 2012

Mereka ^_^


 

Ramadhan.
Jangan pergi dulu. Kami masih terlalu rindukanmu.

Namun?
Dia perlu pergi,
kerana ini dunia.

Tiada apa yang akan kekal. Allah...

*Ramadhan kian menjauh,
bagaimana kita?

Sedikit perkongsian untuk kita sama-sama fikirkan.

Muhasabah diri, hanya 3 points untuk direnungi.

---------------------------------------------
1. Berjaya atau gagal seseorang itu boleh dilihat SELEPAS keluarnya dari Madrasah Ramadhan.

* Jika dia dapat meneruskan amalannya seperti di bulan Ramadhan, maka dia adalah graduan berjaya. Dia telah memperoleh "sesuatu" yang istimewa sepanjang Ramadhannya.

- Jika sebaliknya, maka puasanya di bulan Ramadhan hanya menahan lapar & dahaga sahaja. Nau'zubillahi min zalik.

2. Sesiapa yang membiasakan diri melakukan satu-satu amalan selama tempoh 30-40 hari secara berturut-turut maka amalan itu akan menjadi rutin yang mudah baginya untuk diamalkan di dalam hari-hari yang ke seterusnya. Ia membantu untuk istiqamah.

3. Jika tidak mampu juga untuk istiqamah?

Ini jawapannya >>> Orang yang tidak ikhlas sukar untuk istiqamah. Fahamilah.

credit to ukhti : nur solehah ~HS


------------------------------------------------------------

alhamdulillah . masih dipinjamkan nyawa lagi olehNya. sungguh ana bersyukur atas kurniaan ini.
cuti raya ? ni bermakna TRIAL semakin hampir . Allah cepatnya mase berlalu . gunakan masa sebaik mungkin ye :)
 Rasa bersyukur dan tak sangka sebab ana dapat lalui ramadhan tahun ini tapi mungkin kah bertemu untuk ramadhan seterusnya ? Allahu rabbi moge bertemu kembali ya Ramadhan T_T .
ramadhan tahun ini sungguh menguji kesabaran diri . Alhamdulillah . i'm proud to be a muslimah :)

Di saat RAMADHAN KIAN PERGI,
Aku masih mengusung diri,
Melihat sekeliling,
Mencari erti hidup sebagai HAMBA ILAHI..
Adakah aku akan TEMUI IA KEMBALI?
Sungguh aku MERINDUI..
Andainya ini RAMADHAN TERAKHIRKU..
Pasti aku kecewa..
Kerana aku HAMBA YANG BERDOSA..♥♥ -HA-

back to the title. hari ini saja mencari kesempatan untuk menaip entri  sebelum menghadapi ke'busy'an yang amat dahsyat . mungkin .
MEREKA .. khas buat sahabat fillaah sekalian . cuti raya menjelma , that's means our TRIAL is just around the corner . ana nasihatkan sila buat yang terbaik untuk TRIAL . nak dapat biasiswa orang tengok TRIAL . ye ke ? agaknya laa ana sebut je. haha. tapi yang ana pasti nak masuk DARUL QURAN tengok result TRIAL. doakan ye !

JUMAAT 15/8 : syukran pada pihak sekolah atas sumbangannya . Alhamdulillah kesusahan yang dilalui mengajar erti kehidupan yang sebenar .

Tiada takdir yang buruk kerana setiap apa yang ditakdirkanNya itu pasti BAIK buat hambaNya. Walau ia nampak buruk di matamu hari ini, mungkin kelak dikau akan berterima kasih kepada yang buruk itu kerana ia pasti akan mendatangkan kebaikan padamu. Hanya menunggu masa.

~ Yang penting, senantiasa bersangka baik pada Allah! :)
 ANA SAYANG GURU GURU ANA . sentiasa doakan mereka ^_^
i'll try my best in SPM. seriously ana inginkan mualim/ah ana gembira atas kejayaan yang bakal ana dan sahabat/sahabiah fillah perolehi. insyaAllah .straight A+ amiin.
tahun terakhir di SAMeR ----> impian ana. ana nak tinggalkan memori yang terindah di SAMeR. biiznillah ~
credit to my ustaz : syukran atas doa nye masa kelas PSI . sungguh saya terharu atas doa ustaz . dan terima kasih ------- ringgitan.. huu ~ [masih terkedu + terkejut ] A+ insyaAllah .
 
---------------------------------------------------------------------
''ustazah ! selamat hari raya , maafkan saya , doakan saya ''
''selamat hari raya juga ''
''usaha lebih''

TRIAL mood active !
 biitaufiq wannajah buat anda wahai calon 10/11/12 A+ ye ! insyaAllah anda BOLEH .


take care of yourself, iman and heart

Jumaat, 13 Julai 2012

percaya ?


 

Bismillahirrahmanirrahim ,
zupp ~ tak mampu diluahkan perasaan ketika ini , entah mengapa hati ini begitu tidak tenteram . mungkin stress menghadapi hari hari yang lalu , TRIAL semakin hampir , banyak main pulak diri nie,
maaf entri kali ini, mungkin agak emosi , jika tak sudi membaca , ringan kan jari anda yang comel tu untuk membawa tetikus ke bahagian atas . dan tekan X . harap maklum

tajuk kali ini , berkaitan PERCAYA ? juga dikenali sebagai TRUST in english. anda pernah diberi harapan atau kepercayaan ? angguk sikit , ana rasa pasti anda pernah dipercayai . mungkin disebabkan orang melihat sikap dan sifat pada luaran anda yang membuatkan orang percaya pada anda . mungkin laa , ana tak pasti , bergantung pada persepsi masing masing melihat orang. eh , sebelum tu ingin ana ingatkan percaya tu luas skop nya , kalau dalam islam sendiri , kita dituntut untuk mempercayai ALLAH dan RASUL atau lebih tepat lagi BERIMAN . tapi bukan itu yang ana nak sentuh , ana nak sentuh percaya dan dipercayai oleh orang lain.

jujur ana kata kan , dalam hidup ana , ana pernah dihadiri insan yang sangat mempercayai  ana , sehinggakan setiap masalah yang dihadapi kalau boleh pasti akan dikongsi  , tapi ana takut dengan orang yang terlalu percaya pada ana , sebab ana takut suatu hari nanti , ana takut ana akan mengecewakan mana mana pihak , senang cerita , susah untuk menjadi orang yang dipercayai . ini pendapat ana ..terpulang laa

seorang pemimpin yang dilantik atau pun sekiranya anda memegang  apa apa jawatan kat sekolah ke, kolej ke , malahan kat tempat kerja sekali pun itu adalah disebabkan kepercayaan orang terhadap anda , jadi nak disimpulkan di sini , setiap something yang kita dapat dari orang lain tu adalah kepercayaan orang terhadap kita, kalau boleh orang nak sangat kita menjaga nya , jangan pernah hancurkan harapan orang terhadap kita dan mungkin ia akan menjadi amanah buat kita . maaf buat siapa yang mengenali diri ini. sungguh aku bukan lah orang yang sempurna ,memang tak terlepas dari kesilapan . tapi aku cuba untuk jadi yang lebih baik dari sebelumnya . namun aku memerlukan teman yang mampu membawa aku mencari jalan yang penuh cahaya .


baiklah ana selitkan kisah teladan buat tatapan anda . syukran kerana sudi luangkan masa sedikit buat ana.

                         Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

                        Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

                        Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

                        Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

                        Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

                        Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah s.w.t. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.                                     Ketiga jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.                                             Keempat jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.                                                                                                                                                                         Kelima bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

                        Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

                        Maka berkata Allah s.w.t., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.





take care of yourself, iman and heart